Made in Busan
A/N:
Ayuh, readers munculkan diri anda di ruangan komen. Terima kasih untuk semua yang masih setia di sini.
❤
-----
Dia sangat mengerti pandangan tajam yang dihadiahkan orang tuanya pagi itu. Terkejut beruk papa dan mama Jeon melihat Tristan kembali ke keadaan sihat walafiat.
Papa Jeon meneguk air oren. Rakus sehingga anaknya Jayden menggelabah seperti cacing kepanasan.
Tahu kantoi, buat salah Jayden tidak berfikir panjang.
"Papa, izinkan Tristan untuk bertanya. At least jawab sejujurnya papa, mama."abang kembar Jeon itu bersuara setelah lama membisu di meja makan.
Sepasang matanya yang berwarna kelabu pudar memandang sayu ke arah ahli keluarganya. Mama Jeon tetap menunduk ke bawah.
"Tanya apa, anak papa?"
Tuan Jeon mengelap sisi bibirnya sehingga kering. Dalam diam dia kagum dengan ciptaan Dr Hoseok, kehilangan salah satu anak kembar mereka tidak terasa kuat mencengkam diri.
"Tristan hanya r-robot yang digunakan sebagai pengganti mendiang Tristan. Am i right?"sebelah tangannya mengepal penumbuk kecil.
Kelibat Jayden Jeon menuruni anak tangga menyebabkan dia enggan membiarkan perkara ini berlarutan.
"Tristan Jeon, kamu bernilai di mata papa dan mama. Trust us, ada diri kamu yang lama."pujuk mama Jeon seraya telapak tangan anaknya dicapai lembut.
"Diri Tristan yang lama memang kosong. I'm just a robot to be a puppet infront of everyone huh?"
Cecair jernih yang mengalir keluar dari tubir mata dipandangnya jijik. Semua yang berlaku pada badannya cuma palsu semata-mata.
But why, dia seperti berpijak ke alam manusia. Hati dan emosinya selari dengan pemikiran manusia biasa.
"Hey, abangku. Rugilah kalau pagi-pagi dah emo bagai. Cuba senyum sedikit."
Bahu Jayden Jeon, adik kembarnya ditolak kasar hingga tubuh lelaki itu terdorong ke tepi.
"Just shut me off and let me die."
Tubuh Tristan berlari masuk ke dalam bilik. Bunyi perabot dan kaca jatuh berselerakan di atas lantai menggusarkan hati papa dan mama Jeon.
-------
Kelab Malam Busan
Bingit. Itu yang dia rasakan saat ini. Sesekali lelaki itu menggelengkan kepala melihat gelagat Jayden yang serupa dirasuk setan bertanduk tiga.
Terkinja-kinja ke sana dan ke sini sambil mulut rakus menghirup arak yang jelas memabukkan itu.
"Look guys, aku bawa abang aku Tristan. Dia single. Seranglah dia, aumssss."jerit Jayden Jeon lantang seoktaf.
Tristan Jeon mengemaskan kedudukan jaket kulit berwarna hitam yang tersarung di badan. Iris mata kelabunya memandang redup pelayan wanita itu.
Tag nama tertera Park Yeon Ji menarik perhatiannya. Kerap wanita itu menarik kedudukan skirt pendek yang asyik naik ke atas.
Tristan terpandang ke arah jaketnya. Hatinya mendesak agar dia membuka langkah.
Give proper protection to this woman daripada dia dimamah si mata keranjang.
"Tristan hyunggg."
Panggilan adiknya diabaikan lalu dia melangkah ke arah pelayan bernama Yeon Ji itu.
"A-awak."lidahnya malu-malu untuk menutur kata. Belum pernah dia berkomunikasi dengan wanita selain mama.
"Yes, sir. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"
Tristan meneguk air liur. Dengan pipi yang memerah, dia menolak jaket kulit tersebut kepada Yeon Ji.
"Balut di pinggang a-awak. For your safety. Skirt terlalu pendek kan?"balas Tristan tika Yeon Ji terdiam melihat pelawaan dirinya.
Belum sempat dia melarikan diri, sekumpulan manusia mabuk menyebabkan tubuh sasanya berlanggar dengan Park Yeon Ji.
Tubuh wanita itu sempat dicapai daripada jatuh menyembah tanah. Sumpah Tristan menggeletar takut kerana sistem di dalam badannya buat hal.
Dia berlalu pergi meninggalkan Yeon Ji bersama langkah kaki yang tergesa-gesa keluar dari kelab malam.
Telapak tangannya mengusap permukaan dada yang meriah dihiasi bunyi degupan jantung dan kulit wajahnya yang membahang panas.
'Robot seperti aku mampu menanam mimpi sahaja. Rasa indah ini mungkin ciptaan manusia. Semua ini palsu.'
Tristan melorek senyuman kecil. Nombor telefon Jayden didail semula lewat malam itu.
"Haraplah budak Jayden tak buat hal lagi. Jenuh aku nak jawab dekat papa dan mama kelak!"
Memikirkan Jayden juga satu hal yang mendebarkan. Adik kembarnya seperti singa terlepas dari kandang.
Sukar dikawal, lagilah dia memberontak suka hati.
tbc
A/N:
Saya akan update esok jika berkesempatan.
How's the chapter so far?
YOU ARE READING
[C]Made In Busan | JJK
FanficDon't waste your love. Trust no one. Photo credit: to rightful owner/pinterest original story from iamyourcupcake. ©2020