"Tolong!Tolong anak saya!"laung seorang ibu yang menerjah masuk ke dalam khemah rawatan itu sambil mendukung anak kecil di dalam pelukannya.
Davina yang ketika itu sedang bantu membalut luka pada badan seorang atuk itu terus palingkan kepala ke arah laluan masuk itu.
"Tolong anak saya...kenapa dengan anak saya ni...?"nangis si ibu dengan terdesak semasa jalan merentasi Lorong celah katil di situ. Ada je doctor dan jururawat yang mahu dapatkan dia, tapi perhatiannya hanya pada seorang saja. "Doktor Davina tolong tengokkan anak saya ni.."mintanya di depan Davina setelah berdiri di tepi katil itu.
"Apa yang dah berlaku?"tanya Davina yang terus dukung badan kecil dari pelukan si ibu lalu di baringkan atas katil kosong di sebelahnya. Stestokope yang ada dileher terus di pasang ke telinga sebelum hujung alat itu di tekup pada dada dan sekitar perut anak kecil berusia 3 tahun itu.
"Saya tak tahu...tadi masa makan malam elok saja dia bercakap dan bergurau dengan saya. Tak lama lepas makan kemudian, dia adu yang dia tak sedap badan. Jadi saya suruh la dia tidur...bila saya check suhu badannya sejuk...dia bernafas pun perlahan.."jelas si ibu dengan nafas tercungap-cungap kerana ketakutan dan sedih pada masa yang sama.
Bila Davina dapat dengar sesuatu yang tak kena pada pernafasan itu, dia terus palingkan kepala ke troli peralatan. "Natasha...minta Doktor Kai dating ke sini sekarang"beritahu dia sewaktu capai pen berlampu dari bekas di situ lalu di tekan pada hujungnya sebelum cahaya keluar dari muncung pen tersebut.
"Baik!"sambut Jururawat Natasha sebelum dia berlari keluar dari situ untuk ke khemah dimana Doktor Kai bertugas.
"Boleh saya tahu sebelum tu dia ada lakukan sebarang aktiviti atau tidak?Macam terjatuh ke apa?"tanya Davina semasa dia buka mulut itu untuk periksa ke dalam anak tekak pulak.
"Saya tak pasti pula."jawab si ibu.
"Saya syak dia ada masalah saluran pernafasan tersumbat"kata Davina lepas dia Nampak dalam kerongkong itu mula membengkak. "Kalau bukan kerana cedera, mungkin dia alami alergik lepas makan malam yang dia ambil"jelasnya.
Dari balik kekalutan dalam khemah tersebut, seseorang yang memerhati sejak tadi ambil peluang untuk keluar dari situ. dan berjalan melintasi orang di situ dan masuk ke Lorong di khemah di situ sebelum tiba di tempat dimana staf duduk berehat.
Oleh kerana tiada masa untuk dibuangkan lagi, dia lihat kanan dan kirinya untuk pastikan tiada sesiapa yang Nampak dia masuk ke situ. Berpuas hati yang memang tak ada siapa yang Nampak, kakinya di atur masuk ke dalam khemah tersebut.
Almari plastic yang ada tanda nama 'Davina' di dekati lalu zip penutup alamari tersebut di Tarik buka dengan laju. Niatnya ke sini adalah untuk dapatkan jurnal. Jadi itu la yang dia perlu lakukan. DIsebabkan dekat sini ramai sangat orang, masa dan ruang dia sangat terhad malah lebih sukar untuk di lakukan!Kerana itu dia terpaksa cipta scene supaya dapat alihkan perhatian Davina dan orang lain. Ya, dia yang rancang semua ni. Dia yang bagi Budak alergik kacang itu makan kacang masa mak Budak tu sibuk berborak. Dan bila si ibu kalut nak cari doctor, dia beritahu supaya cari Davina dengan alasan hanya Davina saja boleh bantu Budak tu.
Ketika orang itu sibuk menyelongkar almari tersebut, dengan senyap seseorang muncul dari belakangnya. Perlahan-lahan kaki yang bersarung kasut boot hitam itu pijak permukaan tanah di situ menghampiri penceroboh yang sedang mencari sesuatu dalam almari plastic tersebut. Apabila jarak hanya bersisa dua langkah, baru la dia berhenti dari berjalan sebelum bersuara.
"Cari sesuatu ke Doktor Hanna?"
Terperanjat orang yang bercakung dekat depan almari plastic itu sebaik mendengar namanya di panggil. Dia pun cepat-cepat berdiri tegak dan pusingkan badannya ke belakang. Pandang saja dia ke situ, matanya terbutang luas, lututnya menggigil bagai nak melutut di situ jugak!
YOU ARE READING
26. UNKNOWN
ActionKalau ada tiket free ke neraka...sesiapa mahu tak bertukar tempat dengan dia? Bukan sebab dia nak mati! Dia cuma nak tahu tempat mana yang lebih seronok untuk di huni. Tengok orang mati setiap hari atau tengok orang yang dah mati? Davina (belove) Se...