Chapter 13 : Emergency Call.

2K 221 12
                                    

"Apa maksud kamu?Nak balik ke sini semula?"tanya Bernard dalam panggilan dengan terkejut.

Davina yang kini sedang berdiri di sebuah balkoni kawasan rehat untuk sesiapa yang mahu merokok itu pandang pemandangan dimana pesawat dan orang sedang berkawad dekat laman lapang di situ. "Ya...tukar dengan orang lain...saya tak boleh berada di sini."beritahunya.

"Tapi kenapa?Kamu sendiri yang setuju hari tu. Kenapa sekarang nak balik pulak?"

Alahai...orang tua ni kan! Banyak sangat tanya kenapa! Susah eh nak pindahkan dia semula? "Kenapa?Tuan director tak boleh lakukannya?"tanya Davina dengan mendatar.

"Bukan tak boleh.saya dah ikat perjanjian dengan mereka.Selain mereka yang hantar kamu ke sini sendiri, saya tak ada hak untuk jemput kamu pulang dari sana."jelas Bernard dalam panggilan tu.

Berasa dumbfounded dengan kenyataan itu, Davina jauhkan telefon dari telinga dan pandang ke skrin telefonnya sambil berkerut kening. Apa orang tua ni baru cakap?Buat perjanjian?Tanpa kebenaran dan pengetahuan dia?Memangnya Bernard fikir dia ni hak kepunyaan lelaki tua tak guna ni ke!Anak ke bapak!Dua kali lima!Sama-sama menyusahkan!Sama-sama menyakitkan hati!

Terus Davina lekapkan semula telefon ke telinganya. "Kenapa tuan tak beritahu hal ni lebih awal kepada saya sewaktu tuan maklumkan perpindahan ni?"tak guna betul punya perangai!

"Maaf..saya terlupa soal tu. Bila kamu tanya macam tu baru saya teringat."

Berasa kesal dengan perbualannya Davina terus jauhkan telefon dan putuskan panggilannya serta merta. Dia yakin sangat director dia ni saja nak susahkan hidup dia dengan hantar dia ke sini sebagai cara nak balas balik apa yang dia dah buat pada hospital Bernard.

Pap!

Satu sentuhan hinggap di bahu Davina dari belakang dengan tiba-tiba sewaktu Davina sedang termenung memandang skrin telefonnya ketika itu.

Dengan refleksnya, Davina yang tersentak itu kemudiannya berpaling pantas dan angkat kaki panjangnya ke Udara hendak pertahankan diri.

SLAP!

Kaki bersneaker itu dihadang lalu hinggap pada lengan yang di tegakkan tepi muka untuk hadang serangan high kick tersebut dalam sekelip mata. Dan orang itu dengan muka bersahaja pandang ke pemilik kaki di lengannya itu.

"Nice kick..."komen Declan yang tidak terasa sangat dengan sepakan itu. Ianya tidak cukup kuat untuk tumbangkan dia, tapi cukup padu untuk buat dia rasa sakit. Nampaknya doctor di depannya ini bukanla sebarangan doctor.

Heh?Lelaki ni lagi!Davina pun turunkan kakinya ke bawah semula dan berdiri menghadap lelaki lampai berbahu bidang di depannya dengan kening mencerlung tak puas hati. Cari masalah betul.Mujur la sempat di halang tadi.Kalau tidak mahunya tepi muka tu ditendang dia. Sesuatu dalam hati dia beritahu, lelaki ini penuh dengan aura penuh amaran dan dia kena jauhkan diri sekarang jugak.

"Excuse me then."pamit Davina serta merta tidak mahu lama-lama di situ.

Pada masa Davina lintas di sebelahnya, Declan Tarik sengih meleretnya. Wah...ini adalah kali pertama dia di reject dan tidak di hiraukan oleh seorang wanita.. Rasa tercalar pulak egonya tiba-tiba. Oleh kerana tak nak mengalah, dia pusingkan badan ke belakang untuk pandang Davina sebelum berkata.

"Tak tahu pulak kan..orang baru yang datang ke sini langsung tak ada manner...nama je dari hospital berstatus mahal...perangai murah macam Budak-Budak bawahan."ujar Declan dengan nada mengejeknya.

Terus berhenti Davina sebaik dengar teguran itu. Apa lelaki ni baru cakap? Murah!? Wah! Bagusnya! Sambil mengekalkan postur tenang dan tiada emosinya, dia pun jalan mendekati Declan semula. Sekarang tengok siapa yang tak ada manner!

Declan tarik sengih meleret mengejeknya lepas berjaya tarik perhatian Davina. Dia dengan bangga silangkan tangan ke dada sambil perhatikan langkah itu.

"Beritahu saya..apakah peraturan ke-25 untuk mereka yang baru datang ke sini?"tanya Davina sebaik dia berdiri di depan Declan dua langkah dari situ.

"Langgar protocol Utama dan tidak menghormati atasan bakal di buang dari tempat ni."jawab Declan serta merta sebab dia yang cipta peraturan tu. Dia pandang kagum ke Davina sebab tak sangka Davina boleh tahu dan ingat semua tu.

"Good..."beritahu Davina sebelum beri satu tendangan betul-betul dekat celah kangkangan Declan dengan lututnya sekuat hati dan mengejut.

Tertunduk terus Declan dekat situ sambil pegang celah kangkangannya menahan sebu dan sakit yang dirasainya ketika itu. Pergh!Habis la 'kawan' dia ni!

Bersama muka tak ada perasaan dan renungan penuh sadisnya, Davina tunduk memandang kepala Declan yang sedang mengerang kesakitan di situ. "Report saya kalau begitu. Boleh la saya berhambus dari sini serta merta."ujarnya dengan nada mendatar sebelum berpaling dari situ dengan langkah senyapnya itu.

Oleh kerana kesakitan yang amat, Declan yang hilang kata-kata itu dongak ke depan untuk pandang langkah Davina. Memang sah!Doktor yang seorang ini memang bukan sebarangan orang!Davina ni lain dari yang lain!

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now