06-Bad Euphoria

1.3K 379 693
                                    


Made in Busan

Made in Busan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


A/N:

Pada awalnya saya berniat ingin unpub sahaja karya ini disebabkan kurang sambutan. Apabila difikirkan semula, saya ada pembaca yg masih setia. Why not I'm doing my best for you?

Terima kasih spam until 200+ komen. You guys are my mood booster! ❤

Kindly votes, comment and hit the share button.

----

1 September

One year ago.

Kemeriahan cukup terasa apabila matanya terpaut pada dekorasi majlis hari lahirnya itu. Bahu Jayden pantas dirangkul mesra.

Sayangnya terhadap si adik kembar tiada tandingan kerana dia sedar Jayden sering disisihkan papa dan mama dalam apa-apa hal sekalipun.

"Kau tak perlu bersedih. Hyung kau ada di sini."ujar Tristan seraya jari telunjuk dibenam ke atas dadanya sendiri.

Nama sahaja parti hari lahir. Orang tuanya seakan terlupa hendak mengucap wish hari lahir kepada Jayden. Helaian rambut panjang Jayden yang menutupi dahi diselak perlahan oleh Tristan.

Si abang sempat menitipkan niat ikhlasnya kepada Jayden.

"Kau tunggu kejap. Hyung  nak ambilkan suprise dari bonet kereta. Khas buat kau, Jayden."pelukan mesra di bahu itu terlerai jua.

Jayden membuang pandangan tajamnya tatkala bayang Tristan menghilang pergi. Penumbuk kecil dikepal geram.

Mungkin malam ini adalah malam tepat untuk abang kembarnya mampus.

"Why you can just go die by yourself, Tristan Hyung?"

Bibirnya dikemam kuat sambil matanya merenung gugusan kunci kereta yang baru sahaja dikeluarkan dari kocek seluar.

"Menyusahkan aku pula nak tamatkan riwayat kau, hyung."rungutnya lagi lalu dia lajukan langkah ke kereta Audi miliknya.

-------

S

ebuah kotak terkandung permainan Nintendo Switch kegemaran Jayden ditatap penuh kasih. Demi si adik, dia sanggup beli apa-apa sahaja yang Jayden dambakan.

Usai mengambil hadiah tersebut, Tristan bergegas keluar dari kereta.

Senyuman manisnya melebar dek perasaan teruja untuk menghadiahkan permainan itu kepada Jayden.

"Hyung harap kau suka."ucapnya gembira. Derap langkah kakinya dihayun separa laju menuju ke pintu dewan.

Tanpa dia sedar, sebuah kereta Audi meluncur laju ke arahnya. Hadiah permainan khas buat Jayden entah melayang ke mana. Tubuh sasa itu terbaring tidak bernyawa di atas jalan raya.

"J-jayden, why.."

Kasut hitam berkilat itu berhenti tepat di hadapan Tristan yang sudah separuh nazak. Cengkaman jemari abang kembarnya disepak jauh dari menghampiri pergelangan kakinya.

"Mampuslah cepat. Liat betul eh hyung."bentak Jayden, dengan nada geram.

Jemarinya naik mencengkam permukaan leher Tristan sehingga nafas terakhir abang kembarnya terhenti sadis.

Telapak tangannya yang berlumuran darah segera dilap menggunakan sapu tangan bercorak emas miliknya.

"Hyung bodoh dah mampus. Indahnya hidup tidak berkongsi."telapak tangannya yang bersih tanpa darah ditampar riang hati.

Jasad tidak bernyawa Tristan hanya direnung tanpa sekelumit pun perasaan bersalah.

-------

"T-TAK. JANGAN BUNUH AKU."teriakan Tristan pada tengah malam itu mengejutkan Yeon Ji.

Dengan pantas, tubuhnya bangkit dari pembaringan. Telapak tangan wanita itu mendarat di permukaan dada Tristan yang bergelora lalu diurut lembut supaya lelaki itu kekal tenang.

"B-bukan salah hyung."ujar Tristan sambil berterusan mengalirkan air matanya lewat malam itu.

"Tristan. Look, I'm here."pujuk Yeon Ji apabila Tristan seperti lelaki tidak keruan dan tubuhnya semakin menggeletar takut.

"S-saya percaya awak lelaki baik."

Tutur kata Yeon Ji mengurangkan rasa bersalah yang tidak berhenti menghujani diri Tristan.

Malam itu juga dia bermimpi semula memori lama dirinya menjadi mangsa kekejaman Jayden. Kerana sayangkan adik kembar, dia mengunci mulut.

Perbuatan baik dan mesra Jayden mengaburi mata papa dan mama mereka berdua.

"A-aku lelaki baik? Aku paksa kau tidur bersama aku. This is how a nice guy layan kau?"Tristan membalas pernyataan Yeon Ji.

Pergelangan tangan Yeon Ji digenggamnya kuat. Sekuat mungkin dia cuba menepis perasaan cinta yang mula bercambah di dalam hati terhadap wanita itu.

"Then, just let you, yourself marry me. Saya temani awak, Tristan."

Tristan duduk diam membisu. Nafas yang memberat ditarik lalu dia hela kasar.

"Kau sengaja tempah maut. If Jayden hate me, he will hate you more Yeon Ji."

Iris mata kelabu pudar Tristan menikam tajam raut wajah cantik milik Yeon Ji.

"Berikan alasan kukuh kenapa kau nak aku nikahi kau?"

Secebis rasa cinta dicari jauh ke dalam renungan maha tajam dari pihak Tristan. Jemari Yeon Ji mengelus kawasan dagu lelaki itu.

Dia positif akan sesuatu.

"Because you love me, Tristan."

Suara lunak merdu itu berjeda seketika sebelum suaranya melafaz janji buat lelaki itu.

"Dan saya berjanji untuk lindungi awak, Tristan Jeon seperti yang awak lakukan kepada saya beberapa tahun yang lepas."

-tbc-

Next update?

Saya akan sambung lagi bab khas tentang peristiwa Tristan menjadi robot.

Like... How? Stay tuned. ❤

Komen korang untuk bab setakat ini?

Spammmm.

❤❤❤❤❤.

[C]Made In Busan | JJK Where stories live. Discover now