02-Them

1.8K 400 120
                                        

Made in Busan

Made in Busan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

A/N:

Saya curi masa untuk update. Harap chapter ini memuaskan hati.

❤❤❤❤❤

Yeon Ji, kau boleh lakukannya!

Fighting!

Penumbuk kecil aku kepalkan lalu aku raih kedua-dua tanganku ke atas. Kawasan rumah agam serba mewah itu ditenung aku dengan penuh rasa teruja.

Jika diikutkan iklan yang tersiar di media sosial, aku dikehendaki untuk menjadi babysitter seorang. Belum pernah pula aku mendengar khabar angin tentang anak kecil pasangan kaya Jeon itu.

Dengar kata, anak mereka berdua cuma sepasang kembar lelaki. Aku memuncungkan bibirku sambil fikiranku berterusan memikirkan sebarang kemungkinan yang wujud.

Mungkin Puan Jeon lahirkan anak ketiga mereka tanpa publisiti orang ramai. Serentak dengan lamunan yang baru terhenti, seorang lelaki lanjut usia tersenyum manis kepadaku.

"Anak muda, ppaliwa. Tuan Jeon sudah menunggu kamu di dalam."arah ahjussi itu seraya mengajak aku masuk ke dalam.

Wow.

Reka bentuk dalaman rumah agam itu seperti istana. Besar dan hiasan sekeliling membuatkan mulutku terlopong luas dek perasaan kagum.

"If I'm not mistaken, kamu Cik Park Yeon Ji."suara seorang lelaki berpakaian sut mewah. Meskipun wajahnya sudah dimamah usia, ketampanan dia masih terselah.

Telahanku. Lelaki ini adalah Tuan Jeon.

"Ya, saya Park Yeon Ji. Calon babysitter anak Tuan dan Puan Jeon."

"Bagus. Kamu jaga Tristan sebaiknya. Kalau boleh, don't make him too tired and emotional."bicara Tuan Jeon lalu sekeping gambar diletakkan di atas meja.

Potret dua orang lelaki tersenyum gembira terpampang di dalam gambar itu. Tiada cela di wajah yang sungguh sempurna dan tampan tersebut.

"Tristan abang kembar. Jayden yang berambut sedikit panjang itu adik kembar. Fokus kepada Tristan sahaja."

Gugusan kunci disuakan ke arah aku. Sumpah aku tercengang dengan tindakan Tuan Jeon.

[C]Made In Busan | JJK Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang