"Saya tak pasti...tapi apa yang saya boleh katakan sekarang ialah, Davina mungkin sudah tahu siapa kita. Dan dia pasti sedang rancangkan sesuatu."beritahu Mason.
"Ciss!"Vernon buat muka bengis tak Sukanya. "Kalau macam tu kita tak boleh berlengah lagi. Kita kena uruskan Davina terlebih dahulu sebelum dia yang uruskan kita. Soal Bernard kita boleh uruskan kemudian. Apa yang penting sekarang jurnal dan Davina. Kita dapatkan jurnal tu dan hapuskan Davina serta merta. Saya tak nak disebabkan Budak hingusan itu semua rancangan yang saya pelan bertahun lamanya di musnahkan!"
"Apa rancangan prof?"tanya Mason.
"Panggil mereka dan arahkan mereka untuk selongkar rumah Davina dan culik perempuan tu. Bawa dia ke markas kita. Bila dia dah di bawa ke sana, hubungi saya."beritahu Vernon dengan nada jahat sinisnya.
"Baik!"sambut Mason serta merta.
Air pod yang berada di telinganya di tanggalkan setelah dia dengar apa yang dibualkan oleh dua orang itu dalam pejabat tersebut. Dengan renungan dingin dan perasaan susah hatinya, skrin telefonnya di sentuh. Butang merah mematikan alat komunikasi yang dipasang dalam pejabat Vernon di sentuhnya sebelum dia jatuhkan tangan ke sisi sebelum termenung memandang pemandangan dari beranda hospital.
Tidak jauh dari tempat dia sedang berdiri, Davina melihat pasangan datuk dan nenek duduk dekat bangku berborak akan sesuatu dengan girang. Melihat senyuman di bibir dua orang itu buatkan renungan mata Davina menjadi redup sebelum dia gerakkan matanya ke matahari senja yang mahu terbenam.
Memandangkan diri dia telah terdedah, nampaknya dia perlu ubah rancangan dia sikit. Tiga orang rakannya tak boleh tahu mengenai hal ni. Kalau dia orang bertiga tahu kemungkinan besar identity mereka akan terdedah dan dalam bahaya.
Dengar erat Davina mencengkam kuat telefon dan air pod yang ada dalam tangannya ketika itu. Kalau macam tu dia akan main dalam aturan Vernon dan Mason. Kalau mereka berdua mahukan dia, dia akan ikutkan. Mari la dapatkan dia. Sebab dia memang dah bersedia untuk sebarang kemungkinan ni.
Sama ada dia yang mati atau Vernon.
Perhitungan tetap akan dilakukan!
Dengan renungan nekadnya, Davina angkat telefonnya ke depan muka dan mula menyentuh itu dan ini pada skrin telefonnya. Selesai dia taip, Davina bawa telefon itu ke telinganya dan menunggu panggilan dia dijawab.
"Asal kau call aku ni?Jangan beritahu aku yang kau dalam masalah lagi?"gerutu Eden serta merta lepas jawab panggilan tu.
Davina yang dengar berdengus kecil. Cepat pulak abangnya jawab panggilan dia. "Kau busy?"tanya dia sambil seluk air pod di tangan kirinya ke poket jubat doktornya.
"Kau rasa?Kalau aku busy tak adanya aku jawab call kau ni...apahal?"balas Eden lagi yang sememangnya tiada lembutnya kalau berbicara.
Buat beberapa saat Davina hanya diam memandang pemandangan matahari terbenam di depannya. Perlu ke dia minta bantuan Eden untuk bantu dia?Abangnya ini pasti akan tolak mentah-mentah kalau dia cakap. "Bukan aku yang dalam masalah"beritahunya dengan nada perlahan. Sebelum apa-apa terjadi pada dia, dia perlu lakukan persiapan yang lengkap.
"Habis tu siapa?"keluh Eden dengan malas.
"Kau kenal dengan Profesor Bernard. Lelaki yang selalu pelawa aku makan dengan keluarga dia dan jugak orang yang tolong support study aku masa dekat U dulu?"tanya Davina.
"Hm."jeda Eden meleret. Jelas sangat yang dia tak kuas nak menghadap Davina.
"Aku perlukan kau untuk tengok-tengokkan dia untuk aku. Tak payah serius sangat. Cuma pastikan keselamatan dia dan jugak anak dia terjaga dari sebarang kejadian yang tak elok."minta Davina.
Berdengus mengejek Eden lepas dengar. "Kau fikir aku ni siapa hah?Suka hati je mintak itu ini. Babysit?Huh?"
"Please la...aku tak mintak kau jaga aku pun. Orang tua tu dah banyak tolong aku"keluh Davina.
"Kelakar la kau ni"beritahu Eden yang kedengaran seperti menyindir.
Kening Davina berkerut tak faham. "Kenapa kau cakap macam tu?"
"Kenapa kau tanya?Well...sebenarnya aku tak nak beritahu kau hal ni. Tapi memandangkan aku sendiri malas nak peningkan kepala dan kau sendiri kisah sangat pasal Bernard ni. Better aku beritahu semuanya dekat kau..."kata Eden.
Davina mendiamkan diri. Dia cuba fahamkan apa yang sebenarnya Eden hendak beritahu.
"Sebenarnya kan."Eden pun beritahu segalanya mengenai Bernard dan rancangan lelaki itu untuk Davina selama 21 tahun ini. Dari awal sehingga akhir, Eden ceritakannya kepada Davina. Termasuk tugas Eden sebagai penjaga dan pemerhati perkembangan Davina dan bagaimana lelaki itu boleh terpilih menjadi seorang daripada tentera diraja.
Selepas mendengar semua itu, Davina terus terkedu tak terkata. Lidahnya menjadi kelu dan otaknya kosong!Berasa tak percaya dan tak sangka bahawa yang menjaga dia selama ini adalah Bernard. Sejak dia kecil hingga la sekarang?!
"So?Sekarang kau mintak aku jaga dia pulak...tak ke kelakar namanya tu?"seloroh Eden. "Memangnya kenapa kau cakap macam ni?Kau nak ke mana-mana ke?"soalnya selepas selesai bercerita.
Tersentak mendengar pertanyaan itu, Davina pun menggeleng kepala. "Tak ada. Aku just teringat je. Kau boleh tak lakukannya?"ulang dia semula.
"Kau tak payah suruh memang aku bertanggungjawab terhadap keselamatan keluarga Bernard. Sejak awal lagi bukan kau seorang je.."beritahu Eden yang membawa maksud dia setuju.
Bagus la!Davina buat muka leganya lalu tunduk memandang kakinya. "Kalau macam tu okay. Terima kasih sebab jawab call aku.."yang mana dia tak tahu bila lagi dia dapat bercakap dengan Eden. Mungkin ini kali terakhir dia bercakap dengan abangnya ini.
"Pelik la kau ni...tiba-tiba je. Dah la. Aku ada meeting nak pergi ni. Jangan call aku lagi." getus Eden setelah itu.
"Bye."ucap Davina buat kali terakhir sebelum putuskan panggilan itu. Sambil berkerut kening, kemudiannya Davina termeniung memandang skrin telefon dia. Sekarang masa untuk beritahu tugas kepada Sarah dan yang lain-lain. Setelah itu dia hanya tunggu masa saja Vernon mulakan rancangan untuk menculik dia.
YOU ARE READING
26. UNKNOWN
ActionKalau ada tiket free ke neraka...sesiapa mahu tak bertukar tempat dengan dia? Bukan sebab dia nak mati! Dia cuma nak tahu tempat mana yang lebih seronok untuk di huni. Tengok orang mati setiap hari atau tengok orang yang dah mati? Davina (belove) Se...