Made in Busan(Mungkin hari ini ada double update kalau ruangan komen tak sendu. Meriahkan sikit. Saya join reply lewat petang ini.)
Muka Jayden yang menayangkan riak suka hati kembali segar di mata. Selepas Tristan dihalau keluar, si adik kembar merangkap suamiku itu masuk kembali ke ruangan wad peribadi.
"Wifey aku sihat? Mulut tu tak usahlah muncung sangat macam itik. Kau nak anak sepuluh. Sepuluh aku bagi. Sekarang, Mrs Jeon Yeon Ji rehat dulu yaaaa."Jayden Jeon membisik merdu tepat di telinga kananku.
Dia mengambil kesempatan dalam kesempitan. Cuping telinga aku digigitnya geram. Nyaris telapak tangan bertuahku melayang ke pipinya.
"J-JAYDEN JE-"
Jari telunjuknya ditekan lembut di atas belahan bibirku. Lelaki itu mengemaskan kain selimut hospital yang membalut hampir keseluruhan tubuh kecilku ini.
Mulalah tu nak tunjuk caring tak kena gaya budak kembar ini.
"Beri aku 24 jam untuk kau kenal aku. You will know me. You should be grateful, sayang."ujar Jayden dengan nada mengendur di hujung kata.
Sudu besi berisi bubur McD disuakan dekat ke bibirku. Wajah Jayden dan bubur berwap panas itu direnung bersilih ganti.
Apa maksud Jayden? 24 hours?
"Ssh, no question. Kau kena kenyangkan perut dahulu. Aku peneman kau sepanjang hari ini."
Aku menarik hujung lengan baju kemeja putih Jayden. Haruman ini mengingatkan aku kepada seseorang.
Mustahil dia adalah dia. Tsk, maybe Jayden rembat wangian kegemaran Tristan.
"Eat, juseyo."tegas Jayden Jeon.
Aku ngangakan mulut sambil kornea mataku leka menilik wajah putih bersih Jayden Jeon.
Mereka serupa tapi berbeza ketara dari segi personaliti. Kelakuan Jayden berterusan mengimbau aku kepada memori bersama Tristan.
They're twin. Sudah tentu ada ciri-ciri persamaan sikap?
Ah, aku terlalu banyak berfikir barangkali. Ingat, dia masih Jayden Jeon. Lelaki terhanat yang pernah kau jumpa setakat ini.
-------
"Suprise?"
Seorang lelaki bersut mewah berwarna biru gelap memusingkan badannya ke arah belakang.
YOU ARE READING
[C]Made In Busan | JJK
FanficDon't waste your love. Trust no one. Photo credit: to rightful owner/pinterest original story from iamyourcupcake. ©2020