14

1.1K 155 13
                                    

SEHARIAN dia mencari tahu tentang hal kahwin di google

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEHARIAN dia mencari tahu tentang hal kahwin di google. Banyak maklumat yang dia dapat. Dari persiapan sebelum kahwin sehinggalah hal selepas kahwin. Semua ceruk Tya geledah. Nak cari tahu punya pasal.

Dua hari lepas, Sehzade telah menghantar wakil masuk meminangnya. Semua wakil yang dihantar olehnya adalah lelaki. Cuma seorang sahaja wanita antara mereka. Wanita yang menjadi wakil bagi pihak Sehzade itu ialah kawannya yang bekerja sebagai doktor.

Pinangan dan lamaran Sehzade diterima baik oleh Puan Kayla dan Encik Osman. Malah, mereka juga turut melahirkan rasa gembira ingin bermenantukan Sehzade memandangkan memang itu yang mereka harapkan terjadi.

"Sukanya mama. Anak mama dah nak kahwin. Dengan orang yang dia suka pulak tu. Nampak tak? Jodoh pertemuan itu rahsia Tuhan. Tya banyak doa, Allah makbulkan doa Tya untuk bersatu dengan Sehzade."

Puan Kayla datang melabuhkan duduk di sebelah Tya. Dia memanahkan matanya ke arah telefon Tya. Melihat skrin telefon anak gadisnya yang memancarkan gambaran sebuah pelamin, tahulah dia yang Tya sedang membuat pilihan untuk persiapan perkahwinannya.

"Alhamdulillah... semoga segalanya berjalan dengan lancar," doa Tya.

"Dah jumpa yang mana Tya berkenan?" soal Puan Kayla. Tya membelek semula telefonnya.

"Masih mencari, ma. Banyak sangat pelamin yang cantik-cantik. Tiba-tiba rambang mata," beritahu Tya.

"Biasalah tu. Mood persiapan sebelum kahwin. Semuanya nampak sempurna dan cantik sampai jadi susah nak pilih sebab terlalu banyak pilihan." Puan Kayla lebih makan garam dulu daripada Tya.

"Tapi... mama jadi serba salah pula dengan Sehzade. Yelah, semua benda dia nak tanggung. Kami nak bayar, dia tolak." Puan Kayla meluahkan perasaan bersalahnya. Tya turut setuju dengan mamanya.

"Itulah. Tya pun malu juga sebenarnya. Sebab dia nak urus semua benda. Siap nak urus majlis belah perempuan lagi. Dia cuma suruh mama dan papa pilih barang-barang hantaran kahwin aje. Nak bangkang, dia tu Sehzade. Dia takkan benarkan Tya keluar walau sesen pun. Awal-awal lagi dia dah warning Tya," cerita Tya.

Bukan dia tak bantah. Malah, Sehzade semakin berkeras untuk menanggung segalanya. Perihal mas kahwin dan wang hantaran sudah selesai dibincangkan. Ibu bapanya yang tentukan nilai wang hantaran dan Sehzade juga sudah bersetuju.

Dan disebabkan Sehzade mahu menanggung segalanya, Tya meminta sebuah majlis perkahwinan yang kecil-kecilan dan tidak terlalu mewah. Hal ini untuk memudahkan Sehzade. Sehzade setuju saja dengan permintaan Tya tanpa bantahan.

"Mama okey ke Tya nak buat majlis kecil-kecilan aje?" soal Tya. Manalah tahu Puan Kayla mengharapkan sebuah majlis perkahwinan yang mewah memandangkan Tya berkahwin dengan seorang artis.

Wedding of the year, orang kata.

"Kenapa tanya macam tu? Mama okey saja. Cukup kita dah uar-uarkan pernikahan Tya dan orang tahu Tya dah berkahwin bagi mengelakkan fitnah, itu pun dah cukup. Ini hari bahagia Tya. Tya yang ada hak untuk decide nak buat majlis kecil atau besar. Mama cuma bantu sikit-sikit aje," balas Puan Kayla.

Bukan Untuk BahagiaWhere stories live. Discover now