MASUK saja ke dalam dapur bakeri pagi itu, dia dikejutkan dengan kejutan daripada semua staf bakeri, termasuk kawan baiknya, Hasya.
"Happy birthday, Tya Cairana!" laung mereka semua dengan senyuman riang.
Tya meletakkan tangan kanan di dada, sementara tangan kiri pula menekup mulut tidak percaya dengan kejutan pagi itu. Di tangan Hasya ada sepotong kek cheese yang bertulis 'Tya turns 23'.
Satu per satu wajah mereka Tya pandang dengan riak terharu.
"Terima kasih. Terima kasih, semua," ucap Tya berulang kali. Langsung tidak menduga dia akan terima kejutan begini di tempat kerja.
Dia tidak pernah mendedahkan tarikh lahirnya kepada staf-staf bakeri. Cuma Hasya yang tahu. Mesti Hasya yang pelan semua ini. Yang membuatkan Tya semakin percaya semua ini rancangan Hasya adalah Hasya juga turut ada di sini. Dia juga orang yang memegang kek.
Hasya mampir ke depan sebelum memotong sedikit cebisan kecil kek itu untuk disuapkan ke mulut Tya. Tya senyum terharu sebelum membuka sedikit mulut saat Hasya sudah menggerakkan sudu kecil itu ke arah mulutnya. Masuk saja kek itu ke dalam mulut, terdengar bunyi tepukan gemuruh satu dapur bakeri itu. Meraikan Tya Cairana.
Kemudian, Hasya menghilang sementara Kak Maz, Fatin, Qiela, Meor dan Jessica tak henti-henti mengucapkan selamat hari lahir kepada Tya.
Semua staf bakeri juga takkan tahu hari ini hari jadi Tya kalau bukan Hasya yang memberitahu mereka awal pagi tadi. Mereka sempat bersekongkol walaupun di saat-saat akhir.
Meor juga meminta maaf kepada Tya tentang kes beberapa hari lepas yang telah menimbulkan kekecohan di bakeri. Tya cuma tersenyum kepadanya. Dia minta maaf pun sudah buat Tya senang hati. Lagipun, hari ini hari gembiranya. Jadi, dia tak mahu merosakkan mood sesiapa hari ini, termasuk mood sendiri.
"Nah, untuk kau! Ini aje aku mampu bagi. Jaga elok-elok tau. Mahal ni aku beli." Patung Grizzly yang sederhana besar itu, Hasya hulur kepada Tya. Tya nampak teruja menerima hadiah itu. Lagi-lagi daripada Hasya.
"Terima kasih, Sya. Awak ke yang buat semua ni?" soal Tya, memeluk patung beruang Grizzly yang gebu rapat ke dada.
"Siapa lagi? Tahun lepas pun idea aku juga, kan?" Hasya angkat kening tinggi.
Hasya memang kreatif dalam bab membuat kejutan. Setiap tahun pasti ada saja kejutan hari jadi untuk Tya memandangkan Tya satu-satu sahabat baiknya. Sehingga sekarang, sudah genap sembilan tahun hubungan persahabatan mereka. Hubungan itu masih erat dan kukuh.
"Tya..." Satu suara menyeru nama Tya dari muka pintu bakeri sebelum dia menghampiri semua yang berkumpul di dalam bakeri itu.
Nash berdiri di sebelah Tya sambil tersenyum macho.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Bahagia
RomanceTiga tahun bercinta, tak pernah sekalipun topik kahwin terbit dari bibir kekasih hatinya, Sehzade. Pelik. Orang lain yang bercinta tak sampai setahun pun, dah gatal bincang nak bagi nama anak apa. Saat Tya mula mengungkit soal kahwin sekali lagi, a...