21|Worry

309 35 4
                                        

Lepas bercakap dengan perempuan tadi aku terus balik, malas nak melayan dia. Aku tak kenal dia jadi aku tak mudah percaya, lagipun pakaian dia buatkan aku rasa pelik. Perempuan baik tak akan pakai macam tu dan tak akan bercinta dengan suami orang.

Aku balik rumah cepat-cepat sebab risaukan Taehyung, aku tinggalkan dia macam tu ja dengan muka pucat dia.

"Taehyung ar?"

"Taehyung awak kat mana?"

Aku cari kat dapur tak ada, kat belakang rumah pun tak ada. Jadi aku naik atas nak cari dia kat bilik.

"Taehyungie eodiya?"

"Saya minta maaf tinggalkan awak tadi, awak jangan sorok."

Kelibat dia langsung tak ada, nak kata dia keluar kereta ada. Phone pun masih di cas dalam bilik. Tiba-tiba tergerak hati aku nak tengok dalam bilik baby, walaupun mustahil dia nak masuk dalam tu sebab memang tak pernah walau sekali aku nampak dia jejakkan kaki dalam bilik baby.

"Awak?' Aku tolak pintu bilik perlahan.

"Omo! Taehyung! Bangun sayang, jangan buat saya takut." Jerit aku sambil berlari mendapatkan Taehyung yang berada di lantai. Dia tak sedarkan diri. Aku tepuk-tepuk pipinya.

"Panasnya, ya tuhan awak demam. Saya minta maaf." Aku masih cuba kejutkan dia, nak angkat ke katil dia berat.

"Sayang~"

"Awak saya minta maaf tinggalkan awak tadi, saya tahu ini salah saya." Aku cium dahi dia yang panas sambil menangis.

"Aku okay, cuma tak ada tenaga sikit ja." Dia senyum.

"Jom masuk bilik kita awak rehat kat sana. Kenapa masuk bilik ni?"

"Aku nak tengok bilik malaikat kecil ni." Taehyung usap perut aku.

"Bangun, saya tolong." Aku pimpin Taehyung ke bilik dan baring kan dia.

"Kenapa tak biar je aku kat situ? Kau patutnya balas dendam sebab aku layan kau teruk."

"Apa awak cakap ni?"

"Aku tanya ni jawaplah." Taehyung bercakap dengan mata yang terpejam, suara pula perlahan.

"Sebab awak suami saya."

"Kalau aku bukan suami kau, macam mana pulak?"

"Awak nak ceraikan saya ke?"

"Tak, maksud aku kalau..." Belum habis dia bercakap aku dah potong.

"Saya tolong." Aku bangun dan tutup langsir, tutup lampu dan turunkan suhu penghawa dingin.

Aku selimutkan Taehyung sehingga ke leher sebab tiba-tiba dia buang baju.

"Sayang~"

"Wae?"

"Aku ambil cuti seminggu start esok, kita pergi bercuti ya."

"Awak sakit."

"Kau tak sudi?"

Aku diam dan keluar dari bilik untuk cari kain kecil. Nak letak dekat dahi Taehyung. Selepas saja jumpa aku terus ke bilik.

"Sayang~ Kau tak sudi ke?"

"Awak tak jijik ke panggil saya sayang?"

"Aeri please."

"Saya kan perempuan kotor, perempuan yang kene sentuh dengan lelaki lain. Saya pun mengandungkan anak luar nikah." Ego aku tercabar bila dia nak berbaik.

Kalau dia boleh kenapa aku tak boleh.

"Sayang~"

"Tidur la dulu, saya buatkan bubur dan bawa ubat kejap lagi." Aku lap air mata yang sudah berlenang.

"Aeri kejap." Aku abaikan dan tutup pintu bilik.

Saya tak akan terpedaya lagi. Awak yang mulakan semua ni dulu. Awak terima lah. Saya sayang awak tapi semakin hari saya rasa sayang tu dah kurang. Awak yang padamkannya, hati saya sakit setiap kali awak berbaik dengan saya.

Tbc
Sorry sangat untuk yg tunggu aku update, aku buat assignment yg belambak tu weyy 😭 sorry~

[C]Sad Ending | KTHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang