24

198 23 0
                                    

LEGA rasa hati kerana sepanjang hari ini, tiada langsung kelibat Nash di bakeri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LEGA rasa hati kerana sepanjang hari ini, tiada langsung kelibat Nash di bakeri. Mungkin Nash takut untuk mengganggunya di bakeri lagi disebabkan tempat itu yang terdedah dengan orang awam. Atau mungkin juga Nash sedang merancang sesuatu untuk mendapatkannya. Yang pasti, dia rasa selamat selagi Nash tiada berdekatannya.

Syifnya sudah tamat beberapa minit yang lalu. Kini, dia sedang menunggu Hasya di bangku yang disediakan di hadapan pintu masuk utama Aeon Mall itu. Sekejap-sekejap dia menjengukkan kepala ke arah pintu masuk utama, mencari kelibat Hasya. Beberapa kali kepala menjenguk, akhirnya Hasya muncul. Berjalan menghampirinya.

"Lama ke kau tunggu?" Hasya menyoal seraya melabuhkan duduknya di ruang sebelah Tya.

Tya membalas senyuman simpul bersama gelengan. Tidak menjadi satu masalah besar pun menunggu Hasya. Cuma tadi dia asyik menjenguk kerana bimbang Hasya masih lama kerana Matthew sudah dalam perjalanan untuk menjemputnya.

Dia yang mengajak Hasya menumpangnya balik hari ini. Kalau Kak Maz pun tamat syif petang sama dengan mereka berdua, pasti dia akan mengajak wanita itu menumpangnya sekali. Malangnya, ibu kepada Hasya itu perlu menguruskan hal closing di bakeri malam ini. Nasib baik juga dia ada motor untuk pulang kerana memang itulah pengangkutannya pergi dan balik dari kerja.

"Hari ni busy sangat. Ramai customer. Tak sempat aku nak rehat dengan kau tadi. Sorry." Hasya meluahkan rasa kesalnya kerana tidak dapat rehat dengan Tya sekali tadi.

Selalunya mereka akan berehat sama-sama, ataupun kalau tak dapat rehat sama-sama disebabkan waktu rehat mereka yang berbeza sekalipun, Hasya memang akan ke bakeri untuk menjenguk Tya. Tapi disebabkan hari ini pusat membeli-belah itu menerima kunjungan ramai pelanggan, dia tiada pilihan selain melakukan tugasnya.

Selepas gajinya ditolak kerana kecuaiannya hari itu, Hasya tekad untuk tidak main-main lagi. Walaupun RM100 yang ditolak, itu tetap dikira duit yang bakal menyara hidupnya.

"Samalah kita. Biasalah, Sya. Hujung minggu macam ni, memang ramai orang," kata Tya, memahami Hasya.

Bukan Hasya seorang, dia turut sibuk di bakeri tadi. Kejap-kejap dia kena top up roti yang hampir habis dan sudah habis. Berulang-alik dia keluar masuk, dibantu ahli bakeri yang lain. Masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing. Memang itulah cabaran mereka setiap kali hari minggu tiba.

"Kau dah dengar pasal kes kehilangan Nash?" Tiba-tiba Hasya buka topik tentang Nash.

Tya yang mendengar kenyataan itu sedikit terkejut. Matanya membesar saat memandang wajah Hasya.

"Nash hilang? Macam mana awak tahu?" soal Tya.

"Benda ni dah kecoh lah Tya," balas Hasya.

"Saya... tak tahu. Bila lagi dia hilang?" tanya Tya lagi. Sungguh dia tidak tahu apa-apa dan masih terkejut tentang berita ini.

Bukan Untuk BahagiaWhere stories live. Discover now