Disebabkan satu kejadian yang menimpa Hana Raudhah, dia tak percaya lagi kakaknya, Intan dan kawan sekelasnya Haris Iskandar • "Kau kalau dah tak pandai tak pandailah. Tak payah acah-acah bijak. Kau ingat kalau kau buktikan pon ada orang nak percayakan kau ke hah". Intan Nadhirah • "Keluar kau dari rumah ni. Aku takde anak yang sanggup conteng arang di muka aku. Kau selagi tak cari bukti yang menunjukkan kau tak bersalah, jangan harap kau boleh jejak kaki lagi kat sini. Aku haramkan. Jangan kau jejakkan kaki kat sini sampai aku mati". Luluh hati seorang anak apabila seorang mak mengeluarkan ucapan itu dari bibir. • "Aku tak kuat Nad. Aku letih. Diorang tak kisah pon pasal aku. Umi dan abah aku pon dah buang aku". Semua kesengsaraan dan kedukaan Hana dikongsi semua dengan kawan baiknya, Nadia. • Tapi dugaan tidak berhenti disitu sahaja. Dia sekali lagi dituduh selepas berkahwin. Tapi lebih hebat kerana melibatkan maruah dirinya. Fitnah yang dijaja mulut ke mulut membuatkan hatinya semakin rapuh. Lagi rapuh apabila anak yang dikandung turut terkena tempias disebabkan perlakuan sang suami sendiri. • Akankah ada bahagia yang datang menjelma diri seorang Hana Raudhah. Akankah dirinya diterima kembali oleh keluarga kandungnya yang telah membuang dirinya disebabkan satu peristiwa. Jika ditakdirkan untuk Haris dan kakaknya datang menuntut maaf darinya, lembutkah hati Hana untuk memaafkan mereka? Inikah takdir hidup bagi Hana Raudhah sebelum dirinya mengecapi kebahagiaan dan kejayaan dalam hidupnya. Sabarlah duhai Raudhah. Akan ada pelangi selepas hujan. Akan ada nikmat selepas ujian. "The pain you feel today will be the strength you feel tomorrow" Disclaimer❗ Ada certain chapter yang saya belum edit lagi. Jadi kalau readers baca macam pelik sikit, ketahuilah chapter itu saya belum edit lagi. HARAP MAKLUM ! Start : 3/6/2021 End : 26/7/2022 🏅HIGHEST RANKING🏅 🔰1st in hidup [22112021] 🔰1st in takdir [13102021] 🔰2nd in ujian [14082021]