Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
A/N:
I'm just speechless kalian sanggup spam sehingga mencecah 500+ komen. 😭☝❤
Doakan fanfic ini tidak berakhir tragis ke draft ya. I try my best to continue it. Saya balas komen korang slowly okie.
Spam komen as always. Can you? ❤
-------
"Apa maksud kau?"celah Tristan apabila aku mengujarkan ayat keramat tersebut. Satu hint jelas aku pernah berhubungan dengan lelaki sebaik ini.
He's really a good man. Penyebab aku hidup sampai sekarang. Sumber kekuatan aku yang ternyata muncul kembali tanpa ku jangka.
"J-jelaskan siapa aku kepada kau?"Tristan Jeon bersuara perlahan disulami nada panik. Kedua-dua anak matanya tertancap kepada aku bersama perasaan ingin tahu yang tinggi.
"Family awak mesti lakukan perubahan besar dekat diri awak. You don't remember me at all."
Jika boleh, aku mahu memeluk erat tubuh sasa itu lalu ucapan terima kasih ingin aku hadiahkan jutaan kali.
Jasa dia menyelamatkan aku terlalu sukar untuk digambarkan. Keikhlasan lelaki baik berperwatakan dingin itu mengamit memori lama sebelum peristiwa nyawa Tristan diragut kejam.
"Thank you for saving me. Awak, penyelamat saya daripada kenangan pahit itu."ujarku perlahan namun dibayangi rasa kesal kerana kebodohan sikap masa lalu.
Jelas kerutan di dahi lelaki itu. Telapak tangannya aku genggam lembut. Ciuman pantas dilabuhkan lama di atas pipi Tristan yang memerah.
"A-apa yang aku sudah buat untuk ka-?"
Aku membenamkan jari telunjukku ke atas bibir merah Tristan Jeon. Senyuman paling manis abad ini aku hadiahkan buat lelaki yang aku sayang itu.
"Awak berjaya halang saya daripada membunuh diri. Awak tak pernah tinggalkan saya keseorangan selepas itu, Tristan. Bestfriend saya."
Iris mata kelabu pudar itu redup memandangku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Pandang lama macam mahu terkam pun ada.
Hesy, godaan mata cantik milik Tristan meruntun imanku.
"S-stop it."
Tristan tertawa halus. Jemarinya menarik jatuh telapak tangan yang menutupi kelopak mataku.
"Why?"dia ketawa lagi sambil telapak tangannya merayap ke kawasan pinggangku.
"Sebab aku terlalu menggoda?"
Permukaan daguku dicuit manja. Kenyitan mata Tristan sekadar signal sebelum dia memagut bibirku semula.
"Then, make this Tristan remember you again."
-------
Kehadiran papa dan mama menjadi batu penghalang perang besar yang bakal berlaku antara Jayden dan Tristan Jeon.
Di kaca mata mereka sekarang, belum pernah pasangan tua itu menyaksikan wajah berang Tristan. Tuan Jeon menjeling keadaan Jayden yang sedang ketawa mengejek.
"Hyung buang tabiat nak kahwin? Bukan boleh bagi papa dan mama cucu pun. Dia robot."sinis sahaja ungkapan keras itu meniti di bibir Jayden.
Ah, lantak. Biar kegeraman hati segera terlunas. Bibirnya dikemam rapat pula apabila perutnya menjadi mangsa kutilan Puan Jeon.
"Dia separuh robot. Abang kembar kamu. Kamu anak papa dan mama berdua. Get it sayang?"balas wanita itu bersama jegilan mata.
Dalam diam, wajah mendung Tristan dipandang penuh kasih. Telapak tangan tuanya yang berura ingin memegang tangan Tristan dihalang suara merdu Jayden.
"Okay. Sebab Jayden CEO sekarang. Papa dan mama mesti dengar permintaan your most important son first. Tak begitu Tristan hyung tersayang?"keningnya terungkit serentak dengan sudut hujung bibirnya.
Dalam fikiran, imej wanita itu sahaja bermain di fikirannya.
"Beri peluang untuk h-hyung sampaikan hajat kepada papa dan mama dahulu."
"Papa."
"Mama."
Tuan Jeon mengangkat wajah. Begitu juga dengan Puan Jeon.
"Tristan hyung."nama abangnya disuarakan penuh bermakna. Suapan sarapan pagi tergendala dek kerenag adik kembarnya pagi itu.
Sehari tak buat hal. Tak sah hidup Jayden Jeon.
"Jayden nak kahwin juga. Tarikh sama dengan hyung. Calon isteri Jayden adalah..."
Bahu si abang kembar ditepuk mesra. Gatal je bibir Jayden hendak menutur nama kegemaran pihak lawan itu.
"Izinkan Jayden nikahi Yeon Ji."
Puas segenap hatinya melihat wajah terkejut Tristan. Jijik dia melihat air mata bertakung di tubir mata Tristan.
"Lagipun Yeon Ji dan Jayden mampu berikan pewaris kepada legasi perniagaan papa."
Apa lagi yang boleh dia lakukan agar Tristan menangis di meja makan?
"Sekarang, beritahu papa dan mama. Siapa eh calon isteri kesayangan hyung?"
Tristan Jeon merenung tajam wajah polos palsu yang ditayang megah adik kembarnya. Juraian air mata mengalir deras dari tubir mata milik Tristan.
"W-why adik?"
Kenapa? Kerana Jayden sentiasa inginkan Tristan Jeon mati. Biarkan semua orang hanya melihat dirinya seorang. Bukan dibayangi kelibat si abang yang tak berguna itu.
Perancangan dia seterusnya? Rembat kekasih hati Tristan sebagai miliknya yang sah.
Menggelupur suka diri Jayden melihat hidup Tristan goyah dilanda kemelut hidup dan terpinggir seperti dirinya yang dahulu.
-tbc-
Saya rancang nak masukkan watak antagonist wanita.