Lima belas tahun di New York, Aireen Amanda akhirnya pulang ke Malaysia untuk menagih kasih ibu bapa kandungnya yang telah lama membuangnya sejak kecil. Tiba di Malaysia, sekali lagi Aireen didajalkan oleh kakak angkatnya, Maisarah. Kini, penampilan dan wajahnya yang cantik sudah tidak ubah lagi seperti seorang gadis gothic. Aireen semakin dibenci! Zhariff Iskandar... Lelaki yang paling digeruni Aireen sejak di New York lagi. Namun siapa sangka, lelaki itulah bakal suaminya? "Bagitau I Zhariff, siapa perempuan yang you cari tu!" - Maisarah "Fine! I cari perempuan tu sebab I berdendam dengan dia! Sebab dia dah malukan I depan orang ramai. Sekarang puas hati you?" - Zhariff Iskandar. Kesalahfahaman itu membuatkan Aireen semakin gerun dengan lelaki itu. Aireen terpaksa berpura-pura menjadi gadis gothic supaya Zhariff tidak mengenali dirinya yang sebenar. Namun tatkala cinta mereka sudah berputik, ada halangan yang mencemburui mereka. Angkara Naufal dan Nasya, Aireen yang tidak bersalah akhirnya digantung tidak bertali! Aireen semakin menderita... Bilakah kesalahfahaman mereka terlerai di akhirnya? Sedarkah Zhariff bahawa Cinderella Amanda yang dicarinya selama ini ialah isterinya sendiri? ****** (Doakan semoga terbit, InsyaAllah) 🌹
21 parts