Enam orang berdiri dalam bilik pembedahan itu ketika bertugas menjalankan sesi pembedahan pada petang itu. Semua di situ adalah pasukan yang memang sudah berkerja di bawah Doctor Davina selama tiga tahun di situ. Dan mereka sudah faham gerak kerja super perfectionist doctor mereka ini. Disebabkan sikap perfect Davina ini la telah jadikan mereka pasukan paling digemari oleh pakar bedah lain. Ramainya mahukan ahli pasukan ini berada di kumpulan yang sama sekiranya doctor lain perlu jalankan pembedahan. Tapi mereka biasanya turut bersikap memilih. Tak semua doctor mereka akan setuju untuk bekerja dengan. Ada yang mereka pilih kalau mereka nak. Kalau tak, doktor-doktor lain kena mintak kerjasama dari staf lain untuk sertai pembedahan mereka itu.
Hampir sejam lebih semua di situ berdiri dan menyaksikan Davina menjalankan pembedahan terhadap pesakit berumur 14 tahun yang mengalami pendarahan di bahagian organ dalaman selepas kemalangan ketika berbasikal lalu di langar sebuah kereta.
Kecederaan yang di alami oleh remaja lelaki ini terlalu parah sehingga hampir 5 liter darah telah digunakan untuk support system dalam badan ini. Dan tangan Davina sejak tadi tidak berhenti dari bergerak.
"Bacaan tekanan darah turun, BPnya sekali.." beritahu Janice, orang yang bertugas mengawal anesthesia.
"Jantung dia berhenti"beritahu Mason, pembantu doktor bedah yang berada di sebelah Davina dengan tangan berdarah sejak tadi tolong klip setiap urat yang terputus dan alami pendarahan.
Tanpa berkata apa-apa, Davina hanya focus pada kerjanya itu. Dia tahu pesakit ini tiada peluang memandangkan kecederaan yang di alami begitu serius. Tapi kalau dia yakin yang dia boleh bantu berikan masa untuk Budak ni bernafas sekejap, dia takkan putus asa!"Forcep.."minta dia dari balik topeng mulut tak lama kemudian.
Sarah, jururawat bertugas cepat-cepat capai forcep lalu di suakan ke Davina.
"Davina..."panggil Mason lagi lepas dia baca bacaan pada mesin pendetak jantung di tepinya itu. "Dia dah tak ada.."
"Tak...saya boleh handle ni..."beritahu Davina dengan tegas.
Mason lepaskan hela nafas panjangnya sewaktu pandang tepi muka tu. Lantas dia gerak mendapatkan lengan Davina sebelum di pegang dengan lembut. "Dia dah tak ada...kita dah cuba sebaik mungkin.."minta dia dengan perlahan sekali lagi.
Tangan Davina terus berhenti di situ sambil melihat darah mula bertakung dalam bekas bedahnya perlahan-lahan. Nafasnya naik turun hendak tenangkan diri.
"Catat masa kematian dan maklumkan hal ni pada ahli keluarga dia.."beritahu Mason apabila Davina berhenti dari meneruskan pembedahan tersebut. Dia turunkan tangannya dari lengan Davina sebelum bergerak pergi dari situ. "Biar aku jumpa family dia.."
Termenung tidak bergerak, Davina kerling ke wajah Budak lelaki yang berada di tepinya ketika itu dengan renungan hilang semangat. Sekali lagi. Dia melihat kematian di depan mata dia sekalipun dia mahu elakkannya.
Kalau ada tiket free ke neraka...sesiapa mahu tak bertukar tempat dengan dia?Bukan sebab dia nak mati! Dia cuma nak tahu tempat mana yang lebih seronok untuk di huni. Tengok orang mati setiap hari atau tengok orang yang dah mati?
"Doktor dah cuba yang terbaik untuk dia..."pujuk Sarah dengan suara lembutnya kepada Davina apabila perasan betapa devastatednya doktornya ini. Ya...memang Davina seorang yang dingin, serius dan bersikap grumpy pada semua orang. Semua orang tahu hal ni. Tapi hanya mereka yang ada di dalam bilik bedah ini saja tahu apakah sikap sebenar Doktor Davina mereka ini.
Seperti nama yang diberikan, wanita berusia 28 tahun ini menjadi seorang doktor yang cold blooded tetapi berhati nurani yang baik. Mungkin di mata orang caranya kasar, namun sekiranya itu dapat selamatkan nyawa pesakitnya, no matter what way she gonna use even it cost her own life. Davina takkan ragu-ragu untuk gunakannya.
Mendengar kata-kata itu buatkan Davina angkat kepala dia lalu memandang ke Sarah. Ya...dia dah cuba. Tapi tak cukup!Lantas giginya di ketap kuat.
Pada masa itu pintu slidding bilik bedah itu terbuka lalu muncul seorang jururawat berwajah cemas berlari masuk sebelum melaung."Doktor Davina..."panggil dia.
Semua di situ dengan serentak pun berpaling ke arah jururawat wanita tersebut kerana terkejut.
Davina palingkan kepala. Dia pandang ke jururawat itu dengan renungan kosong. Apa lagi!
Bersama nafas naik turun kencang, jururawat tu pandang tepat ke mata Davina sambil menelan air liur dengan susah payah. "Ibu doktor."
KELENTING!
Terjatuh pisau bedah yang kotor dengan kasar darah itu ke lantai taktala orang yang memegangnya tergamam dekat situ lepas dengar berita itu. "Kenapa dengan ibu saya?"tanya Davina.
"Dah tiba masanya.."beritahu jururawat yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam penjagaan ibu Davina di hospital ini.
Seperti mahu pitam, Davina hilang keseimbangan dia bila kepala dia tiba-tiba berpusing ligat bagai nak apa dan buatkan dia hendak rebah di situ. Cepat-cepat dia pegang pemegang besi meja bedah tu namun licin kerana darah di glove getahnya.
Mujur ada staf berdekatan dengan Davina di situ jadi mereka cepat-cepat dapatkan badan tu sebelum Davina sempat terjatuh di situ.
YOU ARE READING
26. UNKNOWN
ActionKalau ada tiket free ke neraka...sesiapa mahu tak bertukar tempat dengan dia? Bukan sebab dia nak mati! Dia cuma nak tahu tempat mana yang lebih seronok untuk di huni. Tengok orang mati setiap hari atau tengok orang yang dah mati? Davina (belove) Se...