19

311 29 0
                                    

SEHZADE tersedar dari lenanya selepas telinganya dipalu oleh alunan suara lunak yang membaca ayat suci Al-quran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEHZADE tersedar dari lenanya selepas telinganya dipalu oleh alunan suara lunak yang membaca ayat suci Al-quran. Bila dia celikkan mata, figura bertelekung yang sedang berteleku di atas sejadah sambil membaca quran menjadi paparan pemandangannya.

Hatinya terusik. Bacaan isterinya sangat merdu sehingga dirinya terpukul dek memori lalu sewaktu dia masih kecil dan dia diajar membaca iqra' oleh arwah bondanya.

"Sehzade... ikut bonda baca. Alif..." Perlahan dan lembut suara Sabeena mengajar anak lelakinya itu.

"Alif..." Lemah suaranya mengajuk. Macam tiada daya Sehzade menyebut huruf di dalam iqra' di hadapannya itu.

Kepalanya juga senget ke kanan, menunjukkan dia benar-benar malas dan tidak berminat walaupun penampilannya kemas berbaju melayu dan berkopiah putih.

"Ba..." Sabeena terus menyebut walaupun dia sedar Sehzade kurang berminat.

"Hmm... Ba..." keluh si kecil Sehzade. Semakin tidak ikhlas menyebut huruf suci itu.

"Ta..."

"Bonda, I don't want to read this. Why we have to read iqra'?" Walaupun tidak membentak, Sehzade tetap menarik muncungnya sedepa. Jelas tidak suka. Setiap malam selepas solat maghrib, mesti bondanya mengasak dirinya untuk baca iqra'.

Geleng kepala Sabeena mendengar keluhan anak lelakinya itu. Namun begitu, dia sedikit kagum mendengar soalan Sehzade. Sekurang-kurangnya, Sehzade ada rasa ingin tahu.

"Sehzade anak bonda... tak baik cakap macam tu. Iqra' ni maksudnya 'Bacalah!'. Bermula daripada mengenal huruf-huruf tunggal, huruf-huruf sambung, huruf mad, penggunaan baris atas, baris bawah dan baris depan. Macam sekarang bonda ajar Sehzade ni. Inilah peringkat awal Sehzade belajar dan praktikkan penggunaan tajwid yang betul. Lepas Sehzade dah mahir dan habis iqra', bolehlah Sehzade baca Al-quran pula, macam bonda," terang Sabeena seraya mengusap pipi lembut milik Sehzade.

Dia tahu kanak-kanak kecil memang suka menyoal tentang perkara sekeliling untuk belajar dan kenal erti dunia lebih mendalam. Lagi-lagi Sehzade. Anaknya yang seorang ini memang suka bertanya. Jenuh kadang-kadang nak menjawab. Banyak akal.

"I can't read quran, bonda. The sentence is too long," adu si kecil fasih berbahasa inggeris. Sudah dilatih sejak kecil. 

"That's why you need to start from iqra', my dear. Now you understand why we need to read iqra'."

Teringat memori dahulu, saat dia asyik merungut setiap kali disuruh membaca iqra' di hadapan bondanya. Setiap kali selepas selesai solat Maghrib, bonda akan menghalangnya dari terus bermain permainan video, sebaliknya dia perlu membaca iqra' terlebih dahulu, barulah dia dibenarkan bermain permainan video atau perkara lain.

"Abang..." suara Tya melenyapkan memori lama.

Sehzade menoleh ke arah Tya.

"Abang terbangun ke? Sorry kalau Tya dah ganggu tidur abang. Tya baru lepas habis solat sunat tahajjud. Sementara nak tunggu azan Subuh ni, Tya baca quran dulu. Tya ingat nanti dah azan Subuh baru Tya nak kejut abang. Kita solat jemaah sama-sama." Itulah al-kisah dia terbangun pukul 5 pagi. Alang-alang sudah terbangun, dia menganggap Tuhan menggerakkan hati dan memanggilnya untuk buat solat sunat tahajjud.

Bukan Untuk BahagiaWhere stories live. Discover now