Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
A/N:
Saya tak expect komen akan cecah 100 komen walaupun votes masih 60+.
Untuk next update, jangan lupa tekanbutang votes dan komen ya.
Baru saya bersemangat nak update! ❤
-------
"Nathan Jeremy Kim. You're back."sapa Tristan kepada lelaki tampan yang berdiri terpacak di hadapan pintu pejabatnya.
Jejaka berdarah kacukan Korea-Amerika itu mengulum senyuman paling manis buat sahabat baiknya sejak kecil itu.
Kedua-dua bahu Tristan Jeon diraih mesra seraya kedua-dua alis kening garang itu terjengket penuh usikan.
"Jayden Jeon confirm buat hal lagi sampai kau kena masuk office huh?"
Punggung dilabuhkan ke atas kerusi berhadapan abang kembar Jeon itu. Jemarinya tidak terlepas daripada menyentuh ukiran nama Jayden Jeon di atas jawatan CEO syarikat Jeon tersebut.
"Sampai bila kau perlu menyorok di sebalik bayang adik kau? Bangkit dan rampas kembali jawatan asal kau."ujar Nathan Kim. Mulutnya berdecit kecil melihat wajah Tristan yang tidak keruan.
"Orang awam sangka aku dah mati. Kau ingat aku layak untuk duduk di kerusi ini semula dengan nama Tristan Jeon? Are you crazy Nathan Jeremy Kim?"
Penumbuk kanannya dikepal geram agar rasa hati yang bergelora mampu dikawal sebaik mungkin. Papa dan mama mendesak dia supaya menggantikan tempat Jayden Jeon buat seketika.
"Aku cuma kesiankan kau, Tris-"
Dua fail yang perlu disemak dicampak kasar oleh Tristan Jeon. Iris mata kelabu pudar itu melemparkan pandangan sayu ke arah pemandangan bangunan pencakar langit yang tinggi tersebut.
Hatinya sakit diperlakukan seperti boneka oleh orang tuanya. Kata-kata pedas Nathan Kim menambahkan garam di atas luka hatinya yang masih bernanah.
"I-i'm just a fckn toy Nathan for them. Kau dah lupa aku pengganti mendiang Tristan?"
"Atau kau sengaja ingin bodohkan aku juga seperti m-mereka?"
Nathan tersenyum sinis seraya fail dicampak Tristan dicapainya laju di atas meja CEO muda itu.
Jari telunjuknya dihalakan tepat ke arah wajah cemberut Tristan Jeon.