Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
(Update lewat malam. Harap kalian menyukainya.❤)
Tuan Jeon dan Puan Jeon tersenyum penuh makna melihat keadaan diriku yang terlantar lemah. Di sebelah kananku, Jayden bijak memainkan peranan sebagai seorang suami mithali terbaik dari Busan.
"Papa, mama..kami tak jangka akan dapat bayi secepat ini. Lagipun Jayden dan Yeon Ji dah mula rapat sebelum berkahwin."ujar Jayden Jeon sambil menayangkan wajah malu-malu kucing.
Aku biarkan sahaja jemarinya disulam bersama jemariku. Kudratku sungguh lemah untuk melawan kerenah mengada Jayden. Bayang Tristan dengan wajah sugulnya menyentap seluruh jiwaku.
"Don't look at him. Tatap wajah kacak aku, Yeon Ji. Sama kan walaupun tak serupa?"Jayden mengenyitkan mata lalu telapak tangannya mengusap permukaan perutku yang leper.
Akibat penangan ditolak Tristan malam tadi, bayi dalam kandungan gagal diselamatkan. Si papa tipu itu beriya untuk menemani aku dari malam hinggalah ke waktu pagi.
Jayden. Jayden. Sekarang, aku sendiri keliru personaliti sebenar kau.
"Hyung datang ke mari. Ada apa ya? Rindu adik kau ke?"
Tristan menapak masuk ke dalam usai mertuaku beredar keluar. Keadaannya sungguh serabut dan kulit pipinya masih dihiasi tompokan air mata yang kering.
Jayden berdiri di hadapan abang kembarnya seraya lengan kekarnya didepakan luas. Ingat semudah itu dia akan biarkan Tristan mendekati diriku?
"Let me see my baby's mother."Tristan bergelut dengan adik kembarnya. Jemarinya ditepis kasar oleh Jayden.
Dia menggeleng kasar lalu tubuhku dipeluk dari arah tepi. Jayden suka sangat berkepit dengan aku.
Rasa rimas. Kadangkala aku diselimuti rasa protektif daripadanya.
Apa lagi yang berbaki buat aku dan Tristan Jeon? He's not angel that i knew anymore.
"M-maafkan aku kerana tergamak menolak kau. Nyawa a-anak kita tergadai. Aku lelaki tak berguna untuk kau, sayang."
Bahu Jayden disentuh sekilas oleh Tristan. Si abang kelihatan membisikkan sesuatu agar sikap protektif Jayden berkurangan sebentar.
"Aku bagi kau seminit untuk berbual dengan wife aku. No no kissing and touching, hyung. Aku memerhati dari luar."
Jayden menjegilkan mata khas untuk abang kembarnya. Sebelum berlalu pergi, dia merengkuh kasar bahu Tristan Jeon.
Bengang hatinya melihat wajah tiada perasaan Tristan Jeon tika itu. Dahlah mengandungkan bini dia, lepas tu tolak sampai Yeon Ji gugur.
Tristan sudah gila atau Jayden yang keliru?
"Please, don't do anything that can harm my wife, hyung."
-------
Suasana antara mereka tampak beku. Seorang di kutub utara. Seorang lagi di kutub selatan.
"Yeon Ji, forgive me."ucap Tristan Jeon seraya permukaan perut wanita itu dikucupnya syahdu.
Yeon Ji menepis kuat wajah lelaki itu. Dia masih cinta. Jauh di sudut hati tapi wanita itu hairan dengan perubahan sikap hyung kembar itu.
Di mana perginya abang kembar yang memiliki personaliti lembut dan penyayang itu?
"Saya tak nampak Tristan saya. The old Tristan. Awak bukan dia yang lama."
Yeon Ji memeluk erat kawasan terletaknya rahimku. Fikiran dia dihimpit persoalan utama.
Dia bukan robot seperti yang diwar-warkan Jayden. Then, what is he actually?
"A-awak bunuh anak kita. Lupakan hasrat untuk kita bersama. I will stick together with Jayden."Yeon Ji memberi amaran keras kepada Tristan Jeon.
Bertubi-tubi dada bidang Tristan ditumbuk geram supaya amarah dan perasaan kecewa dapat dilepaskan kepada lelaki itu.
"You don't know Jayden."balas lelaki itu, dengan nada tinggi.
"I don't know the real you too, Tristan."
Mereka saling berbalah antara satu sama lain. Pada satu saat, Tristan Jeon ingin mencium bibir itu semula.
Yeon Ji lekas menolak. Cengkaman jemari Tristan melekat kuat di permukaan kulit lehernya.
"Kembali kepada aku, Yeon J-jI."
Saluran pernafasan wanita itu kian terseksa kerana dicekik rakus oleh sepasang jemari kasar Tristan Jeon.
"T-tristan, why?"
Cengkaman di leher Yeon Ji dilepaskan seraya wanita itu dibiarkan tercungap-cungap menyedut oksigen di udara.
"Kau tak kenal J-jayden sepenuhnya."
Dengan tragedi Tristan Jeon mengganas itu, dia menyaksikan abang kembar Jayden melompat turun dari jendela tingkap hospital.
Tatapan mata Tristan meliar ke sana dan ke sini. Air mata si abang tumpah membasahi pipi.
"Y-YOU CHOOSE JAYDEN. N-NOT ME."
Apa punca yang menyebabkan Tristan mengganas sebegitu rupa?
-tbc-
Jayden kinda misteri sikit. Ada reader yang berjaya teka hidden storyline dalam fanfic ini dekat bab sebelum ini.
Hehehe apa kena dengan Tristan?
And,your Nathan Jeremy Kim masih wujud ya. Dia ada di bab seterusnya.
Yes, fanfic ini penuh dengan teori.
I hope update hari ini memuaskan hati. Esok saya cuti update❤