Chapter 15 : Let Be Friend.

2K 198 3
                                    

Pagi keesokan harinya, Davina bangun seawal empat pagi kerana tidak dapat tidur. Disebabkan tempat baru, badannya perlukan masa untuk adaptasi cuaca, suasana dan jugak ruang tempat dia tidur tu. Untuk hilangkan rasa penatnya itu, dia pun bersiap dengan pakaian joggingnya dan kasut sukan lalu keluar dari bangunan untuk jogging sekeliling tempat itu untuk beberapa minit.

Kebetulan semasa dia keluar ketika itu ahli tentera yang lain sedang jalankan rutin pagi mereka itu bersenam dan berkawad dalam kumpulan yang besar. Namun Davina hanya pandang sekilas sahaja akan kegiatan para tentera di situ dan teruskan lariannya sehingga dia puas hati dan betisnya sakit.

Setelah itu baru la Davina masuk semula ke dalam untuk bersiap bagi mulakan tugas pertamanya di tempat barunya itu. Oleh kerana dia tak suka bergaul dengan orang atau jadi perhatian orang ramai, Davina ambil sarapan di cafeteria lalu makan sepanjang perjalanan untuk ke base bilik rawatan yang dia ditugaskan untuk berada.

Iaitu di Base A. Sebuah tempat seperti khemah yang sangat besar bersaiz besar dan luas. Segala kelengkapan berada di situ. Dari mesin, katil pesakit, peralatan merawat dan semuanya yang di perlukan sudah disediakan di situ. Dan jugak pesakit sendiri. Iaitu beberapa orang staf dan tentera yang sepertinya demam dan alami kecederaan ringan seperti patah tulang atau kena tembak.

Selain Davina, tiga orang lagi staf perubatan turut di tempatkan di situ. Iaitu Dua orang jururawat dan seorang doctor. Iaitu Doktor Kai sendiri dan jururawat Harry serta Natasha.

"Hai..."sapa jururawat Natasha pada Davina yang sedang tunduk membelek rekod kelengkapan perubatan di papan carta ketika itu.

Davina menjadi Davina, hanya diamkan diri tidak menyahut sapaan itu. Dia hanya sibukkan diri menyelak helaian kertas di situ. Hendak cari sekiranya ada barang yang mereka tak sediakan dekat sini.

Jururawat Natasha buat muka sebelum ketap bibirnya kerana tak tahu nak cakap apa. "Um...doctor tahu..kita tak tahu berapa kita akan kerjasama dekat sini...so.let be friend."ujarnya dengan sisa semangat yang ada sewaktu hulur tangan di depan muka Davina.

Elok matanya terarah pada butiran di atas kertas itu, Davina gerakkan mata dia dari situ ke tangan Natasha. Untuk beberapa saat dia pandang tangan tu sebelum angkat kepala untuk memandang muka tu pulak. Dia bukannya tak nak berkawan atau berhubungan dengan orang. Seumur hidup dia, sekali pun dia tak pernah tak tengok orang yang Bersama dengan dia tak tinggalkan dia. Seorang demi seorang tinggalkan dia lepas mereka berada di samping dia. Jadi dia letih hendak jalinkan sebarang relay dengan mana-mana manusia. Dia dah give up!

"Kalau dah tahu yang kita tak tahu sampai bila dapat bekerjasama. bukan ke lebih baik kalau kamu jauhkan diri dari saya?"balas Davina dengan dingin.

Jatuh terus air muka bersemangat Jururawat Natasha lepas dengar. Dah tak tahu nak cakap macam mana lagi, dia berpaling pergi meninggalkan Davina di situ. Terasa dengan sikap dingin yang diberikan oleh doctor itu kepadanya.

Pergi saja Natasha dari situ, Davina lepaskan keluhan panjangnya sebelum tunduk memancang papan carta di tangannya semula. Namun tak lama dengan kecohnya, pintu ruang rawatan itu terbuka kasar dan sekumpulan lelaki berjalan masuk ke situ dengan lekas.

"Tolong!"laung satu suara dengan cemas.

Dan bila semua yang ada dalam ruang rawatan itu palingkan kepala, mereka melihat tiga orang lelaki yang di pimpin masuk ke dalam ruangan tersebut oleh ahli tentera yang lain, darah mula berlumuran di atas lantai di bawah mereka.

"Bawa mereka ke sini!"arah Doktor Kai dengan lekas bila berasa penuh amaran dengan keadaan cemas itu.

"Mereka terkena tembakan oleh lanun sewaktu kami bertugas tadi.."

"Kami hanya sempat tekap luka yang ada dengan kain selama yang boleh."

Beritahu mereka semasa baringkan rakan-rakan mereka yang terluka itu ke atas katil di situ. Tiga orang tentera yang cedera itu ada yang mengerang kesakitan, ada yang tak sedarkan diri langsung sebaik rebah di situ.

Davina yang lihat itu pun dapatkan seorang dari mereka tanpa berlengah. Dia dapatkan lelaki yang tidak sedarkan diri terlebih dahulu. Dia keluarkan pen berlampu dari poket jubah doktornya lalu ditalakan ke mata yang terpejam itu. Namun baru saja hendak dia pegang kelopak mata tersebut, satu tangan muncul dari tepi lalu mencengkam pergelangan tangannya dengan erat.

Terkejut dengan cengkaman itu, kepala Davina tertoleh ke seberang katil dimana tuan punya tangan sedang berdiri. Menahan nafas terkejut dia dibuatnya lepas pandang muka berpeluh dan kotor dengan kesan darah tu.

Sh*t!

Eden!

"Apa kau buat dekat sini?"tanya Eden dengan muka berangnya.

Davina kaku dekat situ, lidah dia jadi kelu tak terkata. Kenapa Eden boleh ada dekat sini sekarang?Kenapa la dia boleh tak perasan!Aish!

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now