Made in Busan
🍷read, comment and votes sangat dihargai. Berbaki 4-5 bab sebelum karya ini tamat. <3333-17-
Tuhan benar-benar menguji akal fikiran dan hatiku ketika ini. Antara Tristan Jeon dan Jayden Jeon, aku akui kedua-duanya telah berjaya menghuni tempat istimewa di dalam hatiku.
Ya, Jayden cinta pertama aku kerana dia tergamak menyamar sebagai Tristan yang palsu.
Bagaimana pula dengan Tristan Jeon, si abang kembar yang dalam diam sentiasa membuatkan rentak jantungku menjadi tidak keruan walaupum sesaat?
"Aku kena pilih seorang. Just one."gumamku seorang diri. Aku merenung pantulan wajahku di tingkap bilik.
Hujan lebat sudah beransur reda. Figura Tristan dengan imej rambut yang sentiasa menjadi trademark dirinya digayakan menggoda.
Rapat dia menghampiri tubuhku dari arah belakang. Bibir nipis itu mengucup kulit pipiku tanpa sebarang kata.
"Hurmm?"aku berdehem perlahan. Tristan menyatukan jemarinya denganku sambil bibirnya meluah satu demi satu suara hatinya.
"Choose Jayden Jeon."
Tubuh genitku dipusing supaya dia dapat merenung wajahku jelas. Retina kelabu itu khusyuk menilik segenap ruang wajahku dan dia lorekkan senyuman mekar.
Mekar seperti bunga. Manis dan bergula pada pandangan kaca mataku.
"K-kenapa? Saya dah mula sayangkan awak dan kita terikat dengan perkahwinan ini. You marry me atas nama Jayden."
Kepala Tristan menggeleng laju. Terkedu lidahku tatkala dia menanggalkan cincin perkahwinan kami dari jari manisnya.
Semudah itu dia lepaskan aku. Kepada adik kembar kesayangannya itu?
"Tak. I want to stay with my Tristan."aku membentak geram. Ego dalam diri memaksa aku menayangkan amukan kecil di hadapan suamiku.
Dia fikir perkahwinan ini sesuka hati boleh transfer kepada si adik? Mungkin dahulu aku cintakan Jayden yang menyamar sebagai abangnya.
Tapi, Jayden kaburkan segalanya dengan identiti Tristan. He's a liar and Tristan lebih layak.
Layak untuk memimpin perkahwinan yang baru menginjak dua hari ini.
"Aku robot sayang. Memori aku datang daripada mendiang Tristan. I just give you nothing. Semua ini diprogramkan atas nama dan identiti Encik Tristan Jeon."ujarnya sebak lalu cincin itu diletakkan di atas telapak tanganku.
Bagai direntap kuat jantungku, Tristan langsung tidak menangis. Wajah bekunya menghiasi malam sepi itu dengan usapan lembut di ubun-ubunku.
"Dia boleh bahagiakan kau. Bentuk adik kesayangan aku dan sayangi dia sepertimana kau sayangi aku."
YOU ARE READING
[C]Made In Busan | JJK
FanfictionDon't waste your love. Trust no one. Photo credit: to rightful owner/pinterest original story from iamyourcupcake. ©2020