Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
A/N:
Banyak hari juga saya tak update sebab busy. Kalau boleh, hadiahkan votes dan komen ya❤❤❤
Siapa sayang Tristan? Angkat tangan.
Siapa sayang Jayden? 😛❤angkat kening.
-------
Ukiran bibit senyuman plastiknya terus menghilang tatkala derai tawa papa dan mama jelas kedengaran di ruang tamu.
Seronok sungguh mereka membanggakan Jayden Jeon dan dia terus dilupakan di sini.
"J-jahanam kau Jayden. Kau ambil perempuan aku."Jayden meraup wajah kasar tanda dia kegeraman dengan berita mengejut itu.
Ikutkan perkhabaran Tuan Jeon, ada angin yang mengatakan Yeon Ji diserang alahan mengandung.
"Tsk."
Matanya melirik sayu ke arah skrin telefon pintar yang sudah retak separuh dek amukannya malam itu.
Amukan tidak berkesudahan kerana adik kembarnya merampas buah hati kesayangan Tristan.
"A-aku tahu Jayden tak akan sesekali sentuh kau. I touch you many times. R-robot seperti aku boleh hadiahkan zuriat untuk kau?"dengan lantang lelaki itu bermonolog sendirian.
"Semuanya hanya mengarut. I should see Jayden by myself."
Kunci kereta dicapai laju dari atas meja kecil. Tristan Jeon melangkah terhuyung-hayang ke luar bilik.
Separuh matanya sudah kuyu. Fikirannya cuma berpaksikan kepada satu perkara.
Rosakkan malam pertama pasangan itu menjadi impian utamanya. Kebenaran yang ingin disingkap jelas memaksa Tristan keluar untuk bertemu adiknya malam itu.
------
Bertalu-talu ketukan di muka pintu lewat malam itu. Alis kening Jayden Jeon berkerut hebat tika iris matanya merenung paparan nombor telefon abangnya.
"Aku ingatkan aku dah gila. Rupanya kau lagi berbisa dari aku hyung. Belum give up lagi untuk dapatkan Mrs Jeon Yeon Ji."katanya dalam nada mengejek.
Sekali percubaan, butang akses rumah dibuka dari dalam. Antara hantu dan Tristan Jeon, si abang kembar ini lebih menakutkan bagi dirinya.
Asalkan boleh redah, tengah malam pun Tristan hyung akan berdiri tegak menuntut kebenaran di pintu rumahnya.
"Kenapa ganggu malam pertama adik hyung?"jelas si adik lalu ketawa mengejek menyusuli teguran ringkasnya malam itu.
Malam yang agak panas lagi disebabkan wajah tegang Tristan Jeon.
"Ha ha ha. First night? Kau mengarut apa adik?"
Tristan menarik lalu kolar kemeja adiknya dicengkam kuat. Biar saluran pernafasan Jayden tersiksa buat seketika supaya sakit hatinya bakal beransur pergi.
"Sekarang, kau beritahu aku. Siapa sebenarnya manusia yang tengah menyetan sekarang ini?"
Tristan hadiahkan soalan pertama. Serentak dengan itu, dia mencengkam kuat pula leher adiknya.
Imej abang penyayang, sopan dan protektif kepada Jayden kian lupus malam bersejarah itu
"Kau beritahu hyung sekarang atau aku lunyaikan kau malam ini, Jayden."
Jayden kelu hendak berbicara dengan abang kembarnya malam itu. Setelah didesak kasar oleh Tristan, dia enggan berpura-pura lagi.
Lama sangat acah jadi adik tersayang Tristan Jeon. Sisi jahatnya ingin dibongkar secara terang-terangan malam itu.
"Hyung aku yang tersayang."
Gelaran mesra digunakan untuk menyapa si abang kembar. Usah berdalih lagi, karang ada yang lagi merana.
"You ask me. Manusia mana yang menyetan sekarang?"perkataan tersebut diujarnya satu persatu.
Senyuman manis sengaja dibentuk cantik oleh Jayden Jeon.
Kesabaran Tristan semakin memuncak. Keinginan untuk merampas Yeon Ji malam itu memaksa dia untuk mara ke hadapan.
"Tahniah hyung. Mungkin kau bakal jadi papa. Maklumlah benih manusia. Tapi, siapa husband dia sekarang? "
Jayden menolak kuat permukaan dada bidang Tristan Jeon. Puas mereka bergelut antara satu sama lain gara-gara pernyataan mengelirukan dari pihak Jayden.
"Aku. Jayden Jeon suami kepada Mrs Jeon Yeon Ji. Kau bukan robot hyung. You're still alive and I'm just lying."
Tristan menjadi bungkam. Bahu adiknya direngkuh sekasar mungkin.
Apa budak Jayden itu mengarut?
"What the hell, Jayden?"
Wajah Jayden yang bertukar keruh memandang riak Tristan.
Lelaki itu keliru. Tapi, tidak untuk Jayden Jeon.
"Aku tipu kau. Alat di badan kau cuma untuk sihatkan badan hyung semula."
Jayden menolak Tristan keluar dari pintu rumah. Sebelum pintu utama ditutup rapat, mereka bertukar pandangan.
"Look at me, Tristan. Aku tak akan puas untuk seksa kau. Tak akan puas sehingga hyung mati untuk kali kedua dan mungkin terakhir."
Tutur katanya disulami dendam kesumat sejak kecil. Hatinya langsung tidak terusik dengan tangisan Tristan di luar rumah.
"Semoga mampus cepat, hyung."
-tbc-
A/N:
Saya taip sebelum masuk kerja pagi tadi.
Semoga bab ini tak hambar. 😭☝ saya kurang sihat hari ini.