"Kau tak boleh buat macam ni Vernon. Bukan ini dalam persetujuan kita!"marah Rowan.
"Jangan nak banyak cakap...kau serahkan aku semua hasil kajian kau pada aku jadi atau tak..sekarang!"arah dia dengan nada tegas.
"Tak!Aku takkan benarkan sesiapa memiliki formula ni!"tegas Rowan lagi.
"Kalau kau tak nak jangan salahkan aku kalua sesuatu terjadi pada isteri dan anak kau nanti!"ugutnya pula. Menyusahkan!Bagi je apa yang payahnya. Dia senang, Rowan pun senang. Jangan la sampai dia terpaksa gunakan kekerasan.
"Jangan kau libatkan keluarga aku dalam hal ni!"
"Well..nak buat macam mana, sebab kau memang dah libatkan family kau sejak kau libatkan diri dengan aku.."cebik dia sebelum pandang dua orang anak buahnya yang ada di situ. "Belasah dia.."arahnya kemudian.
"Vernon!"panggil Rowan dekat belakang sewaktu dia berjalan keluar dari situ.
Dan sesampai saja dia di luar bilik tersebut , dia di sambut oleh anak buahnya. "Tuan.."
"macam mana, dah dapat tangkap isteri Rowan?"tanya dia.
"maaf tuan...semasa kami kejar kereta yang di pandu oleh isteri Rowan terbabas lalu masuk ke dalam gaung sebelum meletup"beritahu anak buahnya.
"Anak dia?"keningnya di jungkit ingin tahu.
"Mungkin terkorban sekali dalam kemalangan tu."
"Tuan...kita dah sampai.."maklum pemandu dia di seat depan.
Vernon yang sedang memejam mata mengimbas kembali memori lama itu pun buka mata lalu pandang ke depan buat seketika sebelum palingkan kepala ke cermin tingkap kereta. Dia pandang ke bangunan lama yang terbiar di situ dengan renungan kosong. Memang ia kelihatan terbiar, taup di sini la segala aktiviti terlarang dia di jalankan.
Pintu tersebut itupun terbuka selepas anak buah Vernon membukakannya untuk lelaki itu.
Sambil betullkan kot di badannya, Vernon tunduk keluar dari kereta tersebut dan melangkah dengan luas mendekati pintu Utama bangunan Bersama anak-anak buahnya di sisi. Mereka kemudiannya berarak masuk ke dalam bangunan dan mendaki tangga untuk beberapa kali sebelum tiba di sebuah koridor dan berhenti di depan sebuah pintu.
"Di sini tuan."arah lelaki yang berkawal di luar pintu tersebut.
Vernon berdiri di depan pintu sehingga la ia di buka untuknya dan dia berjalan masuk ke dalam. Melangkah saja dia ke dalam, mata Vernon terus terarah pada wanita yang terikat di sebuah kerusi dan berpita pelekat di sekeliling badan itu.
Tersengih puas dia bila melihat. Sekian lama dia mencari dan menunggu. Akhirnya dapat jugak anak perempuan Rowan yang hilang ni!Jenuh dia korek sana sini semata nak tahu siapa la anak Rowan ni, hidup ke tidak. Sekali tu ada di depan matanya sendiri!
Seorang lelaki berpakaian serba hitam capai kerusi kayu lalu di letakkan dekat hadap Davina untuk Vernon duduk. Setelah itu dia berdiri tegak di situ dengan tangan berada di depan perut.
"Well...well...what we got here?"Vernon berkata sambil duduk di kerusi tersebut lalu silangkan kaki dengan yakin di depan Davina.
Tanpa berkedip atau bergerak Davina hanya perhatikan gerak geri Vernon melalui matanya dengan renungan dingin.
"Davina Serephina Rowan..anak kepada saintis terkenal dan jugak seorang doctor yang Berjaya...tapi nak buat macam mana. hayat dia sampai hari ni je"seloroh Vernon dengan sinis.
Dalam diam, Davina ketap giginya dengan erat. Semakin membuak-buak rasa amarah dia terhadap Vernon sekarang ni.
"Kenapa?Kamu terkejut?Nak bercakap?"agah Vernon lagi dengan nada mengejek jahatnya. Lantas dia gerakkan dagu ke anak buahnya sebagai isyarat supaya buka pelekat di mulut Davina.
Lelaki bertopi serta bertopeng mulut warna hitam itu pun dengan patuh mengikut arahan tersebut. Dia jalan ke sebelah Davina lalu menarik pita pelekat tersebut dari mulut tersebut.
SRAP!
Davina serta merta merintih sakit akibat tarikan pita pelekat tersebut. Panas terus mulut dia disebabkannya. Setelah itu dia pandang ke Vernon dengan muka bengang dan mata kemerahan hingga buatkan dia kuat mengetap gigi menahan sabar di situ.
Vernon tarik sedikit kot yang di pakai sambil selesakan diri di kerusi itu sewaktu bercakap. "Memandangkan kamu sendiri dah tahu siapa saya, jadi tak perlu la saya berbasa basi dengan kamu mengenai apa yang saya mahukan...kita just straight to the point okay?"
"Go to hell!"deram Davina dengan bengis.
Berdengus Vernon lepas dengar. Dia Tarik sengih meleret sewaktu pandang Davina. Berasa lucu mendengar kata-kata itu.
"Now talk...where is the jurnal?"tanya Vernon selepas itu. "Kalau kamu nak terus hidup, elok saja kamu berikan saya jurnal ayah kamu tu Davina."
Setelah itu dengan tiba-tiba dan mengejut, Davina mula ketawa,dari perlahan kepada ketawa yang besar hingga dia dongakkan kepala memandang ke siling. "Aahahahah...ahahahah!"ketawanya yang di paksa sedangkan dia mahu menangis sekarang ni. "Okay..saya akan beritahu. Tapi dengan syarat.."ajunya sambil memandang Vernon dengan sengih sinis meleret ke kanan.
"Apa syaratnya?"kening Vernon terangkat sedikit.
Masa itu la air mata yang bertakung di kelopak mata Davina jatuh menitis di pipi. "What you do to my parents. How you did kill them?"tanya dia dengan perasaan berkecamuk dan marah! Tapi dia kawal dirinya supaya tidak menjerit di situ.
"Okay...deal. Bukan hal besar pun."sengih Vernon dengan jahat. Maka bercerita la Vernon akan hal yang dilakukan olehnya terhadap ibubapa Davina dari awal hingga akhir.
YOU ARE READING
26. UNKNOWN
ActionKalau ada tiket free ke neraka...sesiapa mahu tak bertukar tempat dengan dia? Bukan sebab dia nak mati! Dia cuma nak tahu tempat mana yang lebih seronok untuk di huni. Tengok orang mati setiap hari atau tengok orang yang dah mati? Davina (belove) Se...