[ 1st book by leesottt ] HIS SERIES 1 Pertembungan tak disengajakan di shopping complex membibitkan cinta Hana Adenin dengan seorang jejaka. Sampailah satu hari dia dapat mengetahui bahawa jejaka yang dikejarnya merupakan budak lelaki yang pernah ditolong sewaktu umur mereka 7 tahun. Pelbagai cara yang dibuatnya untuk membuat si jejaka jatuh cinta dengannya. Katakanlah dia perigi mencari timba sekali pun dia tetap tak kisah. Tapi malang nasibnya apabila dia dijerkah dan di hina dikhalayak ramai oleh si jejaka. "Kau ni tak penat ke kejar aku? Memang sesuailah dengan kau yang tak bertudung perangai pun serupa jalang'' - HAYZACK ISKANDAR Sampai satu saat dia mengalah dengan permainannya sendiri. Dia mengalah bukan sebab dia takut tapi cukuplah sampai di situ sahaja. Dia penat setiap hari dia mengejarnya tapi yang hanya dia dapat hinaan daripada Hayzack. Hinggalah ibubapanya menjodohkannya dengan seorang lelaki yang merupakan anak kawan baik ibubapanya. Dia menerimanya dengan hati terbuka kerana ingin melupakan si jejaka. Namun disaat dia berubah perlahan-lahan menutup aurat dengan sempurna. Si jejaka datang menagih kembali cinta padanya. "Maafkan aku , Hana. Tolong terima aku balik'' - HAYZACK ISKANDAR Penyesalan dia rasakan apabila dia dapat mengetahui daripada orang suruhannya yang Hana merupakan budak perempuan yang ditunggu selama ni. "Hana awak sayang saya tak?'' - IZZ ILHAN Manakah yang harus Hana pilih di antara lelaki yang pernah buat dia terluka ataupun lelaki yang baru dikenalinya?
74 parts