27| Wake

297 32 3
                                        

Taehyung tenung wajah sunggul isterinya yang masih tertidur dari kemarin. Keadaannya sudah membaik tapi doktor cakap dia perlukan waktu untuk sedarkan diri sebab terlalu banyak ubat dimasukkan ke dalam badannya semasa pembedahan.

"Sayang, bangun la sayang. Saya berdosa dengan awak. Sayang ampunkan dosa saya." Bisik Taehyung sambil mengusap lembut tangan isterinya. Sesekali dia lapkan air mata yang tak mampu ditahan olehnya.

Memikirkan keadaan isterinya buatkan dia sangat la rasa berdosa. Dia buat keputusan tanpa memikirkan isterinya sebelum ini sehingga hubungan mereka rapuh.

Dia betul-betul takut kehilangan isterinya. Jenazah janin anak kandung hasil perkahwinan bersama Myeong Aeri tidak sempat dia tengok kerana semua diuruskan oleh Daehyung. Dia menyesal, dia hina anak dan isterinya seteruk ini.

"Sayang jangan tidur lama sangat, saya rindu nak dengar awak bercakap. Saya rindu nak makan masakan awak. Saya rindu awak, saya minta maaf." Taehyung cium dahi isterinya perlahan.

"Benda dah jadi." Kata Daehyung yang baru tiba wad VIP yang menempatkan Taehyung dan isterinya.

"Dekat mana makam anak aku?" Soal Taehyung lemah.

"Dekat sebelah halmeoni." Balas Daehyung ringkas lalu memdekati Aeri.

"Eomma appa datang?"

"On the way."

Taehyung kembali meletakkan kepalanya dia atas katil isterinya sambil mencium tangan isterinya.

"Apa hyung nak buat lepas ni? Lepas Aeri sedar dari koma." Daehyung silangkan kaki setelah bontotnya menyentuh permukaan sofa.

"Jaga isteri aku."

"Kalau dia tanya pasal anak dia?"

"Anak kami!"

"Ya whatever, apa hyung nak buat? Hyung rasa dia boleh terima ke?"

"Kau jangan sesekali berharap yang aku akan biarkan kau rampas isteri aku." Taehyung naik berang, dia sudah tidak sesabar dahulu.

"Aku tanya apa kau nak buat ja, kau takut ke kalau aku rampas dia hyung?" Daehyung senyum sinis.

Taehyung diam dan sambung memandang wajah isterinya.

                                      +++

Aku buka mata yang sangat berat, terasa bagaikan aku telah tidur bertahun-tahun. Kepala berdenyut bagai nak pitam dan perut aku tersangat sakit.

Aku bangun dari pembaringan dan pandang sekeliling. Hospital? Kenapa aku disini? Oh kejadian malam tu, Taehyung tak sengaja tertampar aku sampai jatuh.

"Air." Kata aku perlahan, kerongkong aku terlampau kering perlu dibasahkan.

"Aeri? Aeri kau dah bangun?" Aku pandang suara itu. Taehyung? Eh tak suami aku rambut hitam, dia tak pernah warna rambut dia.

"Hyung bangun cepat, tengok isteri kau." Lelaki itu kejutkan seorang lagi lelaki yang tertidur diatas lengan aku.

"Sayang!? Sayang maafkan saya. Ini semua salah saya. Saya minta ampun sayang." Kata lelaki yang baru bangun dari tertidur disebelah aku. Ya ini suami aku tapi dia nampak kusut dan serabut.

"Air." Kata aku sekali lagi.

Cepat-cepat Taehyung hulurkan air dan tolong aku untuk minum. Daehyung pula tengah call seseorang.

"Terima kasih." Aku pandang dia. Dia cuba peluk aku tapi aku tolak.

"Saya dah boleh balik kan? Saya jatuh sikit ja semalam." Aku soal Taehyung, dia lap air mata dia. Kenapa dia nak menangis pula ni?

"Kenapa ni Taehyung? Awak sakit ke?"

"Saya minta maaf." Dia menangis dibahu aku.

"Gwenchana."

"Awak ampun kan dosa saya tak?"

"..."

"Sayang dengar tak?"

"Boleh awak keluar kejap. Saya nak bercakap dengan appa kepada anak saya." Aku tolak bahu dia perlahan agar jauh dari aku.

"Tapi saya appa kepada anak kita."

"Awak lupa ke? Semalam kan saya dah bagi tahu."

"Sayang please jangan buat saya macam ni."

Daehyung hanya perhatikan kami berdua tanpa suara.

"Daehyung, tak nak tegur anak kita ke?" Aku senyum kearah dia, berharap agar dia kotakan janji dia dahulu.

"Aeri anak kita dah tak ada." Kata Daehyung sambil menghampiri aku.

Aku senyum memandang dia, apa dia guraukan ni. Macam la ini betul-betul anak dia.

"Ada ni anak kit.." Kata-kata aku terhenti apabila tangan aku sudah menyentuh perut. Kempis, kosong dan anak aku kemana?

Air mata aku mula berlenang. Taehyung lap air mata aku sambil mengalirkan air mata jantannya. Aku tepis laju tangannya dari terus menyentuh aku.

"Daehyung cakap la something." Aku pandang Daehyung. Daehyung pandang Taehyung.

"Hyung aku keluar dulu." Daehyung terus keluar dari wad. Suasana sunyi sepi, aku tertunduk memandang perut aku. Taehyung masih setia berdiri di tepi katil aku.

"Mana anak saya?" Soal aku.

"Maafkan saya sayang."

"JANGAN PANGGIL AKU SAYANG! Mana anak aku!? Bagi balik anak aku!" Aku pukul badan Taehyung kuat.

"Aeri jangan macam ni, sayang awak belum sihat." Taehyung cuba pegang tangan aku sambil menekat butang merah yang ada di hujung katil.

"Lepas Tae! Aku nak anak aku! Mana anak aku?! Bagi aku anak aku! Lepas! Jangan sentuh aku!" Jerit aku sambil memberontak.

"Anak kita dah tak ada sayang, aku minta maaf ini semua salah aku."

"Pembunuh! Kau bunuh anak aku! Kau jahat! Aku benci kau pembunuh!" Ramai jururawat dan doktor meluru kearah aku dan memegang aku. Doktor suntikkan sesuatu di lengan aku.

"Taehyung ma...na an...nakkk.." Dan semuanya kembali gelap.

Tbc

Sorry late.😭💜 btw this part hambar sikit sebab aku tak tahu nak buat camna bagi Aeri bangun hahahh enjoy jelah.

[C]Sad Ending | KTHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang