16

357 40 1
                                    

"WHAT is she doing here?" Soalan pertama Jazel bila nampak Tya datang bersama Sehzade

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"WHAT is she doing here?" Soalan pertama Jazel bila nampak Tya datang bersama Sehzade. Tya kemam bibir bawahnya. Hatinya sedikit terusik apabila Jazel menyoal begitu, seolah-olah tidak suka dia di situ.

Tya menaikkan sedikit matanya memandang ke arah personal assistant merangkap orang kepercayaan Sehzade itu. Jazel merenungnya tajam macam dia ada buat salah. Padahal, dia langsung tidak pernah cari gaduh dengan lelaki itu. Cuma lelaki itu yang selalu tarik muka bersikap dingin dengannya setiap kali berjumpa.

Ke... Jazel cemburu? Tya tahu Jazel memang selalu melekat dengan Sehzade 24 jam. Sampai kadang-kadang, dia berasa cemburu melihat keakraban antara Jazel dengan Sehzade.

Kadang-kadang, keakraban mereka membuatkan Tya berfikiran tinggi. Jazel selalu menjaga Sehzade sehingga kadang-kadang, setiap kali keluar dengan Sehzade, Jazel mesti kena ada sekali.

Dia tak pelik kalau mereka selalu melekat kerana status Jazel sebagai bodyguard Sehzade, tapi macam mana kalau apa yang di fikirannya benar? Jazel cemburu bila dia rapat dengan Sehzade. Jazel ada perasaan terhadap Sehzade? Jazel suka Sehzade? Ah, sudah!

"Dia teman aku. Kau kenapa? Ada masalah?" jawab Sehzade. Tya menundukkan pandangan.

Kemudian, Jazel tarik tangan Sehzade menjauhi Tya. Tya cuma melihat Jazel yang sedang membisikkan sesuatu kepada Sehzade. Dia tak dapat mendengar isi bicara mereka, tetapi dia pasti Jazel sedang bercakap tentangnya.

Apalah salah dia kepada lelaki itu sehingga dirinya dibenci?

"Kau gila ke bawa dia ke sini? Kau kena ingat, ada banyak mata yang tengah perhatikan kau. Kalau dia orang nampak Tya dengan kau, Tya akan jadi sasaran dia orang. Kau nak ke Tya dalam bahaya?" Jazel jelas menunjukkan riak tidak puas hati. Keputusan Sehzade membawa Tya ke sini sangat tidak bagus.

Dia memang tak nampak jika ada yang sedang memerhatikan mereka, tetapi Sehzade tetap perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Namun, Sehzade bertindak sambalewa sahaja. Macam tak kesahkan keselamatan Tya di luar ini.

"Aku tahu apa aku buat," balas Sehzade bersahaja. Jazel sedikit bengang dan sakit hati dengan reaksi Sehzade yang selamba.

Sehzade berjalan ke arah Tya. Jazel mendengus sebelum membuntuti Sehzade dari belakang. Dah kalau degil dan keras kepala, orang cakap apa pun langsung tak nak dengar.

Sehzade mengangguk kepala sekali kepada Tya sebelum berjalan terus. Tya yang faham isyarat mata Sehzade, mengekori Sehzade dari belakang. Dia sempat bertembung mata dengan Jazel yang menghunus pandangan tajam ke arahnya. Ish, mamat ni! Menakutkan betullah!

Selepas mendaki tangga dua tingkat itu, mereka berjaya menapak ke dalam sebuah studio. Masuk-masuk saja, mata Tya terus meliar ke seluruh ruangan studio yang agak besar itu. Ada beberapa pekerja sedang membuat kerja mereka di bahagian masing-masing.

Semuanya nampak sibuk menyiapkan tempat penggambaran dan menyolek artis. Terasa kecil pula dirinya sebagai orang biasa untuk berada di tempat seperti ini.

Bukan Untuk BahagiaWhere stories live. Discover now