Mundar mandir Declan dibuatnya. Sekejap dia ke kanan sekejap dia ke kiri. kemudian ulang balik perkara yang sama sejak tadi. Hatinya sedang gundah gulana memikirkan nasib doctor yang seorang ni. Selepas di khabarkan hilang kepadanya tadi, sedaya upayanya dia mahu hulurkan tangan mahu membantu. Namun disebabkan keadaan tak mengizinkan dan air laut yang begitu deras dan berbahaya, sekalipun pasukannya yang pandai berenang dan bot pun tak boleh nak redah.
Maka terpaksa la dia batalkan rancangannya. Dan sekarang Declan terlalu bingung tak tahu nak buat apa!Macam mana la anak buah dia boleh terlepas pandang ni?
Juliet, Garvien, Connall dan Dritan yang berada dalam bilik pejabat Declan buat muka risau mereka bila perhatikan sikap Declan yang sepertinya tak senang duduk lepas dapat tahu Davina terperankap di bangunan tiga tingkap tempat staf perubatan tinggal.
"Keadaan dah reda belum?"tanya Declan tanpa berhenti dari mundar mandir.
Dritan palingkan kepala ke Garvien. Menunggu atasanya itu bersuara. Dia sendiri pun nak tahu.
"Belum kapten. Air laut masih deras dan bergelora. Dengar khabar bangunan dorm staf perubatan sudahpun tenggelam sepenuhnya."beritahu Garvien. "Sekalipun kita hantar pasukan penyelamat...ianya akan bahayakan nyawa mereka sekali.."beritahunya.
Juliet yang dengar buat muka menyampah. Elok sangat la perempuan tu mampus. Tak ada la nak menyemak dekat sini. Benci betul dia!Sejak kehadiran doctor bernama Davina Serephina tu semua perhatian dekat doctor tu. Termasuk Declan sendiri. HAri tu bukan main lagi beri Declan suruh dia cari maklumat pasal perempuan. Jarang tahu tak Declan nak ambil tahu pasal orang lain lagi-lagi mengenai perempuan!Bila Declan mintak, Nampak sangat la Declan ada minat dekat doctor tu!
"Tak apa...dia bukannya sesiapa pun..cuma doctor biasa yang Yatim piatu tanpa keluarga. Kalau berlaku apa-apa pada dia, tak ada siapa yang akan ambil tindakan ke atas kita. Nama pun bencana alam...biasa la kalau ada yang terkorban.."cebik Juliet sambil membelek kuku di jari jemarinya.
Seta merta Declan berhenti dari mundar mandirnya. Dia pandang mencerlung ke Juliet. "Kalau cakap tu tak boleh nak baik eh?"tegurnya. Suka hati je nak doakan kematian orang. Suka ke tengok orang lain mati sedangkan semua masih selamat dan hidup?!Selfish betul! "Saya bawa awak masuk dalam kumpulan ni bukan nak ajar awak jadi manusia tiada perasaan Juliet."deramnya dari balik ketapan gigi.
Terkedu terus Juliet. dia cepat-cepat turunkan tangan ke sisi dan tundukkan kepala ke bawah. Terasa bila di tegur begitu. "Maafkan saya kapten."ucapnya sebelum mengetap bibir kerana sedih.
Kring!
Kring!
Telefon pejabat yang ada di atas meja kerja sebelah computer berdering. Buatkan Declan yang sedang cemas itu tersentak. Tanpa berlengah dia terus capai gagang telefon tersebut dan di bawa ke telinganya.
"Hello?"sapa Declan setelah itu.
"What the hell?"sapa Eden dalam panggilan dengan marah. "kau sengaja ke apa ni?"
Kening Declan berkerut, dia pandang ke Garvien dengan renungan tak faham dia. "Dah kenapa ni?Tiba-tiba nak maki orang?"tanya dia balik.
"Kenapa kau tanya??soal Eden dengan nada tak percaya dalam panggilan tu.
Semakin berkerut kening Declan. Dia yang tak faham kenapa Eden nak naik angin kepadanya. "Yalah!Dah la salam tak bagi apa tak cakap, tiba-tiba nak menyentap"balasnya pula.
"Hei!Kau yang bertanggungjawab pada pasukan perubatan yang kau bawak ke sini kan?Asal tak buat kerja kau betul-betul. Kalau kau bawak dia orang, jaga la elok-elok. Ini tidak kau biarkan aje Davina sendiri dalam bangunan tu terperangkap dan hampir mati lemas dekat situ. Kau fikir sebab kau bagus sangat aku tak berani nak marah!"bebel Eden dengan bengang sekali dalam panggilan tu.
Terbutang luas mata Declan lepas dengar. "Kau cakap ap?"
"Aku cakap!Kau tinggalkan Davina sendiri dekat blok tu terperankap hampir lemas!Pekak ke! Nasib baik aku Nampak!Dan selamatkan dia!Orang-orang bagus kau tu mana?Hah?Dah takut sangat dengan air ke sampai tak reti nak check sebelum tinggalkan tempat tu?Aku beritahu kau eh...kau bawak Davina berhambus dari tempat ni atau aku yang buatkannya untuk kau!"
TUT~~~~
Panggilan tersebut di putuskan sesaat kemudian begitu saja.
Gagang telefon tersebut itu pun di jauhkan Declan dari telinga lalu dia pandang tak percaya. Melampau betul punya perangai Eden ni!Senak dada dia sebab darahnya berderau dipam jantung lalu terus naik ke otaknya!
"Siapa tu?"tanya Garvien selepas lihat wajah tercengang Declan di situ.
"Eden.."jawab Declan sambil letak gagang telefon ke bawah.
"Dia nak apa?"tanya Dritan pula.
"Mesti nak tunjuk kepala angin dia la tu."cebil Connall yang memang anti pada kapter pasukan tentera laut yang berlagak minta penempak dekat kepala tu!
Masih dalam keadaan tercengangnya, Declan pandang ke Garvien dan rakannya yang lain lalu berkata. "Dia dah selamatkan Davina sewaktu dia terperangkap dan lemas dalam bangunan"beritahunya dengan nada perlahan.
Semua di situ pandang terkejut. Eden apa?Lelaki berlagak tu?Woah!Saka apa dah rasuk si kepala angin dan orang tak ada perasaan bernama Eden tu sampai sanggup nak selamatkan orang?
"Kenapa?"tanya Connall bingung-bingung.
Juliet yang dah tahu mengenai latar belakang Davina kemudiannya pandang bosan ke Connall sebelum berkata. "Davina tu adik angkat kepada Kapten Eden sejak 21 tahun yang lepas."
Garvien, Connall dan Dritan yang tak tahu menahu tentang hal tu semua pandang ke Juliet dengan kening terangkat sebab agak terkejut dengan berita itu. Tak tahu pulak mereka Eden ada adik.
Sementara Declan yang memangda dah tahu selepas check latar belakang Davina tempoh hari hanya buat muka tak puas hati bila mengenangkan balik cara Eden bercakap dengan dia. Kalau la Eden tahu siapa identitinya. Pasti Eden takkan berani bersikap kurang ajar dengan dia!
YOU ARE READING
26. UNKNOWN
ActionKalau ada tiket free ke neraka...sesiapa mahu tak bertukar tempat dengan dia? Bukan sebab dia nak mati! Dia cuma nak tahu tempat mana yang lebih seronok untuk di huni. Tengok orang mati setiap hari atau tengok orang yang dah mati? Davina (belove) Se...