Chapter 68 : 'Jangan Tinggalkan Aku'

1.6K 154 3
                                    

Eden bawa tangannya untuk pegang kepala tu, namun dengan laju Davina jauhkan diri untuk elak dari di sentuh. Dia buat semua yang Bernard suruh bukan sebab atas arahan atau terhutang budi. Tapi sebab dia memang ikhlas hendak jaga dan lindungi Davina. Sebenarnya dari awal tiada sikit pun perasaan terbeban atau terpaksa sepanjang masa dia jaga Davina. Malah dia terimanya dengan hati terbuka. "Aku minta maaf sebab rahsiakan semua ni. Tapi semua ni permintaan Tuan Bernard sendiri. Sebagai orang atasan aku, nak tak nak aku kena patuh akan arahan dia..kalau boleh lama aku beritahu kau hal sebenar. Bukannya sekarang"jelas dia dengan nada perlahan.

Davina mengetap gigi saat pandang dengan dalam ke mata Eden. Perasaan yang dia rasakan ibarat seperti baru diminta putus dengan kekasih sendiri rasanya. Hairan betul. "Beritahu aku...adakah masa aku ke pangkalan tu kau tahu aku akan ke situ jugak?"bisiknya.

"Tak...aku tak tahu apa-apa mengenainya. Aku perasan pun masa dekat bilik rawatan tu. Sumpah aku terkejut. Jadi aku call tuan Bernard sendiri untuk pastikan hal tu, dan baru hari tu aku tahu."jawab Eden.

"Kalau macam tu kau mesti tahu ibu sakit?"tanya Davina lagi.

Kali ni Eden hanya mengangguk kepala.

"Tapi kau buat tak tahu...biarkan dia sakit dan meninggal sendiri macam tu je"keluh Davina dengan kecewa. "Kenapa kau tak datang masa tu...kau tahu tak betapa takutnya aku masa tu..berharap kau ada dekat situ temankan aku?"

"Aku menyesal sangat pasal tu...sebab tu aku cuba lindungi kau lebih baik dari sebelumnya. Sebab aku tak boleh kehilangan kau...sebab aku dah tak ada sesiapa lagi dekat dunia ni.."lafaz Eden dengan kening berkerut susah hatinya.

"Maafkan aku...aku tak boleh nak handle semua ni lagi"Davina tolak Eden jauh darinya.

Lemah longlai seperti tiada tenaga, tangan Eden pun jatuh ke sisi dan dia terundur sedikit ke belakang kerana tolakan itu. Dia pandang Davina dengan muka devastated dan bahu jatuh hilang semangat sebab terlalu terpempan. "Please. Jangan tinggalkan aku."mintanya sebelum jatuh melutut dekat situ.

Nampak akan hal itu, Davina terus tak jadi buka pintu kereta. Dia pandang ke Eden buat seketika. Lirih hati dia bila tengok Eden macam ni. Tak pernah dia lihat side Eden yang ini selama bertahun lama telah bersama. "Bangun Eden.."arahnya dengan tegas.

"Please...jangan tinggalkan aku.."minta Eden dengan kening berkerut berharapnya dalam keadaan melutut di situ. Ya!Dia benar-benar terdesak. Pada hari Bernard hendak ceritakan hal sebenar, dia dah takut separuh mati sebenarnya!Takut perkara seperti ini akan terjadi.

Dengan perasaan berbelah bahaginya, Davina hanya pandang Eden sambil teringat akan Declan. Kenapa la perasaan dia bercampur baur seperti ni?Dia sukakan Declan tapi pada masa yang sama kenapa dia rasa macam ni dekat Eden pula?

Dari dalam rumah, di jendela tingkat bawah. Berdirinya Kaden di situ memerhati keadaan tersebu dengan tangan bersilang di dada. Cuba tafsirkan apa yang sedang berlaku di depan matanya itu. Adakah Eden merayu supaya di maafkan, atau Davina dalam keadaan dilemma dengan kenyataan yang di sampaikan mengenai Eden untuk kecewa atau marah?

Pada masa yang sama Bernard muncul di belakang ketika mahu mendaki tangga untuk naik ke tingkat atas. "Kamu sukakan Davina?"

Melompat terkejut Kaden lepas dengar.Dia dengan laju palingkan kepala untuk pandang ke ayahnya. "Huh?"nganga dia dengan bingung. "Apa ayah cakap?"

Bernard tersengih meleret melihat reaksi lucu anak lelakinya itu. "Ayah tanya kamu sukakan Davina ke?"

Suka?"Dah kenapa ayah tanya macam tu?"Kaden buat muka pelik.

"Ayah tak kisah sekiranya kamu sukakan Davina...lagipun ayah dan ibu dah kenal lama dengan Davina tu. Sekiranya kamu suka, beritahu la..ayah akan uruskannya untuk kamu."pesan Bernard sebelum daki tangga.

Kaden yang di tinggalkan dekat situ buat muka sebelum pandang semula keluar jendela. Sekarang ni Eden tidak lagi berdiri, lelaki tu tengah berdiri tegak sendirian membelakangkan fountain di situ, sementara kereta Davina sudahpun tiada di situ. Tidak tahu hendak buat apa lagi, dia pun ikut berpaling dan pergi menjauh dari jendela itu untuk naik ke tingkat atas juga.

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now