Davina silangkan tangan ke dada. Dia pandang mencerlung tak puas hati. "Apa yang awak cuba lakukan ni?"tanya dia serta merta. "Awak minta saya bedah ibu awak?Seriously?" Ingat bedah membedah ni macam main masak-masak apa?
Declan menjungkit kening sebelah kanan.
"Kenapa?Awak tak nak?"Declan ajuk Davina. Dia turut silangkan tangan ke dada.
Keluhan lepas dari mulut itu.
"Ini bukan soal nak atau tak nak. Ini tentang risiko. Saya ni doctor tak berpengalaman. Ramai je doctor lama yang lebih pakar dari saya dalam bidang ni...awak boleh pilih mereka untuk lakukannya."bidas Davina.
Lantas Declan tersenyum meleret dengan nipis apabila hatinya terkutik melihat kening berkerut di wajah Davina. Rasa kagum. Walaupun hanya sebulan dia tidak menemui Davina, dia dapat lihat sedikit perubahan pada Davina. Biasanya Davina jarang tunjukkan muka beremosi. Namun tak kali ni. Dia dapat rasakan Davina terbuka sedikit dari sebelum ni.
Davina buat muka.
"Apa yang awak senyumkan hah?Saya cakap benda yang kelakar ke dekat sini?"tegur Davina lepas perasan Declan tenung dia semacam. Sengih-sengih...ada hutang ke?Korek mata tu baru tahu!
Tersedar dengan teguran itu, Declan berdehem sedikit nak selesakan diri.
"Kenapa saya pilih awak?Hm...memandangkan dekat dalam hospital ni saya kenal awak seorang saja. Jadi semua kepercayaan saya sudahpun diberikan kepada awak sejak awal lagi. Bukan orang lain. Bukan sesiapa. Hanya awak. Sebab itu la. Saya harap ia cukup untuk yakinkan awak supaya terima kes ini dan bedah bonda saya."ujar Declan dengan tenang.
Taken aback dengan kenyataan itu, kerutan di kening Davina pun melurut kendur. Rasa marahnya serta merta surut. Jarang dia dengar orang beritahu yang mereka percayakan dia. Apa lagi serahkan kepercayaan mereka kepada dia. Declan la orang pertama cakap macam ni kepada dia. Tersentuh sikit hati batunya ini.
"Awak pilih saya bukan sebab nak saya balas balik apa yang awak buat untuk saya kan?" tanya Davina lagi dengan nada curiganya. Keningnya berkerut.
Declan mengangguk kepala dengan perlahan.
Berasa senang kerana Davina bersetuju, Declan dengan berani rapatkan jurang mereka berdua. "Saya tak tahu apa yang awak cakapkan. Tapi ya...saya hanya mahu awak saja yang bedah bonda saya nanti."disebabkan dirinya jenis orang yang sangat protective. Dia sangat cerewet kalau bab libatkan diri pada sesuatu atau seseorang yang penting untuk dia. Jadi dia tak nak sebarangan orang sentuh mereka!
Mata Davina terarah pada dada Declan apabila dia perasan Declan semakin mendekat ke dia. Jangan dekat!Nanti jadi gila dia dibuatnya!Please. Jangan dekat. "Fine. Saya akan bedah bonda awak. Tapi bukan sebab awak cakap macam tu pada saya...tapi sebagai seorang doctor terhadap permintaan ahli keluarga pesakitnya."beritahu dia sambil tu.
Declan yang tak ubah seperti orang dipukau itu pun semakin merapat.Dia dekat dan dekat tanpa henti. Dia tak tahu kenapa lepas Nampak Davina, otak dia dah tak dapat nak berfungsi. Hati dia yang menguasai badannya sekarang ni. "Okay."balasnya sambil angkat tangan naik ke sekeliling pinggang Davina.
Sama seperti Declan, Davina tak jauhkan diri, dia hanya diam di situ memerhati Declan mendekati dia. "Jangan lepas ni awak tuntut apa-apa dari saya pulak sudah.."beritahunya dengan nada termenung setelah tangan Declan memegang belakang badannya dengan lembut. Hatinya suruh tolak tapi otaknya beritahu jangan bergerak. Jadi Davina tak tahu apa dah jadi dengan badannya sekarang ni!
"Okay..."ulang Declan semula jawapan yang sama tanpa dia sedari kerana terlalu khayal memandang Davina. Tangan sebelah lagi naik untuk memegang tepi leher tu pula.
"Ka-kalau macam tu sa-saya pergi dulu.." beritahu Davina yang tergagap-gagap lepas tangan tu sentuh softspotnya iaitu di leher. Dia yang nak tolak jauhkan diri pun jadi lemah semacam.
"Okay.."balas Declan lagi semasa dia dekatkan bibirnya ke tulang pipi kanan Davina lalu berikan satu kucupan di situ dengan lembut.
Seperti baru menelan pil penenang, Davina hanyut dengan perasaan leganya taktala bibir itu menyentuh pipinya lembut begitu. Matanya ikut terpejam dan tangannya naik hinggap di atas lengan Declan yang sedang memeluk pinggangnya.
Beberapa detik kemudian, Declan jauhkan bibirnya dari pipi tu sebelum gerak ke dahi tu dan tangannya gerak ke belakang kepala Davina. Jari jemarinya erat mencengkam rambut yang diikat satu tinggi ke belakang itu. "I miss you..."sebutnya saat mengucup kening tu dengan kasih.
Menahan nafas Davina dibuatnya. Dia tak tahu kenapa dia rasa lega dengan semua ni. Rasa frust dan tertekan yang berkumpul dekat dalam dadanya terus hilang dan buatkan dia ringan yang amat. Mungkin sebab itu dia tak halang atau tolak Declan menjauh darinya sekarang. Sebab lelaki ini ubat untuk 'sakit'nya ini.
"Saya kena pergi Declan..."bisik Davina dengan perlahan namun tak bergerak sama sekali dalam pelukan tu. Malah dia cengkam erat kain lengan kot yang dipakai oleh Declan ketika itu.
Declan jauhkan bibirnya dari kening Davina lalu tunduk memandang bibir pula lalu berbisik dengan perlahan di depan muka itu. "Okay..." balasnya sewaktu sengetkan kepala dan sandarkan Davina rapat ke badannya lebih lagi.
Davina pandang ke mata Declan tepat sebelum bibir itu mengatup bibirnya erat-erat dan satu pelukan erat terasa di belakang badan dan kepalanya ketika itu. Dengan sendiri dia balas kucupan itu dan lingkarkan tangan ke bawah lengan tu.
Merasakan bibir Davina gerak membalas kucuoannya, Declan tersenyum dari balik kucupan itu. Sekarang dia yakin, Davina rasa perasaan yang sama seperti dia!Dan dia akan pastikan hubungan ni menjadi!
YOU ARE READING
26. UNKNOWN
ActionKalau ada tiket free ke neraka...sesiapa mahu tak bertukar tempat dengan dia? Bukan sebab dia nak mati! Dia cuma nak tahu tempat mana yang lebih seronok untuk di huni. Tengok orang mati setiap hari atau tengok orang yang dah mati? Davina (belove) Se...