'Isteri kepada model terkenal, Sehzade Dayyan, menyerbu studio penggambaran dengan kelancangan bersuara tentang sentuhan dengan bukan mahram.'
Baca artikel penuh
MAHU tersembul biji matanya membaca berita yang baru dikeluarkan oleh page YangViral tentang dirinya. Nasib baik namanya tak ditulis di dalam artikel tersebut. Tapi nama Sehzade memang tentu-tentulah disebut, sebab lelaki itu model terkenal. Ramai orang kenal dia.
Memang betul apa yang ditulis reporter. Tapi, kenapa perkataan 'kelancangan' itu macam nak mengapi-apikan orang yang membaca. Tak ke nanti netizen buat kerja mengkritik dan mencari salahnya di ruangan komen tanpa tahu cerita yang sebenar?
Walaupun hati menghalang rasa untuk membuka ruangan komen kerana bimbang bakal sakit hati dengan kelancangan netizen, tetapi jari-jemarinya lebih gatal ingin menekan ikon komentar. Satu per satu komen manusia di dalam itu dibaca.
>Eloklah tu dia tegur. Dah memang tanggungjawab dia sebagai umat Islam. Sekurang-kurangnya, dia dah buat bahagian dia.
Komen pertama yang berada paling atas menjadi perhatian Tya. Dia tersenyum kerana masih ada orang yang menyokong perbuatannya. Namun, komen yang kedua dan ke bawah membuatkan Tya tidak kuat untuk membacanya.
>Apa benda la... KUNO. Nak raih perhatian la tu.
>Tak vibe la bini dia. Sekarang tahun 2023 la. Normal la bersentuhan dengan bukan mahram. Orang yang bercouple tu elok aje. Tanak tegur pula.
>Mesti bini dia yang terpaling alim dan suci. Haha.
>Kaki kongkong ke isteri Sehzade ni? Run, Sehzade! Run to me. I bukan kaki kongkong...
>Orang-orang dalam komen ni kenapa busuk hati sangat kecam bini Sehzade tu? Betullah apa dia buat. Korang yang tak boleh terima. Dunia akhir zaman. Wallahualam!
>Sejak bila Sehzade kahwin? Crush aku since 2019 tu weh. Sedihnya...
Hampeh betul ruangan komen ni! Habis dirinya dikecam oleh rata-rata netizen.
Tya mengeluh sendiri. Cuma setakat itu sahaja dia mampu baca. Selebihnya, mental dia tak kuat.
Buat benda betul pun kena kecam. Itulah kau, Tya. Berani cabar dia orang viralkan kau. Kan dah viral betul-betul. Lain kali fikir dulu sebelum buat sesuatu.
"Sayin? Why?" soal Sehzade yang perasan isterinya asyik mengeluh sejak tadi.
Tya menoleh ke arah suaminya. Dia teguk liur.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Bahagia
RomanceTiga tahun bercinta, tak pernah sekalipun topik kahwin terbit dari bibir kekasih hatinya, Sehzade. Pelik. Orang lain yang bercinta tak sampai setahun pun, dah gatal bincang nak bagi nama anak apa. Saat Tya mula mengungkit soal kahwin sekali lagi, a...