Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
(Apa perasaan anda jika berterusan digoda serentak oleh dua twins berwajah seiras?)
Yeon Ji membisu sejak kedatangan mengejut Tristan Jeon. Dalam banyak-banyak rumah, mengada pula abang kembar Jayden hendak bermalam di rumah mereka.
Bahang pengantin baru pun masih jelas terasa. Hatinya dijentik perasaan kurang selesa akibat menjadi mangsa renungan penuh tersirat dari pihak Tristan.
"Ah, sayang. Aku ada hal. I promise i will be back before 10 pm. Jaga diri tau. Tristan ada di rumah."
Kedua-dua telapak tangan Jayden memegang sisi wajahku lalu dia labuhkan ciuman hangat di dahi, batang hidung dan bibirku sekilas.
"Tolong tengokkan wife aku. Aku tertinggal something dekat pejabat."pamit Jayden seraya bahu abangnya ditepuk lembut.
Peluang untuk Yeon Ji membidas kata-kata suaminya tergendala kerana kepantasan Jayden beredar dari ruang tamu.
Tinggal dia berdua bersama Tristan. Rasa janggal yang menyelinap ruang hati membuatkan wanita itu tidak betah berdiri berlamaan di ruang tamu.
"S-saya rasa awak tahu bilik tetamu dekat mana. Makanan di atas meja. Bawah tudung saji. Just layan diri malam ni, Encik Tristan Jeon."dia cipta seribu satu alasan sekadar untuk mengelakkan daripada berbual dengan lelaki itu.
"Yeon Ji."
Panggilan suara merdu Tristan tidak disahut. Dia pekakkan telinga pada saat mendebarkan itu. Jika dia layan, tandanya dia belum move on daripada bayangan hyungkembar Jayden.
"Mine. Look at me."seru Tristan Jeon apabila dia dipalau Yeon Ji. Wanita itu mengorak langkah laju meninggalkan dirinya.
Peluang keemasan yang tercipta indah buat dia dan Yeon Ji. Mana mungkin Tristan Jeon tidak memanfaatkan sebaiknya?
"I can't see m-my Tristan in you anymore. Let's just move on because i like Jayden right now."
Tristan meraup wajahnya. Hembusan nafas dihembus kasar serentak dengan tunakan mata merenung tajam.
Jayden. Semuanya berpaksi kepada Jayden walaupun mereka bertukar identiti dan nama.
"Oh, kau suka Jayden. So, what's about me? Kau pernah hamil anak aku. Ini bermaksud kau cinta aku,Yeon Ji."
Yeon Ji bergelut ingin melepaskan diri daripada pelukan kuat Tristan Jeon. Ikutkan kudrat wanitanya, dia gagal melawan tenaga lelaki itu.