Beberapa minggu telah berlalu dan dia masih belum boleh move on. Stil, dia jalani hidupnya seperti biasa. Rakannya gelar dia zombie sepanjang masa ni. Yalah, kalau jasad je yang yang ada tapi fikiran entah ke mana-mana, orang bercakap dengan dia, dia buat tak tahu, semua benda di buat ala kadar, nak jalankan misi pun tak boleh sebab dia tak focus. Last-last mereka minta break dulu untuk sementara waktu demi dia.
Dan untuk cuti itu dia habiskan masa di istana bersama ayahanda dan bondanya. Namun begitu, ketentangan dia masih jyugak terganggu sebab kedua orang tuanya tak habis nasihatkan dia supaya cepat-cepat cari isteri. Mahu tak mahu dia tadahkan saja telinganya mendengar bebelan orang tuanya itu.
Alunan muzik di dalam ruang makan tersebut, mahu menemani tiga beranak yang sedang menjamu selera di meja makan itu. Ala maklum, nama pun istana. Tempat luas lagikan besar. Kalau tiga orang saja yang duduk di situ, memang sunyi la jawabnya. Untuk itu bunyi piano dan violin di perlukan untuk naikkan sikit seri dalam ruangan tersebut.
"Haih...entah berapa lama agaknya bonda perlu tunggu supaya meja makan ni penuh dan sibuk dengan ahli keluarga ya?"perli permaisuri sewaktu dia kerling ke putera mahkotanya di seberang meja berhadapan dengannya.
"Entah la..agaknya sampai kita dalam kubur rasanya.."tambah raja pula.
Declan yang dengar dah pandang menyampah pada dua orang tuanya itu. Mula dah drama mereka berdua ni. Mula dah!
"Rambut saya ni dah penuh dengan uban...anak pulak seorang...orang lain dah bercucu cicit...kita menantu pun tak ada.."ngadu permaisuri dengan nada sedih dramatisnya.
"Bersabar la tuanku permaisuri, nak buat macam mana anakanda kita terlalu sibuk dengan hal negara mengalahkan presiden sendiri.."seloroh raja pula yang ikut sama berlakon di situ.
Haih!Menyirap pulak dia menghadap drama raja dan permaisuri depannya ini. Kalau nak cakap tu cakap je la tak payah nak perli segala. Ingat dia Budak-Budak lagi ke? "Sampai bila ayahanda dengan bonda nak berdrama macam ni?"keluh Declan sewaktu memotong makanan di dalam pingganya dengan tidak berselera. Sejak ke belakangan ni dia memang tiada mood nak makan pun. Tak kira la sesedap mana sekali pun makanan di depannya ini.
"Ohh...kamu dengar apa kami katakana?"seloroh raja bernada bingung yang di sengajakan.
"Sudah-sudah la tu...anakanda dah beritahu bukan...bila anakanda sedia, anakanda akan berkahwin. Ayahadan dengan bonda tak perlu la ungkit hal yang sama berulang kali. Letih la mendengarnya.."beritahu Declan dengan nada perlahan dan lemah lembut.
Permaisuri mengetap garis nipi di bibir. Rasa menyampah dengan puteranya. Entah ikut perangai siapa pun dia tak tahu. Urgh!Geram sungguh. Mujur la dia sayang. Kalau tidak sudah lama dia carikan jodoh untuk anaknya ini. "Kamu tu hah...cepat-cepat la cari jodohkami bukan apa, kami cuma risau. Ni hah...usia kami berdua bukannya muda mana. Nak dapat kamu pun tunggu 10 tahun lepas kahwin baru dapat...bila kamu dewasa seperti ini pada usia kami begini patutnya kami telah di gelar sebagai datuk dan nenek.."
Declan tak cakap apa-apa, dia malas nak berbalah dengan bondanya. Yalah bondanya ini bukannya sihat sangat. Dia tak nak bebankan sangat fikiran tu. "Yalah-yalah...nanti anakanda usahakannya."akurnya dengan terpaksa. Untuk kepuluhan kalinya!
"Jangan ya-ya je"pesan raja pula.
"Mm."angguk Declan sambil memandang makanan di pinggannya.
Setelah beberaoa minit berlalu sesi makan pun tamat. Seusai nikmati desset mereka anak beranak mula gerak untuk beransur ke kamar masing-masing. Dan ketika raja mahu dapatkan permaisuri dan Declan sudah jauh maju ke depan, tiba-tiba permaisuri yang mahu bangun dari kerusi itu terduduk semula sambil memegang kepala dan pejam mata seakan menahan sakit.
"Aduh.."rintih Permaisuri.
Raja yang kebetulan sudah tiba berdekatan dengan permaisuri pun cepat-cepat dapatkan isterinya itu. "Kenapa ni?Awak tak apa-apa?"soalnya dengan risau sambil pegang belakang bahu tu.
Permaisuri cuba hendak membuka mata, namun sewaktu dia mahu bersuara, kepalanya berpusing ligat yang menyakitkan telah menyebabkan dia pengsan lalu terlentok di tepi perut raja sesaat kemudian.
"Anakanda!"panggil Raja dengan cemas.
Declan yang dengar tersentak, dia terus pusingkan badannya ke belakang sebaik dengar suara cemas ayahandanya itu.
"Kaira...bangun la.."panggil raja sambil tepuk pipi tu.
Terkejut melihat keadaan itu, Declan berlari sepantas mungkin untuk dapatkan ibunya. "Bonda!"panggil dia dengan jantung berdegup kencang di dalam dadanya! Ya Tuhan!Jangan diapa-apakan bondanya ini!
YOU ARE READING
26. UNKNOWN
ActionKalau ada tiket free ke neraka...sesiapa mahu tak bertukar tempat dengan dia? Bukan sebab dia nak mati! Dia cuma nak tahu tempat mana yang lebih seronok untuk di huni. Tengok orang mati setiap hari atau tengok orang yang dah mati? Davina (belove) Se...