Chapter 70 : Dilepaskan.

1.6K 150 2
                                    

Setelah mengesahkan kematian Rowan, Davina isi beberapa borang sebagai pengesahan sebagai waris sah bagi menuntut jasad ayahnya, Dan setelah selesai, Bernard Bersama Kaden bantu proses yang lain. Membiarkan Davina sendirian di beranda berlaman pangkalan di situ sendirian untuk ambil angin melapangkan fikiran. Namun tak lama...Eden sertai Davina untuk serahkan satu botol air mineral untuk Davina minum supaya dapat bantu Davina tenangkan diri. Setelah itu, Eden hanya duduk di atas tembok batu itu disebalah Davina tanpa berkata apa-apa.

Begitu juga dengan Davina, dia hanya diam termenung memikirkan sesuatu yang tak jelas. Lepas berfikir Panjang dia ambil keputusan untuk mengatakan hal ini. Mungkin ia terbaik untuk dia dan Eden. "Aku maafkan kau Eden..."lafaznya dengan nada termenung sewaktu memandang langit biru di atas menikmati hembusan angin dari laut di depannya.

Eden tersentak dari lamunannya. Dia pandang ke tepi muka Davina tanpa berkata apa-apa kerana taken back dengan kata-kata tersebut.

"Aku tahu kau buat semua tu untuk aku...dan tak ada alasan untuk aku bencikan kau apa lagi salahkan kau...jadi aku maafkan kau. Tapi...aku tak boleh nak berjumpa dengan kau lagi. Aku rasa baiknya sampai sini sajalah pertemuan kita sebagai keluarga dan adik beradik"beritahu Davina lagi. Setelah itu dia diamkan diri untuk beri peluang kepada Eden supaya mengatakan sesuatu kepadanya.

Eden yang masih menatap tepi muka Davina tidak beri sebarang reaksi. Dia hanya tenung saja wajah tu.

Oleh kerana tiada balasan, Davina pun gerakkan kepala dia ke kanan lantas bertentang mata dengan Eden tanpa sengaja. Ingatkan Eden termenung tadi sebab tu tak cakap apa-apa. Rupanya tengah pandang dia! "Kau dengar apa aku cakapkan tadi?"soalnya.

"Um...Dengar."jawab Eden dengan nada mendatar. "Kalau itu keputusan kau, aku terima.Ini hidup kau. Aku tak ada hak untuk paksa kau tetap bersama dengan aku.."lafaznya. Lagipun berkerja dalam bidang sepertinya ini tinggi risikonya. Macam-macam boleh berlaku. Entah hari ni entah esok, lambat laun dia akan cedera atau maut ketika menjalankan tugas. Kalau dia paksa Davina tetap Bersama dengan dia..pasti Davina akan terluka sekiranya sesuatu terjadi terhadapnya. Rasanya eloklah begini.

Davina tenung wajah sugul Eden. "Aku tahu kau seorang lelaki yang baik. Aku yakin kau boleh jalani hidup kau lebih baik dari ni...tanpa aku. Jadi janganla putus asa. Dan....terima kasih untuk segalanya. Pengorbanan kau tak ada tolok gantinya. Kalau boleh bayar, aku sanggup bayar untuk semua yang kau dah lakukan untuk aku.."tangannya naik memegang tangan yang ada di peha Eden itu. Dia gengam dengan lembut memberi semangat.

Eden Tarik senyuman nipis di bibir sewaktu pandang ke tangan itu. Dia ikhlaskan semua tu. "Jangan risau. Aku buat semua tu atas kerelaan aku. Apa yang penting semuanya sudahpun selesai. Lepas ni aku harap kau dapat jalani kehidupan kau dengan gembira di samping orang tersayang dan kawan-kawan kau di sisi."beritahunya semasa palingkan kepala memandang Davina di sisi dan tindihkan tangannya di atas tangan Davina.

Bersama perasaan kasih dan berterima kasihnya, Davina gerak membuka tangannya lantas menarik Eden ke dalam pelukannya. Dia pejam mata sewaktu rehatkan dagunya di atas bahu itu. Semua ni untuk dia. Dia perlu move on. Untuk itu dia kena tinggalkan apa saja yang boleh mengingatkan dia dengan semua kejadian ni. Memang tak adil. Dalam hidup ni mana pernah yang adil. Ada masa tu kita kena buat keputusan yang kejam demi kebaikan diri sendiri walaupun orang lain akan terkorban kerana keputusan kita.

Eden balas pelukan itu dengan erat untuk beberapa saat sebelum melepaskan pelukan tersebut lalu jauhkan dirinya dari Davina. Dia tak boleh lama-lama, kalau tak nanti dia akan ubah fikirannya. "Aku pergi dulu kalau macam tu. Kau ambil la angin dekat sini dulu. Aku akan maklumkan dekat Kaden dan Bernard keberadaan kau.."beritahunya sambil tu.

Apabila mereka mula berjauhan dan Eden kemudiannya bangun dari situ, Davina tersentak sedar mengingatkan sesuatu. "Declan ada dekat pangkalan ke?"tanya dia serta merta.

Eden yang baru nak melangkah pergi itu pandang terkilan ke Davina. Dia yang telah Bersama dengan Davina selama bertahun lama dan berkorban pelbagai perkara untuk Davina ditinggalkan. Sementara Declan yang tidak buat apa-apa selain permiankan perasaan Davina malah dikejar dan dicari. Memangnya dia kurang apa kalau di bandingkan Declan?

"Ada...mungkin dekat pejabat dia kalau kau cari dia."jawab Eden.

"Oh..okay. Terima kasih."balas Davina.

Bersama wajah mendung tiada semangat, Eden berpaling dari situ dengan langkah berat dan tangan dalam poket seluarnya.

Melihat pemergian Eden dari situ, Davina hanya duduk di situ memerhatikan langkah Eden sehingga la kelibat lelaki itu menghilang dari pintu masuk balkoni itu,

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now