Tiga hari kemudian,tanpa pengetahuan sesiapa atau bagaimana hal sebenar telah terjadi, apa yang telah menimpa oleh Vernon dan Mason kekal di rahsikan oleh pihak berkuasa supaya tidak menimbulkan sebarang kekecohan. Dan orang pertama yang dikhabarkan kejadian ini adalah Howard Bernard sendiri memandangkan dia adalah owner hospital tempat Mason dan Vernon bekerja.
Jadi Eden adalah orang yang menemui Vernon sendiri. Dia ceritakan apa yang Vernon telah lakukan selama ini di belakangnya dan kenyataan bahawa Vernon adalah lelaki yang bertanggungjawab di atas kejadian yang menimpa Davina dan ahli keluarganya. Eden ceritakan semua kerja jahat dan perkarayang Vernon lakukan demi dapatkan formula tersebut. Dan tidak lupa jugak mengenai berita yang Rowan sebenarnya masih hidup. Iaitu ayah kandung Davina.
Setelah di maklumkan hal tersebut, Howard ambil keputusan untuk sebarkan berita palsu mengenai perpindahan Vernon dan Mason dari hospital itu dan dua orang tidak lagi bekerja dengan dia. Yang mana pada awalnya agak hairan untuk di terima oleh mereka di hospital tersebut. Namun setelah beberapa hari berlalu mereka semua anggap seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Memikirkan Davina tidak tahu mengenai kejadian yang menimpa Vernon dan apa yang lelaki tua itu telah lakukan, Bernard ambil keputusan untuk beritahu Davina hal sebenar dan ceritakan apa yang telah berlaku kepada ibubapa Davina dan rancangan yang dia atur untuk Davina sejak Davina kecil hingga la Davina besar. Kisah yang sama Bernard ceritakan pada Eden tempoh hari.
Untuk itu Bernard telah pelawa Davina untuk makan malam Bersama dengan ahli keluarganya bersama dengan Eden sekali di suatu hujung hari minggu tidak lama kemudian. Untuk ceritakan hal tersebut kepada Davina sendiri.
Jadi tepat jam 6 petang, Davina pun tiba di perkarangan rumah mewah milik Bernard pada hari itu, tanpa mengetahui apa-apa mengenai Eden yang turut di jemput ke situ untuk makan malam atau rancangan Bernard mahu memberitahu mengenai keberadaan ayah kandungnya. Eden sendiri tak cakap apa-apa pada Davina. Apa yang Davina tahu dia hanya di jemput untuk makan malam Bersama keluarga itu seperti kebiasaannya, Jadi dia datang ke situ tanpa tahu apa-apa. Termasuk la Kaden sekali.
DING!
DONG!
Butang loceng rumah di tepi pintu itu di tekan dengan jari telunjuk kurus Davina setelah dia berdiri di depan pintu kayu customade dengan ukiran indah itu. Turunkan saja jari dia dari situ, tak sampai beberapa saat pintu itu pun terbuka.
Davina ingatkan maid yang buka, sekali tu lelaki berambut malas tak disisir dan bercermin mata dekat muka dan berbaju kemeja lepas diluar dan t-shirt round neck putih di dalam dan berseluar jean hitam berdiri di depannya. Dia terpaksa double take untuk sedar yang di depannya itu adalah Kaden kerana penampilan ranggi dan bergaya yang Kaden selalu kenakan kelihatan sungguh berbeza kalau dekat rumah. Dari rupa seorang doctor yang handsome, terus jadi macam Budak kolej dekat dorm.
"Apa ni?"lirik Davina semasa perhatikan Kaden dari atas ke bawah.
Kaden buat muka menyampah sebelum biarkan pintu itu terbuka sewaktu melangkah ke dalam.
Tidak perlu tunggu Kaden pelawa dia masuk, Davina atur kaki ke dalam rumah itu dengan bersahaja kerana sudah terbiasa. Bukan kali pertama dia datang ke rumah ini. Jadi layanan dingin Kaden sikit pun tak buat dia terasa.
Sewaktu menunggu Davina tukar kasut kepada selipar dalam, Kaden sandar kan bahunya ke dinding itu sambil menyilang tangan ke dada. "Hei...kau memang pelan nak datang ke sini berdua ya?"
Davina yang tunduk menanggal kasut tumit tinggi dan mahu diganti dengan selipar dalam itu angkat kepala. Dia pandang Kaden dengan kening terangkat. "Apa maksud awak?"bukan Bernard ke yang minta dia ke sini?Datang berdua?Kepalanya kemudian dia paling ke sekiltar laluan masuk pintu di situ. Cuba cari ada orang lain ke yang ikut dia ke sini?Kaden boleh Nampak hantu?
"Hish..buat tak tahu pulak"gerutu Kaden dengan jengkel. "Aku tak tahu pulak yang ayah ada anak angkat baru selain kau?Memangnya kau orang berdua ni memang suka menginding dekat orang tua aku ke?"tambahnya lagi.
Selepas sarung selipar dalam ke kaki kiri, Davina selak rambut Panjang yang dibiarkan lepas itu ke belakang telinga. "Apa yang awak merepekkan ni?Cuba cakap tu biar jelas...jangan nak berlapik bertapis bagaiawak cakapkan tentang siapa sekarang ni?Saya tak faham."beritahunya dengan kening berkerut sedikit.
Kaden lepaskan keluhan jengkel lalu tolak bahunya dari dinding tu dan turunkan tangan ke sisi. Hissh, Geram betul la!"Aku cakap tentang abang kau tu la..si Eden."katanya dengan nada tak suka. Dia ingatkan hanya Davina saja. Tiba-tiba ada orang lain pulak. Malah seronok lagi berborak dengan ayahnya dekat ruang makan tu!Sekarang ni dia makin yakin yang dia bukan anak lelaki keluarga ni!Sebaliknya dua makeluk menjengkelkan didepannya ini.
"Hah?"nganga Davina lepas dengar. Eden?Apa yang lelaki tu buat dekat sini?"Dia ada sekali?"
Air muka marah Kaden kendur bila dia tengok reaksi dumbfounded Davina. "Apahal?Kau tak tahu dia akan ke sini?"tanya dia yang ikut terkejut jugak. Dia ingatkan Davina tahu mengenai hal ni.
"Buat apa Eden ke sini??"Davina pandang tak percaya ke Kaden. Memangnya Eden kenal dengan Bernard?Dua orang tu kenal?Rasanya dia tak pernah ungkit apa-apa tentang Eden kepada Bernard.
"La..aku ingatkan kau tahu?"tanya Kaden pula.
Baru saja Davina nak buka mulut hendak berkata, tidak semena muncul Eden. "Kau dah sampai?"tegurnya.
Tersentak dengan serentak, Davina dan Kaden masing-masing pandang ke arah lelaki yang ringkas mengenakan kemeja biru gelap tidak bertali leher tuck in ke jean hitam yang dipakai berdiri di situ memandang mereka berdua.
YOU ARE READING
26. UNKNOWN
ActionKalau ada tiket free ke neraka...sesiapa mahu tak bertukar tempat dengan dia? Bukan sebab dia nak mati! Dia cuma nak tahu tempat mana yang lebih seronok untuk di huni. Tengok orang mati setiap hari atau tengok orang yang dah mati? Davina (belove) Se...