Chapter 8 : Penampar sebijik.

2.1K 205 5
                                    

"Lepas!Lepaskan saya sekarang!Mana perempuan tak guna tu!"tempik seorang wanita dengan lantang dekat koridor yang sibuk dengan pesakit dan para staf serta jururawat. "Bawak perempuan tak guna tu sekarang atau saya hancurkan nama baik hospital ni!!!"jerit anak perempuan kepada pesakit VVIP yang Davina reject tempoh hari dari jalankan pembedahan.

"Cik..bawa bertenang. Ini kawasan hospital. Ramai orang sakit.."pujuk seorang jururawat kepada wanita tersebut.

Bersama mata menjegil bulat wanita itu pandang jururawat tersebut sebelum tolak badan tu dengan kasar. "Bertenang kepala otak kamu!Ayah saya tengah nazak dekat dalam macam mana saya nak bertenang!Bawa saya doctor tak guna yang berani-berani tolak ayah saya dari di bedah dengan dia!Sekarang!!!!!!"teriak wanita itu dengan sekuat hati sambil hentak kaki tidak puas hatinya.

Dua orang doctor lelaki muncul di situ dengan langkah lekas. "Cik..berhenti. jangan buat bising macam ni. Semua masalah boleh di bincangkan.." pujuk Doktor Lee.

"Betul tu...kami akan bawakan doctor itu berjumpa dengan cik...jadi tolong jangan menjerit. Kami tak boleh dapatkan dia sekarang kerana dia tiada di sini."jelas Doktor Mason pula.

"Tak ada dekat sini?Mana perempuan tu?Dia doctor kan..tahu kerja ke tak!"jerkah wanita itu pada Doktor Lee pula hingga timbul urat belirat pada leher tu. "Bawa perempuan ni atau saya lingkupkan hospital ni serta merta!!"

Terundur ke belakang Doktor Lee dan Doktor Mason selepas itu. Masing-masing berkerut kening tak percaya melihatkan tantrum yang di lontarkan oleh anak orang kaya di depan mereka ini.

Para pesakit yang lalu Lalang di sekitar koridor tersebut ikut jengahkan kepala ingin lihat apa yang berlaku. Suara bisik-bisik mula kedengaran di kalangan mereka sewaktu saksikan kekecohan tersebut.

"Apa yang dah berlaku tu?"

"Entah"

"Aku dengar ada seorang doctor ni tolak permintaan dia untuk bedah ayahnya yang sakit. Tak puas hati la agaknya tu.."

"Hish...cantik macam tu tapi terpekik-pekik macam orang putus fius je gayanya."

Sedang para pesakit yang ada di situ hadang laluan koridor tersebut berborak akan sesuatu, ketika itu la Davina muncul di belakang mereka.

Bersama wajah sugul dan pakaian hitam terpasang di badan serta rambut di sanggul malas dia berdiri di situ mendengar perbualan mereka tanpa berkata apa-apa.

"Saya takkan berhenti selagi perempuan tak guna tu muncul dekat depan saya SEKARANG!!!"tempik wanita yang sama sekali lagi di depan kaunter admin pesakit di koridor tersebut.

Davina yang sedia berdiri di situ terdengar pekikan itu. Dia baru je nak bergerak, dua orang pesakit wanita dan lelaki yang berdiri di depan laluannya ketika itu mula bersuara semula.

"Siapa doctor tu??"

"Kau kenal Doctor Sleep?"

"HUh?Ada ke doctor nama gitu dekat sini?"

"Haih..bukan la...orang panggil dia doctor Sleep. Alah...dia orang yang bedah kau minggu lepas"

"Hah!Dia ke?"

Bersama jelingan tajam, Davina pandang dua belakang kepala di depannya itu sebelum berdehem kecil sebagai isyarat makluman kepada mereka orang yang mereka dok gossip kan sejak tadi ada di situ. "Ehem!"

Dengan serentak dua kepala itu pun berpaling ke belakang hendak lihat siapa.

"Mak!"latah makcik yang sibuk berborak tadi lepas terpandang doctor cantik muka tak ada perasaan sedang berdiri di belakangnya ketika itu.

Pesakit lelaki yang masih berbalut di kepala itu ikut tersentak, dia cepat-cepat undurkan diri ke tepi nak beri laluan tanpa berkata apa-apa lagi.

Lantas Davina pun jalan melewati mereka dengan derap langkah yakinnya. Berdetak-detak tumit tinggi hitam berkilatnya itu menghentak lantai sewaktu mendekati belakang wanita yang hilang akal menjerit tengah koridor tadi. Beg tangan yang di pegangnya ketika itu dieratkan genggaman padanya. Dia tak peduli perempuan ni siapa, apa dalam kepadanya sekarang, perempuan ni kena di hentikan sekarang jugak.

Semua di situ perasan akan kehadiran Davina tidak lama kemudian. Hampir semua orang di situ pasang muka kengerian dan cuak masing-masing sebaik Davina mendekati belakang anak orang kaya tersebut.

"Davina jangan!"arah Doktor Mason yang mana sudah terlewat untuk itu!

Dan tanpa amaran, Davina hayun beg tangannya dengan padu ke belakang kepala tu kuat-kuat sebelum ia mengenai kepala tersebut. Lantas tercampak ke tepi wanita itu ke lantai sebelum terduduk dalam keadaan bersimpuh.

Tak cukup dengan hayunan itu, Davina campak beg tangannya ke tepi lantas mencekau rambut kerinting keemasan milik wanita tadi dan di tarik bangun badan tu menghadapnya sesaat kemudian.

"Arggh!Siapa yang-"bila wanita itu hendak bersuara, dia terus terdiam lepas pandang muka Davina yang sikit pun tak tunjuk sebarang garis emosi di wajahnya. "Siapa kau hah!"jerkah dia setelah sober dari terkejutnya.

Masih tenang dan versahaj, renungan dingin diberikan oleh Davina.

"Aku doctor tu..."beritahunya dengan nada mendatar. "So... sekarang kau nak buat apa?Nak menyinga lagi macam perempuan mati anak lagi ke?"tanya Davina selepas lepaskan rambut tu dengan kasar lantas silangkan tangan ke dada dengan yakin.

Sambil memegang kepalanya yang sakit wanita itu berkerut kening sebelum berdengus mengejek. "Oohh...jadi kau la doctor yang reject papa aku dari di bedah. Kau fikir kau siapa hah!Dah tak sayang sangat dengan kerja kau ni!" bentaknya di depan muka Davina memandangkan tinggi mereka setara.

Seperti biasa Davina tidak tunjukkan reaksi pada jerkahan itu. Dia malah beri renungan sugul letihnya pada wanita itu. Sudah semalaman dia tidak rehat apa lagi tidur gara-gara uruskan majlis pengebumian ibunya. Memandangkan Eden tiada untuk uruskan semua itu, terpaksa la dia yang lakukan semua hal tersebut. Dan sekarang sampai saja hospital dia kena hadap pulak masalah remeh temeh ni.

"Sebab papa kau akan mati kalau aku bedah dia hari tu jugak...itu ke yang kau nak?"keningnya di jungkit sebelah kanan. "Kau tahu yang pembedahan tu takkan berjaya, kau angin sebab pelan kau gagal bila aku cakap aku takkan bedah dia?Supaya harta dia jatuh dekat tangan kau?Macam tu. Betul kan apa aku kata." ujar Davina dengan nada sinis. Dia dah hadap macam-macam jenis orang dan kenal pelbagai jenis isu dan konspirasi keluarga. Lagi-lagi orang kaya seperti perempuan di depannya ini. Please la...kalau nak buat drama dekat luar. Bukan dekat hospital.

Terus terdiam anak orang kaya depan Davina lepas dengar. Mata dia gerak memandang mereka yang sedang perhatikan mereka berdua. Dia tak tahu nak lawan macam mana. Kalau dia nafikan apa alasannya. kalau dia iyakan. mana nak letak muka ni!

Berasa jengkel dengan reaksi yang diberikan, Davina pun bersuara.

"Kenapa?Bisu terus dah?Ke sebab apa yang aku cakap ni betul?Ingat sikit. Aku doctor. Kau siapa?Bila aku kata tak boleh maknanya memang tak boleh. Bukan saja-saja. Jadi kalau kau nak bunuh bapak kau...bawak dia ke hospital lain yang sanggup kotorkan tangan dia orang untuk kau...paling tak pun, kau bawak balik rumah tekup muka orang tua kau tu dengan bantal lepas paksa dia tukar wasiatnya atas nama kau...simple..."cadang dia sebelum tunduk mengutip beg tangannya tadi lantas berpaling dari situ.

Jadi lengang terus keadaan koridor tu lepas mereka semua dengar apa yang di sampaikan oleh Davina. Ada jugak yang pandang sinis dan benci ke wanita tadi. Serta merta mereka semua di situ termakan dengan kata-kata logic yang di lemparkan oleh Davina sebentar tadi.

Sementara Doktor Lee dan Doktor Mason yang berdiri dekat situ perhatikan langkah Davina dengan renungan serba salah dan simpati mereka.

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now