Prolog

2.9K 536 377
                                        


Made in Busan

Made in Busan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

A/N:

Jangan lupa untuk hadiahkan komen dan tekan bintang oren di bawah!

----


"JAYDEN JEON, PAPA KAMU DAH SEMPUT MENGEJAR KAMU. YAHH."jerit mama Jeon beroktaf-oktaf bila anak lelaki kembarnya, Jayden bergegas keluar dari rumah agam Jeon.

Keluhan kecil melolos keluar dari bibir wanita tua itu. Suaminya melangkah perlahan sambil menayangkan posisi tangan di pinggang.

Pantang ditegur, mulalah budak Jayden itu hendak tunjuk belang kenakalannya. Umur anak kembar mereka berdua sudah mencecah angka dua puluh lima.

Jika diletakkan Jayden Jeon dan Tristan Jeon pada paras yang sama, begitu ketara perbezaan mereka berdua.

"Rungsing saya fikir perangai si Jayden itu. Nak diharapkan abang kembarnya, satu habuk pun dia tak mampu sumbang kepada keluarga kita!"

Papa Jeon menekup mulut mama Jeon tika Tristan masuk ke dalam ruang tamu dengan bantuan kerusi rodanya.

Senyum kecil dikoyakkan di bibir supaya hati yang dirobek tajam tidak terpampang di kaca mata orang tuanya.

"M-maafkan Tristan. Tristan undur diri dulu. M-maaf kerana ganggu papa dan mama."pangkah Tristan tatkala renungan tajam mata Puan Jeon terpaku padanya.

Dia abang kembar yang lumpuh. Tiada gunanya kepada pasangan Jeon itu. Apa tujuan untuk dia terus kekal hidup?

"T-tristan, mama kamu bengang dengan Jayden. Jangan ambil hati ya anakku?"suara Tuan Jeon berkata lembut.

Lengan anaknya cuba diraih perlahan. Namun, Tristan Jeon laju menepis tindakan murni papanya.

'Munafik'

Itu sahaja yang bermain di fikirannya.

Hanya Jayden permata hati papa dan mama. Dia sampah yang tiada nilai di mata sesiapapun.

"It's okay, Tristan masuk bilik dulu."

Terkenal dengan sikap sensitifnya sejak kecil, kepalanya segera ditoleh ke tepi.

Tubir matanya basah kerana tangis yang dipendam mula turun membasahi pipi.

-------

Bintang-bintang bertaburan di dada langit menjadi saksi anak mata berwarna Hazel itu. Telapak tangannya mengusap permukaan betisnya yang kaku.

"Please, kasi aku peluang untuk merasa bahagia seperti Jayden?"katanya, separuh berbisik.

Keheningan malam itu terganggu tika bunyi derap tapak kaki seseorang masuk ke dalam biliknya. Oh, dia kenal wangian lelaki ini.

"J-jayden."

Jayden tersengih seperti anak kecil nakal yang inginkan perhatian. Sebelah pipinya sudah comot dengan kesan ciuman pelayan wanita di kelab malam.

"Abangku Tristan, kau tak bosan ke tenung bintang setiap malam? Ikut aku pergi kelab. Pesta dan mabuk sampai pagi. Eo?"soal Jayden Jeon seraya batang leher Tristan dipeluk manja.

"Kau dan aku berbeza minat. Lihat kakiku...lumpuh. Kau nak dukung aku ke sana, Tuan Jayden Jeon tersayang?"

Tristan tergelak kecil. Sempat dia menyerabutkan helaian rambut Jayden si lelaki buaya itu.

Meskipun mama dan papa pilih kasih, sayang dia terhadap Jayden tetap utuh.

"Hurm, hyung. Kau lupa asal-usul kau ni. Tutup mata kau kejap. Jayden tunjuk satu magis."

Pada awalnya, Jayden rungsing. Kata-kata Jayden kedengaran begitu nakal dan terlindung sesuatu daripadanya.

"Jayden, kau tak sorok apa-apa daripadaku?"

Soalan abang kembarnya dipandang sepi. Telapak tangan Jayden menutup rapat kelopak mata Tristan Jeon.

"Maaf, papa dan mama. Tristan yang baru juga berhak untuk bebas seperti Jayden."ucapnya sebak.

Jari telunjuk Jayden menekan butang merah di belakang tubuh abangnya sepantas kilat.

Telapak tangannya jatuh di atas lutut Tristan seraya tatapan matanya berfokus kepada Tristan.

Kelopak mata Tristan terbuka separuh. Kakinya yang dilihat lumpuh beransur pulih dan ada tanda-tanda pergerakan kecil.

Jayden mengusap lembut permukaan tapak tangan Tristan yang menggeletar takut.

"Tristan Jeon berhak hidup seperti manusia. Aku dah sayang kau seperti mendiang abang aku. Be a good hyung!"

Tristan memandang gugup adik kembarnya, Jayden. Dia kurang pasti makna yang tersorok di sebalik kata-kata Jayden.

Ajaibnya, kedua-dua belah kakinya sudah pulih. Muka nakal Jayden ditilik sekali lagi.

"Siapa hyung sebenarnya Jayden?"

Bengang dengan reaksi pasif Jayden, jemarinya mencengkam hujung lengan lelaki itu.

Jayden mengenyit mata sebelum bayangnya lesap di sebalik muka pintu.

"Take care dan sentiasa jaga bateri badan kau sebaiknya, hyung."

Tristan tersentak. Jemarinya yang menggeletar naik menyentuh punat butang merah di belakang tubuhnya.

"N-no, I'm human. NO!"

Jeritan kecil Tristan bergema di dalam bilik penghuniannya. Sukar untuk dia menerima hakikat dirinya bukan seindah yang dia jangkakan.

Tbc

Karya ini saya inspirasikan daripada karya bad bunny yang saya sudah unpublished.

Ada sedikit inspirasi daripada drama UK 'humans'.

Ya, mereka berdua memang twins. But, ada plot menarik yang akan menyusul kelak.

Stay tuned.

Tomorrow update?

[C]Made In Busan | JJK Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang