Chapter 30 : Tempat Bergantung!

1.9K 215 18
                                    

"Davina tunggu sekejap!"panggil Declan dan Kaden dengan serentak dekat belakang.

Davina yang dengar tidak berhenti dari jalan lekasnya. Dia belok ke Lorong khemah di situ cepat-cepat. Nak jauhkan diri. Apa masalah dia orang ni sebenarnya?Memangnya masa dia tak sedarkan diri, ada perang yang terjadi ke?Dunia dah terbalik?

KEDEBUK!

Tak semena Davina terlanggar seseorang sebaik keluar dari Lorong tu.

"What the-"suara yang tidak asing itu kedengaran sebaik perlanggaran terjadi.

"Sorry.."ucap Davina sambil jarakkan diri dari badan tu.

"Kau lagi kau lagi...memangnya dah tak ada orang lain apa?"sungut Eden. "Apa kau buat dekat sini tengah malam macam ni?"

Baru saja Davina hendak buka mulut untuk bersuara, satu suara kedengaran dari belakang khemah itu tiba-tiba. "Davina..mana awak?"

Aish!"Bebel kemudian...sekarang tolong aku alihkan perhatian dia orang..."beritahy Davina kepada Eden sebelum gerak untuk menyorok ke tepi dinding khemah yang ada di sebelahnya ketika itu tanpa berlengah.

Eden yang dumbfounded dengan keadaan itu bingung-bingung pandang ke Davina cuba nak tanya apa yang dimaksudkan oleh adiknya tadi. Alihkan perhatian siapa?Apa perempuan ni nakkan!?

Sambil letakkan jari dekat mulut, Davina pandang ke Eden dengan kening berkerut meminta tolong dari abangnya supaya lakukan sesuatu mengenai dua lelaki pelik tadi!Kepala dia masih belum habis proses semua kejadian yang berlaku hari ni!Dua orang tu boleh pulak bertekak kerana dia.

Pada masa itu muncul Declan dan Kaden dekat hujung Lorong tu. Mereka berdua Nampak Eden dekat situ lalu berhenti dari berjalan.

"Nampak Davina lalu sini tadi?"tanya Declan pada Eden.

Eden tersentak, dia palingkan mukanya dari Davina ke dua lelaki di depannya. Seorang kenakan pakaian tentera combat seorang lagi kenakan uniform doctor. Apa yang Davina dah libatkan diri dalam sekarang ni? Serius? "Siapa?"tanya dia dengan nada blur. Sebab memang dia tengah blur sekarang.

"Davina.."ulang Kaden.

"Dan siapa pulak kau ni?"tanya Eden pada doctor di sebelah Declan.

"Pemiutang dia."kata Kaden.

Davina yang tengah berdiri dekat tepi khemah tu buat muka. Pemiutang?Bila masanya dia berhutang dengan Kaden. Lelaki tu kan!Memang suka tau nak susahkan hidup dia dengan cerita tak sahihnya tu!

"Tak."jawab Eden kemudiannya. Dia tak tahu kenapa tapi secara instinct dia cakap macam tu.

"Fine.."Declan patah balik ke belakang Lorong dan pergi dari situ.

Kaden masih berdiri di situ memandang Eden dengan curiga.

"Asal tak blah lagi...berhambus la sana!"arah Eden bila perasan dirinya di perhatikan oleh doctor di depannya dengan aneh. Penumbuk sebijik baru tahu!

Tanpa berkata apa-apa lagi, Kaden berpaling ke arah yang sama dan menjauh dari Lorong tu. Meninggalkan Eden yang masih tak faham apa yang berlaku. Dia pandang semula ke Davina dengan kening berkerut tak puas hati.

Bercakung terus Davina dekat situ setelah keadaan menjadi reda semula. Dia pandang termenung ke depan tanpa berkata apa-apa. Kenapa Kaden boleh ada dekat sini?Bila dia tak sedarkan diri?Declan dah kenapa siap bawa makanan untuk dia tadi?Macam mana dia boleh berakhir dekat khemah dengan drip IV di tangan?Dia cuba cerna semua yang berlaku tadi satu persatu. Nak kawal dirinya dari naik gila dekat situ. Mungkin sebab dia terlalu penat, sebab itu otaknya tak berfungsi dengan baik sekarang.

"Hei!"kaki Davina di sepak perlahan dengan Eden masa dia tunduk memandang Davina yang sedang bercakung di situ.

"Apa??"gerutu Davina tiada mood nak bercakap.

"Kenapa kau dekat sini aku tanya?Bukan ke kau patut duduk rehat dalam khemah?"tanya Eden lagi memandangkan soalannya tadi tak dijawab Davina.

Hairan mendengar pertanyaan itu, Davina palingkan kepala lantas dongak ke atas. Eden ke yang hantar dia ke khemah?Abang angkatnya ini yang temui dia tak sedarkan diri siang tadi?"Macam mana aku nak rehat kalau ada yang menyemak.."beritahu dia.

Eden seluk tangan ke dalam poket seluar tentera navy biru gelap hitam putih itu sambil melepaskan dengusan mengejek. "Bukan orang yang menyemak, tapi nasib kau tu yang memang selalu malang sebab tu nak rehat pun tak dapat.."beritahunya.

Ya!Tak mungkin Eden yang tolong dia. Lelaki menjengkelkan ini hanya tahu sakitkan hati dia!Mana mungkin la Eden kisah tentang dia! "Dah la pergi sana...jangan kau pun nak peningkan kepala aku jugak.."kata Davina sewaktu tolak kaki di tepinya itu supaya menjauh dari situ.

Eden pun berpaling dari situ tanpa berkata apa-apa.

Melihat kaki di tepinya menjauh, Davina pun lepaskan keluhan letih lalu tunduk merehatkan dagu atas lututnya. Penatnya dia!Rasa macam nak baring je!Tapi khemah mesti dah penuh dengan orang sekarang!Mana la dia selesa dengan orang ramai kongsi satu ruang dan tidur ramai-ramai begini.

Secara mengejut, sesuatu jatuh ke atas kepalanya lalu menyelubungi sebahagian badan dia. Tersentak apabila pandangannya gelap, Davina dengan lekas capai objek yang jatuh di atas kepalanya ketika itu. Sekali sebaik dia pegang, satu jaket tentera warna hitam biru belang putih hingga melurut turun ke bahunya.

Huh?

Apa ni?

Bila Davina angkat kepala nak memandang ke atas semula untuk lihat siapa yang bagi, dia ternampak Eden. Lah. Ingatkan dah pergi tadi.

"Jangan nak berembun...kau sakit..menyusahkan orang lain pulak nanti."beritahu Eden pada masa tu.

"Huh?"kerut Davina dengan muka tak faham.

Sejurus itu, Eden atur langkahnya berjalan ke hujung laluan meninggalkan Davina di situ.

Berkedip-kedip mata Davina sewaktu lihat langkah tu. Eden berikan dia jaket ni?

Tapi kenapa?

Apa sebenarnya dah berlaku satu hari ni?Dia salah langkah ke apa?Pelik-pelik betul la lelaki hari ni!

Hairan dia dengan abangnya ini. Lelaki ni sebenarnya ambil berat pada dia atau tidak ni?Sekejap ke utara sekejap ke selatan...tak faham la dia dengan angin Eden.

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now