Beep!
Beep!
Beep!
Loceng dari jam tangan eletronik yang terpasang pada pergelangan tangan kiri itu bercahaya sambil keluarkan bunyi setelah digitnya tiba pada nombor 2:00 pagi.
Pada masa itu muncul tangan lain yang pegang jam tersebut dan tekan butang yang ada di situ mematikan alarm tersebut.
Namun begitu ianya terlewat kerana tuan punya jam sudahpun terjaga dari lena yang Panjang dengan sendiri ketika itu.
Davina perlahan-lahan membuka matanya sebelum berkerut kening kebingungan lepas Nampak siling khemah warna hijau di atasnya. Teringat pulak dia, bukan ke dia ada dekat luar dan duduk di tembok. Macam mana dia boleh ada di sini?Dia pun gerak topangkan lengan bangunkan dirinya dari perbaringan.
Tegak saja dia dalam keadaan melunjur, mata Davina ternampak akan orang yang duduk di tepi katilnya. Seseorang yang dia tak sangka akan berada di sini!Mimpi lagi ke dia sekarang ni? "Kaden?"sebutnya sambil mengerutkan kening hendak jelaskan pandangan dia.
"Macam mana keadaan kau?"tanya Kaden.
Oh gosh!Davina gerak ke belakang dengan terkejut. Dia bukan mimpi. Kaden betul-betul ada dekat sini. Buat apa anak directornya ada di sini?Bila pulak sampai sini!"Huh?"tanya dia dengan suara crack bangun tidurnya.
"Kenapa kau boleh ada dekat sini?Bukan ke kau sepatutnya ada di pangkalan Utama ketenteraan sekarang ni?"tanya Kaden lagi dengan kerutan tak puas hati di keningnya.
Davina pandang tak berkedip ke Kaden. Otaknya betul-betul blank sekarang ni!Dia tak faham kenapa Kaden boleh ada dekat sini?Dan macam mana dia boleh berakhir dalam khemah ni?Tangan kirinya di angkat hendak lihat jam, sekali tu dia Nampak jarum IV drip tertampal pada permukaan tangannya. Heh!?Keningnya terangkat tinggi kerana terkejut.
"Apa yang dah berlaku dekat sini?"tak semena satu suara lain muncul dari arah pintu masuk khemah.
Dengan serentak Davina dan Kaden pandang ke arah pintu masuk tu. Dan bila mereka pandang, Davina orang pertama yang kedipkan mata lepas tengok Declan berdiri dekat situ dengan dulang berisi gelas kosong dan satu mangkuk putih.
Well kalau dia ada jawapannya, lama dah dia cakap. Masalahnya dia sendiri tak tahu. "Apa awak buat dekat sini?"tanya Davina pada Declan pula.
Sambil kerling ke Doktor Kaden, Declan jalan ke sebelah katil yang satu lagi lalu berdiri di situ menghadap mereka berdua. "Doktor dah tak ada kerja nak buat ke sampai ada masa untuk duduk di sini?"selorohnya sambil tunduk menyerahkan dulang berisi makanan kepada Davina.
Oleh kerana tak tahu nak buat apa, Davina sambut dulang itu lalu di letakkan atas kakinya yang di lunjurkan di situ.
Mendengar komen itu buatkan Kaden berdiri menghadap Declan pula. Hak alah...askar depan dia ni nak tunjuk berlagak dah kenapa?Tahu la dia nak buat kerja bila...sibuk nak tahu pulak! "Ini waktu rehat saya kalau kapten nak tahu..tanya tu tak boleh ke elok sikit??"
Kini Davina mula pandang dua lelaki di kanan dan kiri katilnya silih ganti. Apa pulak ni?
"Dengar aku cakap kasar ke?"balas Declan dengan renungan tak Sukanya pada Kaden.
Kaden berdengus mengejek. Dia seluk tangan ke dalam poket jubah doktornya sambil tilik Declan dari atas ke bawah lalu berkata. "Apa ni Davina?Tak sampai sebulan kau pergi dah ada boyfriend baru ke?"tanya dia tanpa alihkan mata dari Declan. "Citarasa kau makin low aku tengok."
Davina pandang tak percaya ke Kaden lepas dengar lelaki tu cakap. "Mana ada."beritahunya.
Declan kerling ke Davina sebaik mendengar jawapan itu. "Awak kenal doctor Kaden?"tanya dia.
Mata Davina gerak memandang ke Declan pula. "Ya..dia-"
"Kami satu hospital...dia adalah anak didik ayah saya. Ada masalah ke?"jawab Kaden untuk Davina.
Maka dua orang itu mula melawan renungan mata ke antara satu sama lain. Buatkan Davina yang duduk melunjur di atas katil itu tunduk menanggalkan Iv drip dari tangan mahu keluar dari situ. Tidak mahu libatkan diri dengan mana-mana mereka ini. Patutnya dia terlena je tak payah bangun terus!
Tidak semena pada masa itu la sekumpulan doctor dan jururawat yang baru habis bertugas berjalan masuk ke dalam khemah tersebut Bersama-sama. Elok mereka berborak akan itu dan ini, terus terdiam selepas menengok situasi yang sedang berlaku di depan mereka ketika itu.
"Doktor Davina!"panggil Jururawat Natasha dengan gembira. "Doktor dah sedar?"tanya dia semasa mahu mendekat.
Doktor Kai pun ikut mahu bersuara. "Macam mana keadaan awak Davina?"soalnya.
"Apa yang Kapten Declan buat dekat sini?"tanya doctor wanita di situ pula.
Dan bila semua orang dekat situ hendak bercakapa, Davina cepat-cepat turunkan kaki dari situ dan letakkan dulang makanan tadi atas katilnya. "Kau orang borak la situ. Aku keluar."beritahu dia yang jalan hampir hendak tersandung dekat situ sebab badan dia belum berfungsi sepenuhnya.
Mereka semua di situ pandang ke arah Davina sewaktu wanita itu jalan melewati mereka begitu saja tanpa memandang mereka.
Declan yang tak puas hati gerak terlebih dahulu hendak dapatkan Davina. Kaden yang Nampak ikut ekori langkah Declan.
YOU ARE READING
26. UNKNOWN
ActionKalau ada tiket free ke neraka...sesiapa mahu tak bertukar tempat dengan dia? Bukan sebab dia nak mati! Dia cuma nak tahu tempat mana yang lebih seronok untuk di huni. Tengok orang mati setiap hari atau tengok orang yang dah mati? Davina (belove) Se...