Hospital Universiti Howard Bernard.
Hospital univerisiti yang dibina oleh sebuah syarikat terkaya dalam bandar ini yang diasaskan oleh Howard Bernard sendiri. Ia ditubuhkan 20 tahun yang lalu setelah univerisiti pertama di bina 25 tahun sebelumnya.
Sejak itu la hospital ini telah menempat ramai doktor intern untuk praktikal dan belajar di sini. Termasuk la Davina sendiri. Namun begitu, Davina masuk ke sini bukan atas kerelaannya sendiri. Davina terpaksa. Kalau bukan kerana terpaksa ini la, tak mungkin dia jejak kaki dalam hospital ni.
"Mana dia?"tanya Profesor Vernon sambil berjalan lekas merentasi koridor bersama beberapa lagi orang doctor residen dekat belakang dengan langkah yang lekas.
"Tidur mungkin.."jawab Pembantu Professor di sebelah.
Terus berhenti dari berjalan Professor Vernon lepas dengar. Dia pandang tak percaya ke pembantunya.
"Apa kamu kata?"soalnya dengan muka tak percaya. "Tidur?"
Pembantu Professor mengangguk kepala lagi sambil buat muka. "Ya Prof..."kata dia."Saya cuba hubungi dia, tapi tak dapat nak reach sejak tadi. Jadi saya syak dia mungkin sedang tidur??Kerja biasa dia??"tuduhnya tanpa teragak-agak.
Bersama dengusan kasar Profesor Vernon berpaling dari situ dan mula berjalan cepat ke arah selekoh kanan. Belok saja ke selekoh itu, mereka sekali lagi berhenti taktala bertembung dengan seorang doctor wanita berambut hitam belang merah dan berlolipop dalam mulut di depan situ.
Semua di situ pandang ke doctor wanita di depan mereka dengan renungan ternanti-nanti dan kening terangkat tinggi sebab terperanjat.
Kenalkan semua, Doctor Sleep. Semua orang dalam hospital ini kenal masak dengan satu-satunya doctor paling tidak disukai oleh semua residen dalam hospital ini.
Kenapa?
Pertama, ia berpunca dari kejadian dimana doctor ini telah berjaya menjalankan lima pembedahan besar dalam masa satu hari pada tahun pertama residennya. Tak masuk akal. Tapi itu la kenyataannya. Dan kelima-lima pembedahan itu Berjaya menyelamatkan kelima-lima pesakit tersebut.Dan sejak itu ramai pesakit mahukan pekhidmatan doctor ini. Hal itu buatkan doctor lain langsung tak ada peluang nak tunjuk skill mereka. Tapi sayang, semua permintaan di tolak olehnya sekalipun bakal diberikan bayaran yang besar dan ganjaran yang mewah.
Kedua, doctor ini sama sekali tiada hati perut dan perasaan mahupun emosi. Sedih.Suka.Marah.Risau. Muka itu hanya tayang satu ekspresi sahaja. Iaitu muka ais batu tiada feel.
Ketiga, kenapa di gelar sebagai doctor sleep?Sebab setiap kali ada pembedahan besar yang perlukan bantuan dia, pasti dia akan tidur atau buat tak tahu dengan semua itu.
Hal ini telah menjadikan doctor muda ini satu-satunya doctor paling di benci oleh pekerja dalam hospital ini.
"Davina...di sini pun kamu. Kenapa kamu ada di sini...kenapa bukan di dalam bilik bedah?"soal Professor Vernon dengan bengang.
Doktor Davina lirik ke pembantu professor sebelum pandang lelaki bercermin mata bingkai tebal warna hitam depannya lalu keluarkan lollipop dari mulut.
Dah apahal!Tiba-tiba datang muncul marahkan dia seperti dunia nak kiamat ni!"Apa yang prof bisingkan ni?"soal Davina dengan muka tak kisah.
Profesor Vernon buat muka.
"Pembedahan yang saya beritahu kamu untuk jalankan tu la."lafaz Profesor Vernon dengan muka tak percaya dan kening berkerut hendak marah.
Davina hanya pandang tak berminat ke Vernon sebelum berkata."Bukan ke saya dah beritahu yang saya tak berminat dengan pembedahan tu?" muda lagi dah nyanyuk?Dia cakap awal-awal lagi yang dia tolak permintaan ni kan. Dan sekarang nak naik angin kenapa?Menrimaskan betul.
"Apa?"mulut Profesor Vernon melopong.
Sambil melepaskan keluhan panjang, Davina masukkan lollipop dalam mulutnya semula lalu seluk tangan ke dalam poket jubah doktornya. "Serius talk, pembedahan tu berisiko tinggi. Saya tak berani nak bedah. Ianya serupa seperti misi untuk bunuh diri saja. Elok dia ada peluang untuk hidup beberapa bulan lagi, mati terus macam mana nanti?"jelasnya.
Hari tu kan dah sidang dan berbincang mengenai kes pembedahan ni. Kenapa la masih tekad hendak jalankannya juga. Tak faham betul la. Davina menjeling mata kejengkelan ke tepi.
"Kamu tahu tak ini adalah pembedahan besar..sekiranya pembedahan ini berjaya, nama baik hospital ini akan naik dan kamu akan di naikkan pangkat sebagai kaunselor..takkan la kamu nak lepaskan peluang ini begitu saja?"tanya Professor Vernon dengan nada tak percaya.
Apa orang tua ni cakap?Dengan tajam Davina menjeling semula ke Vernon sebelum berkerut kening sedikit. Ya!Nama baik kalau pembedahan tu berjaya!Nanti kalau tak berjaya dia jugak yang di salahkan!Ingat dia ni lembab sangat ke tak fikir semua tu? Sebab dia tak kisah dengan Kaunselor kejadah tu la dia tak nak lakukannya. "Macam mana kalau pembedahan ini tidak berjaya?Pernah tak prof fikirkan kemungkinan tu?"tanya dia.
Pembantu Professor berdengus. "Berlagak. Mentang-mentang kau adalah doctor handal dan hebat dekat sini, kau boleh cakap macam kau tahu semuanya kan?"dia menyilang tangan ke dada lalu tarik sengih sinis jengkel sewaktu memandang Davina.
Davina palingkan muka ke wanita berambut pendek bob cut depannya. Nak menyampuk dah kenapa. Teringin sangat ke kena maki dengan dia. "Kalau ya kenapa Pembantu Hanna?Jelous sebab aku lebih hebat dari kau?Atau kau jelous sebab ramai lebih prefer kepakaran aku dari kau walaupun perangai aku macam betina tak guna?Sementara kau jadi tukang ampu semata nak dapatkan kedudukan kau tu tak pernah up?"selorohnya setelah itu.
Ternganga terus mulut Pembantu Professor mendengar tomahan itu. Matanya berkedip tak percaya. Apa perempuan tak guna ni baru cakap!?
"Cukup...sekarang saya mahu kamu ke bilik bedah sekarang juga. Pembedahan akan di langsungkan sebentar lagi."gesa Professor Vernon dengan kening mencerlung risaunya.
Davina tarik lollipop keluar dari mulutnya sebelum mencebik jengkel."Malas. Suruh je Doktor Kaden. Biar dia yang handle kes ni." kataa Davina dengan mendatar sebelum gerak jalan melepasi mereka yang menghadang seluruh koridor itu.
"Apa!?Kaden?"Professor Vernon ikut berpaling bila Davina jalan melepasi dia macam tu je.
Sambil masukkan semula lollipop ke mulutnya, Davina palingkan kepalanya ke belakang."Ya...anak director maki saya pagi tadi sebab professor keluarkan dia dari pasukan demi gantikan saya...so better arahkan dia saja sebab dia mahukan jawatan tu dari saya"katanya sebelum kembali pandang ke depan dan menjauh dari mereka.
Semua dekat situ berdiri kaku perhatikan langkah yakin Davina tanpa mengedipkan mata buat beberapa saat sebelum pandang ke professor mereka dengan serentak.
Sementara Davina yang sedang berjalan pergi menjauh dari mereka hanya buat muka kesal tak pedulinya. Dia hairan dan tertanya-tanya. Kenapa ya, tak kira la apa sekalipun situasi tu dan dia tidak mahu libatkan diri dengan sesiapa atau apa-apa. Pasti ada saja yang nak cuba libatkan dirinya.
Memangnya tak ada siapa suka tengok dia duduk diam-diam buat hal sendiri ya?
YOU ARE READING
26. UNKNOWN
ActionKalau ada tiket free ke neraka...sesiapa mahu tak bertukar tempat dengan dia? Bukan sebab dia nak mati! Dia cuma nak tahu tempat mana yang lebih seronok untuk di huni. Tengok orang mati setiap hari atau tengok orang yang dah mati? Davina (belove) Se...