16-Love Alarm

1K 256 60
                                    

(Mood saya baik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Mood saya baik. Saya decide kirim satu update lagi.)

"Kompang dipalu. Pengantin baru."perli sinis Jayden Jeon di meja makan. Dia peduli apa? Janji angin cemburunya dapat diubati.

Tristan Jeon menghamburkan gelakan riang di meja makan. Dia meletakkan lauk masakan Yeon Ji di mangkuk nasi milik Jayden Jeon.

"Kau gurau lain macam,dik. Makan bagi gemuk sikit. Dah cengkung pipi tu hyung tengok."ujar Tristan, bernada lembut sambil memandang Yeon Ji dan Jayden serentak.

Macam tengah perang dingin. Seorang Korea Utara. Seorang lagi Korea Selatan. Pagi-pagi dah masam muka dua orang yang sangat disayangi Tristan Jeon ini.

"Atau..Jayden cemburu. Don't worry, abang kau dah nak habis makan. Temankan Yeon Ji sarapan eh? I've got something to do."

Giliran Jayden meraih lengan abang kembarnya. Otak Tristan masuk air atau dia yang berangan.

Siapa suami sekarang ini? Sesuka hati sahaja Tristan ingin membiarkan dia bersama Yeon Ji beku!

"T-tak, hyung teman. Jayden ah gi basuh pinggan mangkuk."gelabah si adik berkata tika matanya terpaku pada bibir merah Yeon Ji.

Rasa geram. Nak terkam tapi si suami a.k.a abang kembar Tristan tengah wujud di situ.

'Kawal hati kau Jayden. She's hyung wife.'

Dalam kekalutan, Jayden mengangkat pinggan dan mangkuk ke ruang dapur. Sayup-sayup suara Tristan mengarah Yeon Ji untuk turut serta dalam aktiviti membasuh pinggan pagi itu.

"S-sudahlah hyung seksa aku. Tahu tak aku makin cinta bini kau."

-------

Sisa makanan dibuang ke dalam plastik sampah lalu aku hulurkan pinggan mangkuk kepada Jayden Jeon.

Suamiku Tristan telah lama beredar ke pejabat atas urusan bisnes. Aku patuh dengan arahan suamiku untuk menyiapkan aktiviti membasuh pinggan bersama adik iparku.

"L-letak sabun banyak sikit, Jayden."

Jayden begitu kekok bersamaku. Aku ke kiri. Dia jarakkan lagi daripada mendekati tubuhku.

"N-neh, aku faham. Bak sini pinggan aku cuci. Kau bilas, madam Jeon."

Aku disapa renjatan eletrik tatkala jemari kami berlaga antara satu sama lain.

Perasaan keji itu datang kembali. Segar mengingatkan aku kepada memori percintaan ketika aku sangkakan dia adalah Tristan Jeon.

"M-maaf, tak sengaja."celah Jayden lalu dia meneruskan aktiviti membersihkan pinggan mangkuk.

Suasana bertukar hening. Kedengaran bunyi deheman Jayden. Semakin lama tidak dilayan, semakin kuat deheman palsunya itu.

"Ya, Jayden. Awak nak soal apa?"

Pinggan bertukar tangan. Kami mengalihkan pandangan ke arah lain tika pandangan itu bertaut erat.

Hati usah ditanya. Ddup ddap buat hal.

"Kau...sayang Tristan berapa peratus?"

Buih sabun dicuit ke batang hidungku. Aku perhatikan halkumnya yang bergerak naik turun seolah dia dilanda kemelut.

"Kalau aku, Jayden..kau sayang berapa peratus pula?"

Pandai Jayden menjerat aku dengan soalan mautnya itu. Telapak tangan yang basah aku lap dengan kain bersih.

"Saya n-naik ke atas dulu. Anggap soalan itu tiada jawapan, Mr Jayden Jeon."

Jayden mengejar aku dari arah belakang. Selagi tidak dapat jawapan, pergelangan tanganku masih kuat dicengkam jemari kasarnya.

"Kenapa tanya saya soalan macam ini, Jayden?"

Bebola matanya dilontarkan ke arah lain. Enggan menatap renungan mataku yang membunuh jiwanya dalam diam setiap saat.

"Because...aku cemburu dan bencikan perkongsian."

tbc

Update ringkas. Harap memuaskan hati.

We see again tomorrow kalau saya free.

[C]Made In Busan | JJK Where stories live. Discover now