Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
🍷Rajin pula saya kirim update double. Jangan lupa votes, komen dan share story ini. ❤
🍷Psst, nak cakap sikit. Eomma sayang kamu!
-18-
Dia kembali. Tristan Jeon tersengih melihat pasangan romantis itu berkepit seperti belangkas.
Wajah gembira Jayden direnung sepasang matanya. Hatinya senang dan puas kerana kebahagiaan adiknya menjadi keutamaan.
Tak sia-sia dia berhijrah ke bumi Itali selama tiga tahun ini, balik sahaja ke Busan dia dikejutkan dengan berita gembira.
Teh panas dihirup sedikit sambil matanya memerhati kawasan perut Yeon Ji yang memboyot. Kata Jayden, lagi beberapa minggu si kecil itu bakal melihat dunia.
"First, aku minta maaf sebab tinggalkan kau Yeon Ji."
Yeon Ji mengukir senyuman tegang. Lengan kekar Jayden dirangkul erat seolah tiada hari esok.
Tristan Jeon muncul mengejut. Tanpa sebarang perkhabaran kepada adik kembarnya, Jayden.
"Second, maafkan aku kerana minta kau ganti aku sebagai suami Yeon Ji. Aku gembira kau jaga dia sampai sekarang dengan baik. Dah nak dapat baby dah pun."dia bersuara seraya dia pautkan pandangan pada wajah tenang Jayden.
Perubahan ketara Jayden jelas kelihatan. Senyuman manis terserlah di wajah tampan adik kembarnya.
Wanita itu berjaya mengubah Jayden Jeon yang baran dan posesif kepada seorang lelaki sopan dan penyayang.
"Tanpa hyung, Jayden tak akan bersama Yeon Ji. Maafkan adik ya. I really love her and our baby."
Jari telunjuk dihalakan tepat ke arah abangnya. Tristan menjengketkan kening gaya mengusik.
"And, kami bakal dapat kembar."
Jayden ujar sambil tersipu malu. Selamba dia mengucup pipi mulus Yeon Ji sambil badannya melekat rapat kepada isterinya.
Sesaat pun susah dia mahu berenggang dengan Puan Yeon Ji.
"Good for both of you. Sekali aku minta maaf...Yeon Ji..Jayden Jeon. Aku sayang kau berdua dah macam adik."
Yeon Ji melepaskan pautan lengan kekar Jayden. Dia meminta diri untuk ke dapur selepas diizinkan Jayden.
"Hyung, aku rasa kau perlu minta maaf lagi dekat Yeon Ji. Pergilah pujuk dia. Jayden tak akan ganggu. Promise!"
Tristan berbalas pandangan dengan Jayden. Atur langkah Yeon Ji dibuntuti Tristan dalam diam.
Dah Jayden bagi lampu hijau. Masa inilah dia perlu pinta kemaafan tulus dari pihak Yeon Ji.