Bunyi siren kecemasan tsunami yang kuat memenuhi seluruh pangkalan Utama di pulau tersebut. Lampu merah dapat di lihat dimana-mana pada tengah malam itu. Semua orang ada di bilik masing-masing mungkin sedang berehat atau tidur ketika itu.
Namun disebabkan bunyi bising dari siren tersebut, ianya buatkan seluruh tempat itu menjadi kelam kabut bagai nak apa.
Mereka yang sedang bertugas kelam kabut lari ke sana dan sini hendak lakukan sesuatu. Orang yang berada dalam dorm dan bilik mula keluar dari keadaan bingung dan muka bangun tidur masing-masing. Ada yang tak berbaju berlari keluar dari bilik sambil sarung baju. Ada yang masih mengenakan pyjama tidur di badan bergegas keluar dengan selipar berbulu merah jambu. Dan ada juga yang masih terlena tidak sedarkan diri di atas katil lagi.
DUNG!
DUNG!
DUNG!
"Doktor Davina!"panggil Natasha di luar pintu. Dia ketuk pintu itu bagai nak rak!
Davina yang berada di dalam bilik tidak terkutik. Dia yang mengenakan eyemask itu hanya baring lurus mengiring sambil peluk bantal golek rapat ke dada.Sama sekali tidak sedarkan diri.
"Doktor!Kita ada kecemasan tolong bangun!"panggil Natasha lagi.
Ketika itu la Doktor Kai muncul. Dengan muka bangun tidur dan rambut serabai seperti sarang burung berdiri di depan Natasha dengan bingung. "Apa yang dah berlaku?Tempat ni di serang ke?"soalnya.
Natasha yang sedang berkerut kening kerisauan itu palingkan kepala serta merta sebaik saja Doktor Kai berdiri di situ bersamanya. "Saya tak tahu..tapi Doktor Davina tak terjaga sejak tadi."beritahu dia.
"Apa yang kau orang buat tu!Cepat naik tingkat atas sekali!Ada amaran ombak nak datang menghempas!"laung suara seorang tentera yang bertugas untuk arahkan semua di situ naik ke tingkat tinggi.
Tersentak dua orang itu. Jururawat Natasha pegang tombol pintu bilik Davina dengan terdesak."Tapi saya-"
"Tak ada tapi-tapi!Cepat pergi dari sini sekarang!"dua orang tentera itu tolak Doktor Kai dan Jururawat Natasha untuk pergi dari situ.
Bergelut sekejap mereka berdua di situ hendak sampaikan yang Davina masih ada di dalam bilik tersebut. Namun begitu mereka hanya diheret pergi dari situ secara paksa dengan tentera-tentera itu.
Memandangkan bilik pasukan staf perubatan itu berada di tingkat tiga, betul-betul menghadap laut, mahu tak mahu mereka perlu pastikan keselamatan mereka terjamin terlebih dahulu di bandingkan staf lain dalam pangkalan tu. Yalah, mereka semua staf lama, jadi dah terbiasa dengan drill seperti ini. Maka tahu la apa mereka patut buat.
Setelah berlari buat seketika untuk ke bangunan Utama iaitu HQ pangkalan, Doktor Kai dan Jururawat Natasha akhirnya tiba di tingkat atas bangunan tersebut dimana rakan-rakan sepasukan mereka yang lain berada.
"Apa yang dah berlaku sebenarnya ni?"
"Kenapa kita kena berkumpul?"
"Tempat ni nak di serang ke?"
"Please..saya tak nak mati!"
Tanya petugas perubatan yang ada di situ sewaktu mereka berkumpul sesame sendiri di sebuah penjuru ruang tersebut.
Sementara Doktor Kai dan Jururawat Natasha yang resah itu cuba dapatkan para petugas yang berlegar dekat situ seorang demi seorang. Tapi mereka mengelak sebab kalut nak uruskan kekecohan tersebut.
"Dengar...kawan saya ada lagi dekat biliknya..boleh hantar sesiapa untuk jemput dia?"minta Doktor Kai yang sering tak habis cakap setiap kali staf di situ berkata, 'tunggu sebentar, sila ambil tempat, sila bawa bertenang, nanti, suruh orang lain, maaf saya sibuk' itu la jawapan yang dia terima.
Jururawat Natasha ketika itu baru sahaja hendak dekati seorang lelaki bersut combat di situ, sekali tu dia lintas cermin kaca yang menghadap pemandangan laut. Tercengang dia dibuatnya lepas Nampak pemandangan laut di situ.
Di depannya itu, satu ombak yang besar bergerak menuju ke pesisiran pulau lalu menghempas kuat banteng yang ada di situ. Mulanya sikit sekali tu semakin lama semakin naik dan mula melimpah menerusi banteng dan masuk ke kawasan lapangan terbang dan perlahan-lahan membanjiri kawasan lapang dan laluan pelepasan itu.
"Semua orang dah ada dekat sini ke?"laung satu suara dengan lantang dari belakang tiba-tiba.
"Tak!"laung Doktor Kai serta merta.
Hal itu buatkan semua yang ada di ruang itu berpaling ke arah lelaki bert-shirt putih dan berseluar pyjama di situ dengan kening terangkat dan terkejut.
Jururawat Natasha ikut berpaling. Dia pandang ke arah lelaki yang lengkap mengenakan pakaian seragam combat di badan itu dengan cemas."Doktor Davina...dia ada dalam bilik tidurnya."
"Hah?"ngang Dritan dengan terkejut. "kenapa tak beritahu?"marahnya kemudian.
"Kami cuba tapi tak ada siapa yang dengar.."bidas Doktor Kai pula.
"Haish!"lafaz Connall sebelum berlari ke keluar dari situ dengan muka bengang dia.
YOU ARE READING
26. UNKNOWN
ActionKalau ada tiket free ke neraka...sesiapa mahu tak bertukar tempat dengan dia? Bukan sebab dia nak mati! Dia cuma nak tahu tempat mana yang lebih seronok untuk di huni. Tengok orang mati setiap hari atau tengok orang yang dah mati? Davina (belove) Se...