Tiga tahun bercinta, tak pernah sekalipun topik kahwin terbit dari bibir kekasih hatinya, Sehzade. Pelik. Orang lain yang bercinta tak sampai setahun pun, dah gatal bincang nak bagi nama anak apa. Saat Tya mula mengungkit soal kahwin sekali lagi, akhirnya Sehzade melamarnya. Mereka berkahwin dan hidup bahagia. "Abang percayakan takdir?"- TYA CAIRANA "Percaya. Tya la takdir abang. Dan kerana takdir juga yang mempertemukan dua insan. Tya dan abang."- SEHZADE DAYYAN Namun, bahagia yang disangka berpanjangan, pantas saja ditiup angin taufan. Bahagianya direnggut sekelip mata. Dia diuji bertubi-tubi. Kehadiran lelaki misteri yang dalam diam menjadi stalker Tya, menimbulkan tanda tanya semua orang. Dia bukan musuh, bukan juga seseorang yang berbahaya. Namun, angkara dia seorang, ada nyawa yang ingin dituntut. Sekali lagi, Tya terpaksa menelan kenyataan bahawa suaminya ialah seorang mafia. Sungguh dia perlukan oksigen untuk bernafas dengan tenteram. Menjadi isteri kepada mafia membawa makna, dia juga menjadi mangsa buruan musuh-musuh suaminya. Nyawanya sentiasa di hujung tanduk. "Nampaknya, suami kau tu tak adalah cintakan kau sangat. Kalau tak, kenapa dia sanggup bahayakan diri kau sampai macam ni, kan?" Diculik oleh lelaki yang melabel dirinya sebagai 'sahabat lama' suaminya, Tya sekali lagi diambang bahaya. Motif penculikan, untuk membalas dendam. Dia cuma mampu berharap agar Sehzade datang menyelamatkannya. "Tya cuma nak hidup bahagia macam orang lain, abang. Apa dosa Tya sampai Tya diuji macam ini?- TYA CAIRANA Akhirnya, Tya mempersoalkan takdir hidupnya yang penuh dengan pancaroba. Bahagia yang dipinta, derita yang dia terima. Bila agaknya dia dapat mengecapi sebuah kebahagiaan? "Saya reda kalau bukan takdir saya untuk bahagia di atas muka bumi ini. Saya reda."- TYA CAIRANA