TUBUH seorang wanita yang sedang lena beradu di atas sofa ruang tamunya itu dijeling dari arah dapur. Sehzade menuang air jus kotak ke dalam gelas kacanya. Kemudian, dia berjalan ke arah ruang tamu.
Punggungnya dilabuhkan di atas sofa baldu yang berwarna ungu itu. Disisip air jusnya sehingga tinggal separuh gelas. Perut Amaia yang masih kempis menjadi sasaran matanya.
Disebabkan wanita itu pengsan di atas jalan raya semalam, dia terpaksa bawa wanita itu pulang bersamanya. Dia juga telah menghubungi June, rakan baiknya, merangkap doktor peribadinya untuk membuat pemeriksaan ke atas Amaia.
Keputusan dari hasil ujian yang dibuat mengesahkan Amaia mengandung. Itulah yang membuatkan Sehzade bingung. Pelacur pun boleh mengandung? Macam mana perempuan ni boleh terlepas membiarkan benih lelaki tertanam di dalam rahimnya sedangkan pelacur diharamkan untuk ada zuriat dengan pelanggan mereka?
Tak mungkin Theo tidak menyediakan apa-apa pil untuk pelacur-pelacurnya dan membiarkan perkara sebegini terjadi. Atau mungkin Amaia senyap-senyap menyimpan kandungannya itu.
Gelas kaca yang sudah kosong itu diletakkan di atas meja kaca. Bunyi hentakan gelas ke meja kaca yang agak nyaring itu menyedarkan Amaia dari tidurnya. Sehzade melebarkan bahunya di atas sofa sambil tunak memandang Amaia.
Wanita itu duduk dengan posisi kaki mencecah lantai. Lengannya diusap-usap. Kepalanya ditundukkan kerana gerun mahu menatap wajah dingin Sehzade. Dia sudah maklum tentang dirinya yang sedang berbadan dua.
Jika semalam dia yang beria-ia meminta pertolongan daripada lelaki itu, tetapi sekarang dia berasa sangat malu. Entah kenapa senyuman sinis yang dipamer oleh lelaki itu seakan memberi isyarat mengejek peribadinya saat ini.
Dia seksi. Dia diambil dari kelab malam. Lelaki itu jijik dengannya!
"Kau sedar tak yang kau mengandung?" soal Sehzade.
"Sa... Saya baru tahu," jawab Amaia.
"Nama kau?" tanya Sehzade.
"Hah?" Amaia kurang dengar. Mungkin kerana terlalu gugup ingin menatap mata lelaki itu.
"Aku tanya nama kau," ulang Sehzade sedikit bengang. Pekak ke apa? Dah duduk jarak dekat macam ni pun masih tuli.
"Nur... Nur Amaia Suci." Sengaja dia menyebut nama panjangnya. Manalah tahu Sehzade ingat tentang dia.
Sebaliknya, Sehzade mendengus sinis.
"Suci ke?" ejek lelaki itu.
Amaia menundukkan pandangan. Lagi-lagi namanya diejek kerana tidak setanding penampilan atau peribadinya saat ini.
"Listen carefully..." Sehzade bersuara. Amaia memanggung wajahnya sambil menatap sepasang mata cokelat milik lelaki itu.
"I will let you stay here, in my house. Tapi... sebulan aje. Lepas sebulan, kau kena blah. Aku tak peduli kau mengandung atau apa. Kau kena bertanggungjawab sendiri. Kau pandai buat kan? Pandailah kau tanggung. Takkan tahu nak sedap aje," tempelak Sehzade sebelum mengeluarkan dengusan sinis.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Bahagia
RomanceTiga tahun bercinta, tak pernah sekalipun topik kahwin terbit dari bibir kekasih hatinya, Sehzade. Pelik. Orang lain yang bercinta tak sampai setahun pun, dah gatal bincang nak bagi nama anak apa. Saat Tya mula mengungkit soal kahwin sekali lagi, a...