ARES#1

192 14 0
                                    

Suara teriakan daripada para penonton yang hadir menyemarakkan lagi keriuhan di stadium tertutup yang bertempat di salah satu kawasan di Korea. Medan peperangan ini menjadi kebanggaan buat warga masyarakat Korea, tak lain tak bukan sukan Taekwondo!

Sukan seni bela diri yang telah pun sebati dalam diri mereka. Kalau bertanding di mana pun tempat, mesti juaranya dari negara mereka. Atlet mereka dalam sukan ini juga telah merangkul No.1 di dunia.

Sedang keadaan yang bising dan tidak terkawal ini,terdapat satu pasukan khas medic yang bertempat di tepi gelanggang.

"Dona oii! Sudah-sudah lah makan donut tu. Pipi kau dah sebiji macam nama kau Dona. "

"Excuse me, nama panjang aku Nur Addiena hokeh!!!"

Balas Kak Dona dengan rasa geram terhadap mulut Kak Zety yang serupa macam bontot ayam! Ini kalau menceceh ni, mahu tak nanti sampai ke esok tak habis. Kau bagilah topik untuk dibahaskan. Pasti Kak Zety akan cakap sahaja sampai dia penat.

"Kak Dona dan Kak Zety, kita dekat sini untuk rawat pesakit. Bukannya bergaduh macam orang asing rebut rumah. "

"Amboi Sofiy, sudah pandai bagi nasihat eh. "

"I agree with you, Dona. " support Kak Zety.

"Bukan apa, malulah orang lain tengok. Nampak tak medic mamat Korea sebelah sana, asyik pandang sini sahaja tau. "

Sofiy menunding jari ke arah mamat Korea yang diperkatakan dia tadi.

' Boleh tahan kacak juga mamat Korea itu. '

Bisik hati Sofiy. Sebelum sampai ke laut nanti berangannya, dia sedar kembali ke dunia realiti. Dia di sini untuk berkhidmat dan bukannya mencari jodoh.

Bulan lepas, tidak percaya mereka bertiga apabila terpilih untuk menjadi pasukan medic antarabangsa untuk pertandingan ini. Satu hospital terkejut kerana Sofiy yang tidaklah seberapa hebat dalam bidang doktor ini pun dapat!

Sebenarnya, Sofiy pun sendiri tidak menyangka benda akan jadi begini. Dia dulu selalu bernasib malang dan tercorot dalam kelas. Tapi dia percaya, dengan usaha semua benda yang kita inginkan akan dapat!

"Sofiy! Akak cakap dengan kamu ni. Kamu pergi berangan pula. Tahulah kamu tengah skodeng mamat Korea sana tu."

Muncung sedepa mulut Kak Zety membuatkan Sofiy gelabah. Dia tahu Kak Zety marah sebab dia tidak beri attention saat dia bercakap.

" Kalau lihat wajah dia, memang hensem tu tak boleh tandinglah. Dengan mulut yang seksi dan mata yang bulat. Eihh nak pula akak! "

"Kau ni Dona, tak habis-habis perangai tak betul kau tu eh. Habis semua lelaki local and overseas kau sapu!" bebel Kak Zety lagi.

Itu dia, sudah mula baliklahhh.

"Haish Zety, jangan risau sebab aku ni jenis yang setia. Setia pada yang satu,tak lain tak bukan Dae Won oppa~~"

Dae Won oppa?

"Kau ini kan, tak habis-habis dengan opah kau. Siapa dia hah?! Sampai buat kawan aku menggila macam ni. Setialah konon,Puih!"

"Bukan opah lah Kak Zety, oppa. O-P-P-A, OPPA! "

" Iyalah, opah kau ke, oppa hang ke aku dok kesah. Sekarang ni cerita dekat aku siapa mamat ni sebenarnya!"

Sebelum bercerita, Kak Dona sempat lagi meletakkan donut yang belum habis dimakannya jauh daripada mereka bertiga. Takut kena makan!

"Eishh akak ni. Kami tak mahu pun donut akak lah! " Sofiy bersuara.

ARES : Her Tyrant HeroWhere stories live. Discover now