19-Destiny

1K 267 131
                                    


Made in Busan

🍷Second last chapter sebelum saya tamatkan karya ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🍷Second last chapter sebelum saya tamatkan karya ini. Tekan butang oren dan hadiahkan komen.

🍷I can't describe my happiness. Even karya terbaru saya agak underrated disebabkan lama hiatus, ada readers(awak yang membaca) sudi spam sampai tersenyum saya.

Enjoy reading. Wait, can I say i love you guys? xoxo!

-19-







Aku sembamkan wajahku di permukaan dada bidang Encik Jayden Jeon. Fuh, meresap betul wangian menggoda dan menggetarkan jiwa itu ke dalam hidung.

"Still merajuk?"aku menyoal lelaki itu walaupun aku tahu dia tidak akan menjawab. Rajukan Jayden melarat hingga ke beberapa hari sepanjang keberadaan Tristan di sini.

"Merajuk tu apa? Sayang tak akan faham. Huh!"

Jayden Jeon bersuara sambil matanya merenung khusyuk kawasan perutku itu. Bab baby mudah sahaja jika ingin memujuk lelaki ini.

"Merajuk lama-lama. Nanti baby kembar kita lari tinggal papa."

Segera dia kunci tubuhku dengan sepasang lengan kekarnya yang memeluk erat. Aku toleh ke kiri tika kepala suamiku didaratkan di atas bahu.

Hangatnya hembusan nafas itu menenangkan kerisauan aku yang tidak berkesudahan.

Mana-mana isteri pun akan risau jika suaminya merajuk dan membisu selama beberapa hari. Nasib Jayden jenis merajuk tak lama.

Helaan nafas lega menyapa di bibiku. Lantas, aku kucup sepantas kilat belahan bibir milik Jayden.

"Iya, m-maafkan aku sayang. Tristan hyung hanya bergurau. Aku yang nak emo lebih sebab takut dia bawa lari isteri manja Jayden ni."ujarnya bersama senyuman tipis di bibir.

Wajahku dipusingkan supaya kami menghadap antara satu sama lain. Iris mata Jayden dipautkan mesra pada wajahku.

Suka sungguh dengan hobinya yang asyik menilik kawasan wajahku itu.

"You never leave me right?"

Aku tidak menjawab soalan Jayden. Hidup ini atas peraturan tuhan. Aku sendiri tidak yakin untuk meramal masa depan kami berdua dan anak kembar yang bakal lahir ini.

Belakang tubuh suami aku usap lembut sekadar menenangkan hati kami berdua yang sama-sama terusik dek soalan terakhir darinya.

Sukar buatku untuk menjawab semua ini. Tristan dan Jayden adalah dua orang lelaki yang selamanya tidak mampu aku lepaskan begitu sahaja.

Kata orang. Kita jangan tamak. Aku cantumkan jemariku dengan Jayden lalu diletakkan di atas permukaan perutku.

"Sampai sekarang, jawapan tepat sukar untuk saya berikan kepada awak, Jayden."

-------
Dua minggu selepas itu

Bakal papa muda kepada bayi kembar yang bakal lahir itu berjalan ulang-alik di hadapan wad bersalin yang menempatkan isterinya, Jeon Yeon Ji.

Peluh dingin bermaharajalela di dahi dan kawasan lehernya. Puas ditenangkan Tristan. Namun, Jayden tidak betah untuk duduk di situ.

Awalnya, doktor memaklumkan Yeon Ji akan bersalin normal. Sekarang, semuanya seakan terbalik daripada perancangan asal.

Dia risau keadaan Yeon Ji yang bertarung nyawa di dewan pembedahan itu. Tristan Jeon menarik adik kembarnya ke dalam pelukan sambil bibirnya memujuk hati Jayden yang bertambah sebak.

"Aku takut, hyung. Yeon Ji akan t-tinggalkan aku."

Seperti lelaki hilang akal, Jayden asyik bergelut dalam pelukan ketat si abang. Sepatutnya Yeon Ji dan dua baby mereka sudah dapat dilihat oleh Jayden.

Bayang doktor langsung tidak keluar dari dewan pembedahan. Bertambah khuatir tatkala seorang lelaki berpangkat doktor bergegas keluar dari kawasan tersebut.

"Encik Jayden Jeon, suami kepada Puan Jeon Yeon Ji?"soal doktor separuh abad itu seraya lengan Tristan ditarik dekat ke arahnya.

Jayden mula dilanda resah tika riak wajah abang kembarnya bertukar kelam. Tepukan di bahu Tristan memberi signal yang kurang baik.

"Tahniah Encik Jayden. Kamu dapat anak kembar yang sihat fizikalnya. Dua-dua baby boys."

Ingin dia menerpa ke arah doktor itu tapi Tristan memaut tubuhnya kuat.

This is not right. Senyuman abang kembarnya bawa khabar buruk.

"I n-need to see my wife,hyung..doktor"

Dia mahu padam senyuman pahit Tristan tika itu. Suara hatinya menjerit ingin berjumpa gerangan si isteri yang tercinta.

Tubuhnya digoyangkan lembut. Dengan harapan keadaan minda Jayden yang bercelaru dapat kembali ke landasan normal.

"Look at my eyes, Jayden."

Ibu jari Tristan menyeka air mata yang ligat membasahi pipi adiknya.

"Dia selamat kan? Hyung jangan hampakan Jayden. K-kami baru nak mulakan keluarga dan bahagia bersama."

Tristan melarikan pandangan matanya saat pihak adiknya menuntut jawapan yang satu.

Pahit sekalipun. Perlu dia luah agar Jayden menerima hakikat.

"Isteri kau tak dapat bertahan."

Jayden melurut jatuh ke bawah lantai.  Bunyi rengekan suara bayi mencari kehadiran papa kandung mereka menyapa halwa telinga Jayden.

Keluar dari wad tersebut, hanya jururawat dan bayi kembarnya.

"T-tak. Yeon Ji aku. A-aku nak dia!"

Susuk tubuh Yeon Ji tidak ditolak keluar dari wad pembedahan itu. Dia nantikan dengan penuh sabar tapi Tristan hanya mampu menggeleng kepala.

-tbc-

Hehehehehe. Terkejut tak?

Berebut sangat dua beradik tu. Baru padan muka Yeon Ji dah takde.

Ramalan korang untuk bab terakhir Made in Busan?

❤❤❤

[C]Made In Busan | JJK Where stories live. Discover now