Made in BusanA/N:
Sebelum memulakan pembacaan, sila tekan butang star and jangan lupa hadiahkan komen sepanjang bab ini. ❤
-------
Fast forward: two month later
Aku benci akan lelaki itu. Dia hanya nothing dalam hidup aku selain Tristan Jeon. Keluarga aku sudah lama pergi tinggalkan aku.
Tanpa kewujudan Tristan, hidup aku cuma menunggu masa terus lenyap dari muka bumi ini. Tapi, apa yang aku dapat?
This crazy man. Jayden Jeon.
"Hey, aku tak suka kau asyik nangis. Muka aku yang kacak ini memang free untuk kau sentuh dan tatap setiap masa."ujar Tristan Jeon.
Aku tarik telapak tanganku daripada disentuh jemari kasar lelaki itu. Sumpah aku geram bercampur malu pada saat genting itu.
Kelibat Tristan entah hilang ke mana. Tubuhku yang berdiri menghadap semula paderi begitu goyah dan lemah.
Ikutkan hati, aku mahu lari. Pesanan Tristan menyebabkan aku kaku bak patung cendana di situ.
Hidup menanti masa untuk masuk dalam umpan lelaki syaitan itu. Sisi wajah Jayden Jeon aku curi pandang dalam diam.
Sempurna alis kening, hidung dan bentuk wajahnya. Belahan bibir merah itu tersenyum manis bukannya sumbing seperti kebiasaan.
"Trust me. Suami kau ini layan kau macam permaisuri. Aku beri kau segalanya."
Kau janjikan segalanya. Aku mahu Tristan. Kau yakin dapat penuhi permintaan menggila aku?
"Pergi mampu-"
Kata-kata kesat dari bibirku menemui jalan noktah pada saat-saat terakhir sebelum kami sah sebagai suami isteri.
T-tristan, tolong muncul. Sekarang.
Rintihan aku nampaknya tiada harapan untuk lelaki itu muncul di majlis perkahwinan kami berdua.
Tika cincin bertukar cincin, ikrar perkahwinan mula terlafaz di bibir aku dan Jayden.
Si dia yang aku cinta sepenuh hati tetap tidak kunjung tiba. Desakan haruman vanilla itu mendekati tubuhku.
"We're already husband and wife."tutur Jayden berbunyi puitis bersama senyuman plastik di wajahnya itu.
Tristan, where the hell are you?
Tangis kecil terkumpul di hujung tubir mata. Enggan ku seka saat itu agar mata-mata hadirin tidak mengesyaki sesuatu daripada perkahwinan ini.
"Mrs Jayden. Psst."
Kawasan pipi kananku dicuit manja oleh pihak Jayden. Aku berdegil untuk kekal statik tanpa memandang wajah syaitan itu.
"Tristan kau datang ni. See!"Jayden bersuara rapat ke cuping telingaku.
"A-awak tipu saya!"
Tersilap peraturan, aku menoleh ke arah Jayden. Jemari lelaki itu bermain di sekitar kawasan rahangku sebelum bibirnya memagut lembut bibirku.
Bayangan Tristan kian terhapus tatkala ciuman perkahwinan itu diperdalamkan lagi oleh Jayden.
Antara adik dan abang, kedua-duanya bijak mendera emosiku. Lenganku secara refleksnya merangkul pinggang Jayden.
Tubuh sasa itu terdorong rapat ke arahku serentak dengan ciuman bibir Jayden yang cukup mengkhayalkan aku.
Aura dia kadangkala mengelirukan aku.
I-i can feel he is Tristan. But,in reality..
Dia Jayden Jeon. Pemusnah hubungan aku dengan Tristan.
-------
"Salute for you and Yeon Ji. Bagi anak buah dekat aku secepat mungkin."ucap Tristan dalam keadaan mabuk.
Tubuhnya disandarkan di kerusi berhampiran tempat duduk Jayden Jeon. Bahu adik kembarnya itu digosok mesra tanda dia 'happy' kembarnya sudah bergelar suami orang.
Lebih tepat lagi suami kepada kekasih hatinya, Yeon Ji. Tristan tersengih lebar apabila matanya terpaut pada wajah mendung Yeon Ji.
Hatinya hancur lumat kerana wanita itu berkahwin dengan Jayden. Dia tidak mampu menghalang masa depan wanita itu.
Dia pasti gagal memberi pewaris kepada wanita itu. Hanya Jayden seorang yang layak memberi anak dan satu-satunya cucu kepada keturunan Jeon.
"Ah, aku nak bawa wife aku masuk bilik. Dah lewat malam. Kami perlu berehat. Hyung, kurangkan minum arak tu. Balik dan rehatkan diri."telapak tangan Jayden menepuk perlahan bahu abangnya.
"Boleh aku ikut kau balik? Dia kan sayang aku?"Tristan Jeon mengomel panjang. Tubuhnya yang hampir jatuh mencium tanah dipapah adik kembarnya.
"Chagiya, aku uruskan abang aku dulu. Balik bilik dan tunggu aku di sana."
Kuasa veto suaminya membuatkan Yeon Ji kelu daripada perasaan ingin melawan kehendak suaminya.
Hatinya dipagut sayu melihat keadaan Tristan yang agak sadis dan tidak terurus itu.
Baru sahaja kakinya menapak ke ruangan bilik, rongga tekaknya dihujani rasa mual berterusan.
Destinasi pertama yang dituju adalah bilik mandi lalu segala isi dalam tekak terus dihumbankan ke dalam sinki.
Dia berani bersumpah tubuhnya belum dinodai oleh si Jayden Jeon.
Lelaki itu. Si abang kembar Jayden terbayang-bayang di dalam memori Yeon Ji.
Mereka berdua kerap kali terlanjur bersama. Telapak tangannya yang sudah letih menahan rasa mual ditolak ke tepi.
Yeon Ji kembali memuntahkan segalanya dari mulut. Peluh dingin semakin lebat membasahi kawasan dahi dan leher wanita itu.
"D-dont tell me this is your baby, T-tristan."
Jemarinya menggengam kuat hujung sinki sambil mindanya hanya mampu memikirkan wajah Tristan Jeon.
"S-siapa awak sebenarnya, Tristan?"
-tbc-
Okay, apa perasaan korang membaca bab terbaru ini?
Hahahahahaha.
Semuanya akan terungkai tentang identiti sebenar Tristan dalam beberapa bab yang akan datang.
😂❤❤❤
YOU ARE READING
[C]Made In Busan | JJK
FanfictionDon't waste your love. Trust no one. Photo credit: to rightful owner/pinterest original story from iamyourcupcake. ©2020