(End)Back in Busan (Part 2)

1.2K 259 201
                                        


Made in Busan

🍷Akhirnya, kita jejakkan diri ke dalam bab terakhir Made in Busan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


🍷Akhirnya, kita jejakkan diri ke dalam bab terakhir Made in Busan.

🍷Tak minta request banyak. Penuhkan bab ini dengan komen awak dan tekan butang bintang oren di bawah. ❤















"Dia cintakan mereka berdua. Dia juga memilih untuk menyelamatkan mereka supaya tiada derita dan air mata."





-------

Jayden Jeon terusik melihat gelagat Adrian dan Hayden yang asyik mencari gaduh sesama sendiri.

Keletah kembar itu mirip dia dan Tristan sewaktu mereka kecil. Kunyahan makanan menjadi perlahan tatkala Hayden mendekati figura papanya.

Kedua-dua lengan anak kecil itu seakan menyembunyikan sesuatu dari arah belakang tubuhnya. Terus Jayden tersenyum lebar.

Kawasan iris mata Hayden yang iras seperti mendiang mamanya dipandang redup. Rasa macam nak gomol je pipi chubby kembar ini.

Jari telunjuk digoyangkan ke arah Adrian. Iras wajah anak kembarnya lebih memihak kepada Jayden Jeon.

Mereka kembar tidak seiras. Langsng tidak serupa seperti Jayden dan Tristan.

"Papa, tengok Hayden tu. Dia ambik bunga dari kakak cantik dekat luar tadi. H-hay nakal. Tampar bontot dia papa."teriak Adrian seraya berlari ke ruang tamu setelah dijeling kasar Hayden Jeon.

Bunga? Siapa yang datang ke rumah agam mereka tanpa sebarang undangan ini?

Tiada sesiapa pun yang tahu keluarga kecil Jayden dan anak kembarnya menginap di situ.

"Untuk p-papa. Hayden, are you really sure atau Hay rembat dekat luar sana?"

Pipi gebu Hayden dicubit manja seraya jambangan bunga baby breath itu bertukar tangan.

Hayden membisikkan sesuatu di telinga papanya. Senyuman kecil anak kecil itu sedikit menggusarkan hati si papa.

Perempuan cantik. Berambut panjang berwarna perang. Dia yang memiliki sepasang mata bundar yang cantik dan menawan.

She's definition of Yeon Ji. Mendiang isterinya.

"P-pergi ajak Adrian main dekat sana. Papa nak berehat dulu. Petang nanti kita keluar bersiar dekat Pekan Busan. Hurm?"ujarnya bernada memujuk kepada Hayden Jeon.

Helaian rambut perang Hayden digosok penuh kasih. Matanya juga ralit memandang kesibukan Adrian bermain bersama kembarnya yang satu itu.

"Did i miss you so much that i start imagining things about you again, Mrs Yeon Ji?"

[C]Made In Busan | JJK Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang