14-Hell Busan

1K 283 489
                                    


Made in Busan

(Double update seperti yang dijanjikan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Double update seperti yang dijanjikan. Please hadiahkan komen dan tekan butang votes! ❤)

Klu: J as T, T as J. ;)

-------

Kau anggap sinetron plotnya sungguh menggila. Tidak. Kau lihat sahaja kisah misteri di sebalik kembar terkenal yang datang dari daerah Busan ini.

Seorang tampak polos. Seorang lagi kelihatan ketara jahatnya jika mereka diletakkan bersama.

Jayden Jeon dan Tristan Jeon. Tidak dapat dinafikan kembar ini menjadi rebutan ramai gadis dan pihak korporat di luar sana.

Bukan sahaja memiliki rupa paras sama-sama menawan, mereka juga bijak menguruskan empayar bisnes milik keturunan Jeon.

Bab memilih wanita mereka agak kecundang. Hati Jayden dan Tristan berpaksikan kepada wanita yang sama.

Lee Yeon Ji. Cinta pandang pertama buat kedua-dua kembar Jeon itu. Sewaktu si abang menyelamatkan Yeon Ji daripada percubaan membunuh diri, Jayden turut berada di situ.

Both of them save that unlucky girl from drowning in the river.

Episode luka bermula dengan kepantasan abangnya memikat hati Yeon Ji. Jayden terpinggir dalam soal cinta dan bisnes papanya.

Gagal segalanya. Hanya si abang menjadi tumpuan ramai. Manakala, dia cuma kembar dipandang sepi.

"He killed you. Don't you remember 'Jayden'?" Nathan Jeremy mencengkam kolar baju kemeja kembar bertuah itu.

Ugut pun sudah. Jayden Jeon tidak makan saman. Riak wajahnya tetap kosong semenjak kedatangan Nathan Jeremy di hospital tadi.

"Maaf kalau aku ganggu kau bermesra dengan wife kau. Perkara ini penting. Adik kau terlalu wild. Kau nak tunggu dia tamatkan riwayat Yeon Ji baru kau terhegeh-hegeh minta bantuan aku?"

Nathan naik angin kerana Jayden membisu. Penat dia membebel seperti ahjumma di pasar. Kesannya kosong kepada Jayden Jeon.

"Lakonan dia realistik sangat. Sampai Yeon Ji pregnant benih dia pun kau rela. Wayar dalam otak kau bersambung ke tidak?"

Jayden Jeon menyandarkan tubuhnya di pintu kereta Audi milik Nathan. Telapak tangannya mengusap satu butang berwarna merah di belakang tubuh.

Dia masih robot. Robot yang terpesong dari landasan normal. Robot yang tercipta kerana kerakusan Jayden yang dengkikan si abang kembar Tristan sehingga sanggup menyebabkan Tristan mati dalam kemalangan.

"Kau patut gembira dia gugur. Sekurang-kurangnya dia tak terikat dengan 'Tristan' Jeon."

Jayden memeluk bahu Nathan Jeremy dari arah tepi. Wajah sahabat baiknya ditenung mesra. Besar pengorbanan Nathan mengembalikan dia ke dunia manusia meskipun jasadnya berubah kepada android dalam sekelip mata.

Dia sayang Yeon Ji. Dia turut sayangkan 'Tristan' Jeon.

"Aku robot, Nathan. Buat selamanya, aku tak mampu beri zuriat dekat dia."

Lengan Nathan dipegang kemas. Renungan anak mata Jayden kurang menyenangkan hati lelaki itu.

Jayden mahukan dia tunaikan sesuatu yang dia sendiri tidak sanggup lakukannya.

"Yakinkan Yeon Ji untuk terima Tristan Jeon kelak. Tunjuk kepada dia aku jahat. Tristan sentiasa baik."

Nathan Jeremy Kim tercengang dengan permintaan mengarut Jayden. Segera dia menjauhkan diri daripada lelaki itu.

"Kau mengarut dan gila, Jayden."

-------

Sisi pinggang rampingku dipeluk manja oleh Jayden. Separuh hatiku merelakan kerenah si dia yang galak mahu berkepit denganku.

All the time. Aku bungkam kerana Jayden mampu membuatkan aku beralih arah daripada Tristan dalam masa beberapa hari.

Penangan kembar Busan itu seperti racun menyengat diri. Aku gagal melepaskan diri walaupun aku cuba sebaik mungkin.

"Dinner time for me, hun?"

Maksud makan malam Jayden menyebabkan wajahku membahang panas. Dua tiga hari sebelum ini aku tewas kerana berterusan digoda Jayden Jeon.

"Not here. Kita masuk bilik. Kemas barang dulu, Mr Jeon Jayden."

Jayden merampas beg tanganku lalu dicampaknya ke atas lantai. Pinggang rampingku ditarik sehingga tubuh kami melekat seperti belangkas.

"Can Jayden say Yeon Ji as a magnet?"

Kedutan halus menapak di dahiku. Saat batang hidungnya dilagakan lembut di atas pipiku, aku dapat rasakan jemariku mengelus rambut Jayden Jeon.

"Sure. C-can."

Jayden memusingkan tubuhku menghadap pintu. Terasa bibir basahnya mencium sisi wajahku seraya jawapan diberi tanpa ku pinta.

"Sebab kau sentiasa tarik hati aku untuk setia dan cinta kau seorang, Yeon Ji."

Ketukan pintu rumah agam itu bertalu-talu hadir dari arah luar. Pelukan Jayden menguat dan wajahnya disembamkan ke leherku.

"Tristan tumpang berteduh di rumah kita untuk beberapa malam."

Tristan Jeon menguak pintu rumah dan iris mata kelabunya menjamah posisi mesra Jayden pada tubuhku itu.

"Aku..ganggu honeymoon korang ke?"

Ganggu. Kenapa aku seperti ingin mengiyakan ucapan Tristan itu?

tbc

Asalnya saya nak tangguh lagi update sebab saya kurang sihat, hari ini keadaan okay sikit.

Saya kasi double update.

Spam spam ❤ di sini.

Saya ringkaskan sahaja.

Diorang tukar identiti. Jayden menyamar as Tristan after dia paksa hyung dia jadi Jayden.

So, Yeon Ji memang tertipulah dari awal.

Got it?

Next update?

[C]Made In Busan | JJK Where stories live. Discover now