Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
🍷Ff yang penuh dengan twist dan memeningkan ini akhirnya menemui jalan penamat. Maafkan saya jika terdapat banyak kekeliruan sepanjang update ff ini dilakukan.
🍷Terima kasih untuk semua. Ff ini tak akan berjaya ke tahap ending tanpa jasa baik awak semua komen dan hadiahkan votes.
🍷Terima kasih dan enjoy dua bab terakhir siri ff Made in Busan ini.
"Darling, are we back to Busan Yet?"
-------
Busan.
Lima tahunselepas itu.
"P-papa...papa! Hayden asyik buli Adrian dari tadi. Sshuhshhuh."teguran anak kembar berupa paras comel itu mengejutkan lamunan panjang Jayden Jeon.
Kedua-dua belah tangannya meletakkan bagasi pakaian milik dia dan anaknya. Segenap ruang rumah agam di Busan yang sepi itu ditilik lama dengan rasa sebak mencengkam dada.
Dia rindukan isterinya teramat sangat. Timbul perasaan menyesal kerana dia membiarkan dirinyaa hanyut dengan kemurungan.
Kemurungan akibat pemergian sang isteri mengikis segala peluang untuk menatap wajah isterinya buat kali terakhir. Jayden akui dia hanya dapat melihat saat keranda Yeon Ji. dikuburkan ke dalam tanah.
Kali terakhir dia melihat wajah cantik itu adalah malam sebelum Yeon Ji melahirkan bayi kembar mereka be dua.
"Papa nangis lagi ke? Kami nak pujuk."kata Adrian ditemani Hayden di sisi. Keletah anak kecil ini mengusir sekelumit emosi sedih yang bertapa di dalam diri.
Tujuan dia datang ke rumah lama pun sebab Jayden terlalu rindukan kenangan lama membabitkan isterinya.
Apa salahnya jika dia datang menginap sehari dua bersama dua anak kembar lelakinya itu?
Sekurang-kurangnya Hayden dan Adrian berpeluang merasai suasana redup dan tenang yang pernah disaksikan Yeon Ji dan dia tidak lama dahulu.
"Masuk bilik korang. Papa harap Hayden dan Adrian rehat dan bersihkan diri untuk makan malam nanti. Dengar cakap auntie Moon. Papa ada urusan kejap petang ini."berjela-jela leteran meletus dari bibir merah Jayden Jeon.
Rupa parasnya yang terkenal dengan gaya rambut panjang itu telah lama pergi. Dia gantikan dengan imej rambut persis si abang kembarnya, Tristan.