Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
A/N:
Jasa baik kalian untukmenekanbintang oren dan hadiahkan komen amatlahdihargai. Don't forget to share this story if you like it. 😂
;)
-------
"A-awhh, sakitlah kakak garang."
Jayden Jeon mengadu kesakitan tatkala luka kecil di celah bibirnya dibersih kasar oleh Yeon Ji. Ada masanya dia mencuri pandang raut wajah bersih gadis itu.
'Cantik' pujinya dalam diam. Bibirnya memuncung ke hadapan tatkala dia sedar kenyitan matanya tidak dilayan wanita itu.
Fokus anak mata Yeon Ji hanya terarah pada susuk tubuh Tristan Jeon yang sedang duduk menyandar di birai katil.
Aura Tristan lebih kuat mencengkam dirinya berbanding si Jayden Jeon yang luarannya memang tampak riang dan gatal.
"Sejak bila kau menyorok di dalam almari Tuan Muda Tristan?"soal Yeon Ji sambil jemarinya tangkas menyapu cecair ubat luka ke atas wajah Jayden.
Perlakuan Jayden yang sengaja mengajuk percakapan Yeon Ji mendapat balasan Tristan. Lesuka kekar si adik dicubit manja tanda amaran kecil kepada lelaki itu.
"M-maaflah jika adik saya berperangai nakal sebegini. Dia agak playful tapi hati dia baik. Maafkan adik saya ya Yeonji."
Jemarinya yang ralit mengusap kepala Jayden ditepis kasar oleh adik kembarnya sendiri.
"Kau suka abang Tristan eh?"bisik Jayden tepat di telinga Yeon Ji. Alis kening Yeon Ji berkerut sakan menandakan dia hampir terkesima dengan tuduhan tidak berasas Jayden Jeon.
"A-aniya, ke sini kau Jayden."
Jayden menjelirkan lidah lalu tubuhnya segera melarikan diri daripada radar penglihatan wanita itu.
"Biarkan si Jayden tu. Tak habis-habis usikan dia kalau awak layan sangat. I-i need your help. Bantu saya sekarang boleh?"
-------
Gulp.
Tak terkira beberapa kali aku meneguk air liur yang terasa pahit dan kelat. Seribu perasaan hati berombak kencang ketika telingaku menangkap bunyi pintu bilik mandian dibuka lelaki itu.